Tuesday, December 23, 2008

Hatiku Kan Terbang Pergi

Cik Wani dah dapat posting beliau iaitu ke Sarawak.

Kata beliau selepas setahun baru boleh memohon pindah.

Biasanya tiga tahun.

Tiga tahun ni, regu jiwa aku akan pergi tinggalkan aku. Kenapa aku?

Thursday, December 18, 2008

Sayap Aku Dipatahkan!

Assalamualaikum..

Dah tengok result?

Kali keempat nampaknya tidak begitu bertuah. Aku gagal mendapatkan Damn List! 0.01 GPA menghalang quadruple aku. Dan kali ini tiada BEL untuk menyelamatkan aku.

p/S: taklah pandai sangat aku ni kan..

Wednesday, December 10, 2008

Am Tag Aku..

1. What is the relationship of you and him/her?
kawan besa. aku ngan dia bukan shah..

2. Your 5 impressions towards him/her.
cekap
berirama
bz memanjang
cool
rebel

3. The most memorable things he/she had done for you.
dia pernah..

4. The most memorable things he/she have said to you?
katanya..

5. If he/she become your lover, you will...
jadi cam shah la..

6. If he/she become your enemy, you will...
sedangkan lidah lagikan tergigit

7. If he/she become your lover, he/she has to improve on...
being a lady la. aawww...

8. If he/she become your enemy, the reason is...
mungkin aku secara tak sengaja mematahkan lens beliau lalu mencampakkannya ke dalam tasik kat puncak nu..

9. The most desirable thing to do on him/her is?
buat pada dia? mencilok skil penggambaran?

10. The overall impression of him/her is...
ok la.. nak kena jawab gak ke ni?

11. How do you think the people around you will feel about you?
uitm = rasa aku tua. rumah = rasa aku sampah

12. The character of you for yourself is?
jiraiya dalam komik naruto

13. On contrary, the character you hate of yourself is?
wunan jahat dalam wira tunggal

14. The most ideal person that you wanna be is?
diri aku..

15. For the people who care about and likes you, say something about them.
tanpa kamu aku tiada hidup

16. Ten people to tag:
fairuz
muz
mastikus
echa ungu
zureen
ratna kesuma
john melawi
xlaralady
mapieceofart

17. Who is no. 2 having a relationship with?
dia solo..

18. Is no. 3 a male or a female?
pompuan la.nape?nampak macam laki ke? <= salin bulat2

19. If no. 7 and no. 10 were together, would it be a good thing?
entah. deaorang kenal ke?

20. How about no. 5 and 8?
dua-dua dah berpunya

21. What is no. 1 studying about?
budak penulisan nak join budak skrin sebaliknya jadi budak baiki komputer dan pernah kerja dengan nombor 3 dan ari tu jadi budak fotografi dan pernah buat kerja2 art..

22. Is no. 4 single?
entah. tanya dia lee..

23. Say something about no. 6 
takut belon..

Saturday, December 06, 2008

Tadi..

Siang tadi lepas aku keluar dari sebuah tandas dalam Plaza Alam Sentral, tiba-tiba aku terniat secara refleks menyanyikan lagu Siti Sarah Raisuddin berjudul Kesetiaan. Mungkin sebab aku pernah dengar anak aku menyanyikan lagu ni agaknya.

Tidak semena-mena, aku terperasankan seorang awek hot dalam saloon yang merenung ke arahku. Aku yang masih menyiulkan lagu itu bertentang mata seketika dengannya.

Tidak!!! Aku terkantoi menyanyikan lagu penuh kejiwangan tersebut. Tanpa menantikan reaksi dari beliau aku melarikan diri meninggalkan kemachoan aku yang bertaburan menghiasi bait-bait lagu itu tadi.

Moral: Jangan suka berkaraoke.

Monday, December 01, 2008

Cinta Ini Biarkan Ia Pergi (cerita pendek kelapan..)


Kalau cinta takkan pernah bermakna.
Maka hidup hanya mimpi tak ke mana..

