Wednesday, May 21, 2008
Apa mungkin..
Assalamualaikum..
Aku tak boleh menulis begitu sahaja. Kena ada topik, lepas itu buat kajian, biasanya dalam internet. Kemudian baru aku boleh rancang apa yang mahu aku tulis. Menyokong/membangkang? Setuju atau tolak? Ketawa vs menangis? Yang pasti tak seperti kawan-kawan yang lain yang lebih berbakat aku tidak boleh terus menulis secara tiba-tiba. Kata orang putihnya "out of nothing" la. Aku yang berotak dan berpendidikan teknikal ni susah nak menulis secara spontan. Dengan kata lain otak belah kanan aka HOKA aku ni berkarat sikit.
Memang ada sajak/puisi/haiku yang aku tulis, tetapi biasanya setelah aku kaitkan dengan pengalaman di sekeliling aku. Contohnya ada kawan yang kecewa, rakan yang muntah loya, atau sewaktu aku benar-benar tensi. Ya, waktu tensi pulak biasanya otak kanan aku ligat balik. Waktu tenang dia lembab je. Tak ubah seperti secangkir angan-angan yang tertusuk sapaan tak berlagunya hanyir silam.
Aku mahu jadi penulis, tetapi susah la kalau cenggini. Takkan nak gelabakan sepanjang waktu baru terbit buah-buah akal yang menarik. Ada cadangan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Tak ubah seperti secangkir angan-angan yang tertusuk sapaan tak berlagunya hanyir silam.
+pe maksud tu? bau cam x best jek..+
+complicated sgt bhsa ko...+
+HOKA ko bkn x berfgsi..+
+tp jiwa ko mtk lebih..+
+which mean~demanding!+
kadang-kadang aku demand gakss..
lain kali jangan tipoo aku camtu tau. terkejutzz i...
tulis saja apa yang kau rasa.
lama-lama..
tumbuhlah gaya kau sendiri..
percaya dan yakin yang Tuhan dah cipta kau sebagai seorang penulis.
AMIN.
mukhsin- beli software final dratf 7. biasa2kan diri berkarang dgn itu. kumpulkan semua karya. percayalah, satu hari nanti mesti ada juga yang tersangkut:)
Post a Comment