Assalamualaikum..
Hari ni genap sebulan meninggalkan Melaka..
Apa agaknya khabar pepohon rumbia di sana?
Sudah menguningkah sawah padinya?
Hujan masih belum mahu turun lagi?
Abang Rosmaini masih mahu jadi badang kampung?
Labu, Kumbang, Kuning dan Putih sudah makan?
Gigi Faizal dah tumbuh ke belum?
Siapa temankan Nek Minton semalam?
Radhiah dah lulus ujian memandu?
Siapa anak angkat baru Che Ah?
Pakcik Shawal sudah habis menebas lalang belakang rumah?
Fatin masih suka menyakat adik sepupu?
Peminat Mira janda aku tu dah kena buang sekolah ke belum?
Bila Fairuz ngan W** nak duduk sebelah2 dalam bas lagi?
p/s: Sapa ada gambar Fairuz main paintball tu bagi la kat aku..
Showing posts with label Melaka.. Again... Show all posts
Showing posts with label Melaka.. Again... Show all posts
Saturday, February 28, 2009
Saturday, January 31, 2009
Epilog : Rutin Kembali Menjenguk
Assalamualaikum..
28-31/01/09
Aku tidak lagi bangun sebelum pukul 7 pagi. Biasanya setelah matahari jauh tidak tercapai di titik tengah langit baru aku akan menjelma dari alam mimpi. Kemudian aku akan mengurung diri berjam-jam di dalam bilik sama ada untuk berhibur, membaca atau menulis.
Tiada lagi eskpedisi merentasi negeri Melaka-Johor melintasi jambatan, atau singgah di rumah kawan-kawan hanya sebab adik angkat mereka cumil. Motorsikal bukan lagi kenderaan utama dan kucing bukan lagi kawan aku.
Rutin, seperti kata sesetengah orang, adalah candu yang paling merbahaya.
Cuma yang menyedarkan, diri ini rupanya, apabila dibanding dengan orang-orang kampung sana, begitu tidak efisien apatah lagi signifikan. Bawak motor pun tak reti. Pendapatan seorang pesawah hanya kurang sedikit dari mak ayah aku, dan rupanya di kampung Melaka sana ada sawah padi dan kilang batik.
FIN

Entri 6 : Sayonara Labu!
Assalamualaikum..28/01/09
Hari terakhir terasa terlalu singkat. Selepas selesai melakukan lap of honour mengelilingi kampung ini buat kali terakhir (sempat menebas rumput, memasang khemah dan makan barang dua tiga pusingan), upacara perpisahan berlaku pantas.
Sayangnya sewaktu hati mula berkocak sedih menanggapi perpisahan, kenapa si YB tiba-tiba mengkocak suasana dengan ucapan politik-yang ternyata menghambat-membuat kami terasa ingin pulang lebih awal?

Selepas semua bersalaman ucapan perpisahan dengan Nek Minton, 10 minit diperlukan untuk ketawa berderai semula di atas bas. Manusia adalah manusia. Perpisahan adalah biasa.
p/s: Kau nak tipu sapa Fairuz atas bas tu?
Friday, January 30, 2009
Entri 5 : Hai Faizal Shamsudin, Selamat Tinggal!
Assalamualaikum..27/01/09
Dari sebelum datang ke Melaka ini lagi, hati aku amat kurang tenang. Dari awal aku meneka-neka apa perasaannya, yang membuatkan aku tidak boleh tidur sama sekali, malam sebelum berangkat.
Adakah takut keluarga angkat tidak akan menerima keadaan fizikal menggelembung ini? Mungkinkah juga keluarga angkat nanti rupanya serba daif dengan air dicedok dari perigi dan malam diterangi pelita ayam? Bimbang juga kalau ibu bapa angkat akan setegas dan segarang Che Ah! Kalau perlu mandi di luar terpaksa pula berjingkit-jingkit tiap pagi membawa alatan mandi.
Akhirnya aku temui jawapannya, lepas Faizal selesai pusingan kedua permainan 'mesin basuh'.
Sebenarnya, yang menggusarkan fikiran, menyayat hati dan mengairkan mata, semua itu, berpunca dari benda yang pasti ini, selepas enam hari itu, yang dipanggil PERPISAHAN..
Entri 4 : Ke Mana Anak-Anak Che Ah Menghilang?
Assalamualaikum..26/01/09
Aneh. Sejurus selesai membaca Laskar Pelangi di waktu pagi, di belah petangnya pula muncul gerhana matahari. Serasa bagai dua fenomena alam ini bergabung untuk menceritakan sesuatu.
Apa mungkin mentari yang berlindung di balik gemawan sana tanda ada yang jauh merindukan aku? Atau aku yang meracau hingga merah gerhana di sangka wajah seorang cikgu di Serian sana?
Atau aku hanya bocah gonjol?
Thursday, January 29, 2009
Entri 3 : Idora, Si Nike Kerbau..
Assalamualaikum..
25/01/09
Hujan tak turun selama tiga minggu..
Selepas tiga hari kami datang hujan menitis juga akhirnya.
Kami pembawa rahmat?
Bagaimana pula dengan kumpulan Muz-Shazwan-Siti (asalnya Muz-Idora-Anak dara ketua kampung); manusia tak berhati perut perampas kenangan zaman indah kanak-kanak perempuan yang masih bersekolah?
25/01/09
Hujan tak turun selama tiga minggu..Selepas tiga hari kami datang hujan menitis juga akhirnya.
Kami pembawa rahmat?
Bagaimana pula dengan kumpulan Muz-Shazwan-Siti (asalnya Muz-Idora-Anak dara ketua kampung); manusia tak berhati perut perampas kenangan zaman indah kanak-kanak perempuan yang masih bersekolah?
Entri 2 : Viva Merah Yang Sombong
Assalamualaikum..24/01/09
Ke Johor! Dari Melaka ke Johor melintasi jambatan yang hanya layak dilintasi basikal, serbuan ke Muar terhenti kerana tiadanya helmet.
Haluan diubah ke Merlimau kemudiannya; hanya untuk melihat-lihat tempat orang.
Kata aku pada mak angkat Ila dan Syida-yang bertanya kenapa nak ke Merlimau-sewaktu meminjam helmet.
"Nanti orang tanya ke Melaka singgah Merlimau ke tak?"
"Tak."
"Kenapa?"
"Takde helmet."
Wednesday, January 28, 2009
Entri 1 : Sandwich Telur Yang Membusuk..
Assalamualaikum..23/01/09
Aku dan Akash adalah bagai dua manusia yang paling tua dalam rombongan.
Shah nampak muda,
Fairuz bermuka cina,
Shazwan tampil boroi,
manakala Acha tak kelihatan langsung.
Apakah pertemuan tika matahari mula terbenam di balik bebendang sawah kan membuahkan erti? Atau pentas terapung hanya kan menghanyutkan seribu kenangan?
Entri-entri Dari Sini Ke Melaka..
Assalamualaikum..
Hampir seminggu, lengkap sudah program kami. Yang lain mungkin masih memenuhkan bilik blik apartmen di kampus, namun aku lebih senggang pulang ke rumah ketemu mak dan ayah.
Serasa rugi tidak berkongsi apa-apa pengalaman sepanjang jalan ke sana. Semoga yang dititip kan membuat yang tidak ikut sama serasa seperti turut serta bergurau dengan Nek Minton, mengacah adik Faizal, memberi Labu makan, atau ikut Pakcik Shawal memasang tiang khemah.

Subscribe to:
Posts (Atom)