Radhi merenung ke penjuru taman itu. Insan yang dinantinya tetap belum kunjung tiba. Jam tangan diliriknya. Masa relatif sudah pun pukul 6 petang. 

"Sudah lewat sejam." Bisik Radhi perlahan. Renungannya makin jauh melela.

"Kita pulang sahajalah ya, Di." Murni tiba-tiba bersuara. Radhi fana sebentar dari angan dan sedarnya. Gadis awal 20-an itu tetap setia menanti jawapannya.

"Kejap lagi ya." Radhi menenangkan gadis itu. 

Sahabat baiknya itu hanya mengangguk dan kembali meminggir, membiarkan Radhi kembali dengan penantiannya. Radhi bergerak perlahan ke penjuru taman. Pohon yang menjadi tempat pertemuan dijanjikan terlihat begitu sepi dan sunyi. Radhi merenung pokok itu dari akar hinggalah pucuknya yang menjulang tinggi ke udara.

"Dah lama tunggu Di?" Sapa satu suara. Suara yang telah lama ditunggu-tunggu.

Di hadapan Radhi tercegat Siti Bainun. Wajah Radhi berubah ceria. Seperti kanak-kanak menonton Wonder Pets.

"Tak, baru je," Radhi cuba menghilangkan resah di hati. "Kenapa lambat?" Soal Radhi tanpa sedar paradoks soalannya. Atau oksimoron, atau ironi, dia sendiri tidak tahu.

"Tolong mak kejap tadi." Siti Bainun menghampiri Radhi. "Di.."

"Ya, Siti?"

"Mak ayah saya tak izinkan saya .."

"Dengan saya?" Wajah Radhi berubah sedikit.

"Mm." Wajah Siti Bainun pula berubah sugul.

"Mereka dah jodohkan awak dengan orang lain?" Radhi mula gopoh menyoal.

"Bukan begitu Di."

"Oh, saya tahu. Sebab saya tak bekerja, tak berpendidikan, takde harta, takde kedudukan, kan?"

Siti Bainun diam sebentar. Bak kata iklan, diam tanda setuju, senyum tanda suka.

"Saya faham Siti. Dalam cinta, rupa dan harta tetap juga dipandang orang."

"Janganlah macam tu Di. Kita masih boleh berkawan."

"Dan biarkan awak jadi milik orang lain?"

Siti Bainun diam dalam gelisah. Radhi melontar batu-batu kecil di hadapannya, bagai anak kecil yang protes.

"Saya pun belum sedia Di." kata Siti setelah agak lama berdiam.

"Cinta mana pernah ada persediaan. Bukan lampu boleh dibuka dan ditutup."

"Tapi Di.."

"Bainun!!" Suara keras seorang wanita mengejutkan mereka berdua. Siti Bainun berubah wajah ketakutan sebelum menoleh. Radhi bingkas bangun bersedia menghadapi kemungkinan.

"Ya mak!" Jawab Siti Bainun dengan getar suara seiras kambing mengembek.

"Balik mandi! Dah senja dah ni!!" Jerkah wanita itu lagi.

"Baik mak!" Siti Bainun menjawab dan bingkas meninggalkan Radhi. Setapak dua melangkah dia menoleh ke arah Radhi. "Di, tak tengok Shin Chan ke? Dah nak mula ni. Nanti terlepas!"

"Tapi tentang kita?"

"Nantilah Di, kita kan belum sekolah lagi!"

Bagai tersedar dari angannya Radhi bingkas meninggalkan Siti Bainun yang melambai-lambai. Bibiknya Murni dipanggil dan berdua-dua, mereka berjalan meninggalkan taman permainan itu. Mentari senja pun mula melabuhkan tirainya.

* * *

Diilham dari: lagu Taman Astakona (Slash) dan kisah cinta terlarang antara adik aku @pis dan rakan setusyen beliau. Kedua-duanya 6 tahun.

Thursday, November 27, 2008

Indonkah Gadis Ini? (Sebuah lagu saduran)

(Ada muka indon ke minah ni?)

Indonkah Gadis Ini? (Disadur dari lagu Milik Siapakah Gadis Ini/Sudirman)

Asal manakah gadis ini
Wajah indon bagaikan pendatang
Lantas polis meminta IC
Mujurlah dia bawa
Memang sungguh bahaya

Asal manakah gadis ini
Bagai bibik dari Kalimantan
Nyaris-nyaris kuditahan polis
Mujur aku pun bawak IC
Diapun ada ic

Lama juga ku ditahan
Polis pun bertanya dia
"Sebelah tu tunjukkan ic!"
Muka dah la belum mandi (lagi)
Indonkah gadis yang kubawa..

Monday, November 24, 2008

Selamat Bergraduasi..

Kepada senior-senior aku, 'kak' echa, 'kak' zureen, 'kak' cik ida, 'kak' amoi, 'kak' leah, 'kak' zee, 'kak' as, 'kak' ju, 'kak' sopi, 'abang' didi dan laen-laen. Selamat bergraduasi.

Dari 'adik' junior korang. Haha.

Sunday, November 23, 2008

Highlander TV Series..


Sama ada suka atau tak suka. Itu aje yang boleh aku simpulkan tentang siri televisyen ini. Diadaptasi dari filem yang sama tajuk tetapi berlainan hero, Highlander Siri TVlah Pulak mula aku kumpul akhir tahun 2007. Setelah setahun berlalu, 6 musim menjangkau 119 episod lengkap telah aku perolehi.

Siri televisyen yang bermula dari tahun 1992-1998 ini menceritakan tentang Immortal (trans. lestari?) Duncan MacLeod (1492-) yang selama 400 tahun menentang kejahatan baik dari golongan marhaen atau yang sejenis dengannya, bukan sejenis dengan Shah.

Penggal kepala orang dapat kuasa + pengalaman + pengetahuan beliau? Itulah kerja golongan immortal (bukan immoral) ini yang hanya akan mati bila terpenggal lehernya.

Duncan telah memotong kepala lebih 100 orang immortal dan bukan semuanya jahat. Connor MacLeod, gurunya sendiri, Richie Ryan, muridnya sendiri, Sean Burns, sahabatnya sendiri semuanya dia bunuh. Gila kepala jugaklah dia ni.

Oh, dan dia cuba bunuh aku jugak. Dah lebih 10 kali aku mimpi dia nak penggal kepala aku. Jangan haraplah.

Sekarang dalam proses mengumpul siri TV Lt. Ninzaburo Furuhata dan Siri TV Satisfaction. Yang tak suka tak sukalah. Pergilah layan Gilmore Girls tu. Dulu aku suka la waktu Lorelai hot lagi.

Saturday, November 22, 2008

Serbuan Tengah Malam

Assalamualaikum..

Seperti biasa aku ajak adik aku ke kedai mamak untuk minum2.

Sedang asyik menonton bolasepak ulangan sambil mengunyah roti canai, kelihatan beberapa lelaki yang kelihatan cam kaki pukul berbincang sesuatu dengan toke kedai.

Pergaduhan? Itu bermain di fikiran.

Kurang 15 minit beberapa pekerja sudah digari. Rupanya imigresen buat serbuan. Dengan tangkapan pelbagai warna kulit sebuah van berlogo jabatan imigresen dan 3 buah 4WD digunakan mengangkut pesalah tak berdokumen untuk dibawa pergi.

Idea? Akan menyusul nanti. Insya Allah

Saturday, November 15, 2008

Dialog Dari Pasar Malam (Cerita pendek..)


"Dah lama berniaga?"

"Baru tiga bulan."

"Banyak ke untungnya?"

"Bolehlah encik, cari makan."

"Takpelah, belajar sikit-sikit."

"Mm."

Kereta berhenti dan keluarlah dua manusia dari kenderaan berwarna putih itu. Dengan langkah perlahan-lahan kedua-duanya memasuki bangunan satu tingkat bercat merah jambu. Sederet pasu bunga menghiasi pintu masuk.

"Nak cerita dari mula? Atau nak saya tanya baru jawab?"

"Kalau dari mula tu, dari sekolah ke dari lahir?"

"Dari mula awak kerja."

"Ikut kawan. Kerja kilang dulu, pastu lepas tiga bulan berhenti."

"Panjangkan la lagi ceritanya. Nak rokok?"

"Saya tak merokok. Tak nak."

"Bagus, bagus. Biar saya je yang isap. Sambung sambung."

"Kawan saya tu Johari. Kenal?"

"Mm, dia dah pernah datang sini dua tiga kali."

"Dia tu penipu rupanya."

"Sabit la. tengok rupa pun dah tau."

"Dia ajak saya masuk skim ni, skim cepat kaya internet. Pastu rugi. Elok-elok duit saya banyak, jadi berhutang pulak."

"Berapa banyak habis?"

"RM10 ribu jugaklah."

"Eish, banyak tu." Geleng kepala. Ketuk rokok.

"Tu la pasal. Johari tu pulak lesap."

"Eh, ada je!"

"Mana?" Muka terkejut campur marah.

"Kat penjara. Curi motor."

"Dah agak dah." Reda dan sandar semula.

"Banyak ke hutang dengan orang?"

"Dalam RM5 ribu. Tu yang stat meniaga tu."

"Oh. Tengok laris je tadi."

"Mm, macam tu la berniaga pasar malam. Ada orang ada la bisnes. Kadang-kadang hujan takde la orang."

"Jual cd ngan dvd filem je ke?"

"Ha'ah."

"Lain-lain takde? Untuk orang tua-tua ke?"

"Hahaha!" Dua-dua ketawa sumbang. Puntung rokok dimatikan.

"Tak berani la. Kena tangkap susah. Jual filem aje la."

"Tu la. Susah jugak kalau camtu."

"Takpelah. Dah nasib."

"Mm, awak pergilah telefon sesapa dulu. Tidur sini malam ni, esok lusa balikla."

"Okay, terima kasih."

"Korporal! Bawak dia pergi telefon kejap, pastu letakkan dalam lokap!"

Suara dari luar,"Baik inspektor!"

* * *
 
p/s: cerita hanya rekaan semata-mata..

Wednesday, November 12, 2008

Aku Mula Mereput...

Assalamualaikum..

Hari ini hari Rabu..

Aku balik hari Ahad..

Aku dah bosan selepas tiga hari!!

Ini jadual harian aku:

bangun tidur --> makan --> main game --> main internet --> makan --> tidur --> ulang

p/s: perbuatan lain seperti menonton tv, membaca komik dan berjamban adalah dalam jumlah kecil yang boleh diabaikan..

Tuesday, November 11, 2008

Hari Tu..

12 tgh malam. 

masih di rumah Muz, melukis storyboard 

2 pagi

balik ke bilik lukis perspektif

7 pagi 

tidur

10 pagi 

bangun semula siapkan lukisan

11 pagi

susun lukisan dalam sampul, 

print cover page dan tampal atas sampul

11.30 pagi

hantar lukisan

11.45 pagi

tunggu mesej pengesahan dari cik wani

12 tgh hari

bertolak dari puncak perdana ke melaka

2 ptg 

sampai ke melaka

amik cik wani kat rumah sewa

3 ptg

makan nando's chicken buat pertama kali. tak suka.

3.30 ptg 

parking kereta sebelah sungai

4 ptg

jalan dengan cik wani ke Stadthuys

4.30 ptg

bagi cik wani kamera suruh beliau test

5 ptg 

naik bukit st. paul

5.30 ptg

turun bukit dan berjalan menyusuri sungai

6 ptg

balik ke durian daun amik beg cik wani

singgah sembahyang (jama')

6.30 ptg

berjalan menyusuri pantai (tapi tak jumpa)

isi minyak

7.30 mlm

masuk semula ke lebuh raya

9.30 malam

sampai ke rumah cik wani.

balik rumah di kj dan makan percuma

10.15 malam

balik ke puncak perdana

10.30 malam

singgah ke 7E beli cerut

11 mlm

berbual dengan rakan-rakan.

muz bagi aku projek

12 tgh malam

kembali ke bilik seperti tiada apa-apa yang berlaku.

menghisap cerut sebagai lambang kejayaan misi.

Sunday, November 09, 2008

Amerika Berani Berubah.. Kita Bila Lagi?

Amerika. Kuasa besar dunia. The Great Satan. Namun beberapa hari yang lepas, sejarah tercatat apabila negara ultra kapitalis tersebut mula menerima hakikat mereka akan dipimpin buat kali pertama oleh seorang lelaki kulit hitam.

Kurang signifikan? Bayangkan, kaum yang tidak akan wujud di Amerika Syarikat jika tidak wujudnya perhambaan kini sudah memimpin negara yang masyhur dengan Ku Klux Klan tersebut.

Kita? Masih dengan fahaman dan doktrin yang sama. Kaum lain adalah pendatang yang tidak boleh diberi muka. Bangsa sendiri lebih penting dan lebih mesti dibela. Negara ini hanya kita punya, yang lain datang bertongkang hanya menumpang.

Kalau negara se'zalim' dan se'iblis' Amerika berani berubah, mengapa tidak kita?

Siapa Ku Klux Klan sekarang?

Friday, October 31, 2008

Ini Bukan Cerita Pendek (memang bukan cerita pendek)


Assalamualaikum..

Sebagai seorang pemain catur yang takzim, salah satu perkara yang paling tak boleh blah adalah menjadi mudah diduga (predictable). Apabila itu berlaku, pemain lawan akan dengan mudahnya bersedia untuk mempersiapkan diri menghadapi apa-apa serangan yang akan aku lakukan. Gerakan akan dipintas dan akhirnya aku akan dikalahkan. 0-1.

Begitu juga jika menjadi seorang penulis. Menulis sesuatu yang bisa diduga semua menjadikan cerita yang ditulis mirip penulisan akademik dengan mengantisipasikan logik dan mantik, mengenepikan kreativiti dan imaginasi.

Dalam beberapa penulisan aku yang lepas, aku pernah menulis cerita yang dapat diduga semua dari awal (taulah sendiri cerita apa). Dengan kata yang lain, menamatkan cerita tersebut akan membuatkan semua pembaca akan mengisytiharkan: 'aku dah agak dah!'

Imbas kembali. Dalam penulisan tersebut, ayat pertama aku adalah:

'Pandi merengus. Manusia-manusia durjana yang mengurungnya...' yang sekaligus mendatangkan klu atau bayangan yang cukup mudah untuk ditaakul.

Rengus dan manusia durjana melambangkan pelakunya atau watak tersebut bukanlah manusia. Cuba jika aku tukar ayat tersebut supaya berbunyi begini..

'Pandi menitiskan air mata. Rakan-rakan yang selama ini dipercayai telah mengkhianatinya..' akan kelihatan lebih manusiawi dan mungkin akan menyebabkan mereka yang kurang bersedia memiliki pemahaman berbeza.

Dengan kata lain, menjadi penulis tidak semestinya mementingkan apa yang hendak disampaikan, tetapi barangkali cara atau teknik penyampaian menjadi penentu keberkesanan penulis membuatkan pembaca kekal kagum dengan mistikus dari penulis dalam penulisannya.

Contoh filem pula. Seingat aku, filem 'Sepet' sering dianggap orang antara filem yang baik. Padahal filem itu, secara dasarnya, sama sahaja dengan filem Sembilu 2005. Isunya tentang percintaan antara 2 bangsa berlainan. Cuma satu menggunakan pendekatan Yasmin Ahmad dan satu lagi Yusuf Haslam. Ada sesiapa yang kata filem Sembilu 2005 best?

Bayangkan filem Duyung jika dibikin penuh dengan unsur mistik. Mungkin dengan kerajaan dasar laut, atau si duyung bertutur bahasa Sanskrit atau bahasa Indo-Aryan purba lain. Mungkin juga jika antagonisnya bukan manusia biasa, tetapi naga (dalam budaya melayu naga adalah makhluk air) dan lain-lain. Mungkin kita akan ada sebuah filem yang setanding dengan filem fantasi barat seperti LOTR , Pan's Labyrinth dan lain-lain.

Kos? Itu bukan bidang aku. Sebagai penulis, yang aku idamkan hanyalah sebuah cerita yang memukau khalayaknya.

Thursday, October 30, 2008

Demi Adi (Satu lagi cerita kontot)


"Abang! Abang!" Seorang kanak-kanak seumur 9 tahun tercungap-cungap berlari ke arahku.

Aku yang sedang enak mengulum biji rambutan hampir tergolek dari pangkin. Terkejut.

"Adi bang! Adi!" Suara budak itu. Kamarul namanya.

Biji rambutan kuludah ke tepi. Wajahku berubah kaget.

"Kenapa dengan Adi?!" Aku bingkas bangun dan menyarung selipar yang tergeletak di bawah pangkin.

Kamarul menarik tanganku. Aku turut.

"Adi lemas bang! Kat tali air nun!" Tunjuk ke kanan.

Wajahku berubah menjadi hangat. Telinga bertukar panas. Darah naik ke muka, sentap ke kepala.

"Ya Allah, selamatkanlah adikku Adi!" Hati pasrah memanjatkan doa. Kakiku pula bagai pelari seratus meter laju berlari. Kamarul aku tinggalkan ke belakang. Tak guna menunggu anak kecil itu. Biar aku yang selamatkan Adi.

"Beritahu orang kampung lain!" Sebelum terlupa aku pekik kuat ke arah Kamarul. Dia menghilang dari pandangan. Larian pecut aku teruskan.

* * *

Adi anak bongsu. Aku anak sulung. Selepas aku dan sebelum Adi ada lagi seorang lelaki dan seorang perempuan.

"Along, Adi nak keluar main dengan kawan-kawan!"

"Gi le, maleh aku nak jaga kau kat rumah ni ha!"

Ayat terakhir aku pada Adi. Serta-merta rasa segunung sesal bagai menghempap diriku. Tiba-tiba aku marah pada diri sendiri kerana biarkan Adi keluar. Rasa marah kerana cuti sekolah sebabkan budak-budak selalu bermain benda-benda yang merbahaya. Marah pada mak ayah yang percaya sangat pada aku untuk menjaga Adi. Semuanya salah!

Adi sesuai dengan fitrahnya sebagai budak-budak memang suka keluar bermain.

Aku sesuai dengan fitrahku sebagai remaja memang malas memikul tanggungjawab.

Cuti sekolah sesuai dengan fitrahnya sebagai masa rehat memang masa budak-budak bermain.

Mak ayah sesuai dengan fitrah mereka sebagai ibu bapa memang perlu keluar bekerja.

* * *

Tali air sudah nampak di mata. Aku terus lari pecut. Jarak tali air dari pangkin rumah lebih kurang 300 meter. Dalam masa 25 saat aku sudah memecahkan rekod dunia larian 300 meter. Cuma tidak ada acara lari pecut 300 meter dalam dunia ini.

Aku terus terjun dalam air. Kawan-kawan Adi hanya melihat dari tepi. Yang paling kecil Buyung umurnya 5 tahun. Yang paling tua Fahmi 11 tahun. Aku tak cam yang lain. Tak sempat. Yang sempat aku ingat adalah seorang dua budak-budak yang menunjuk ke dalam tali air, menjerit-jerit perkataan 'lemas', 'Adi' dan 'tolong'.

Dari muka ke dasar aku menyelam. Aku mesti cari Adi. Aku tak dapat bayangkan hancurnya hati mak kalau Adi mati lemas.

Kali pertama aku menyelam aku tak jumpa apa-apa. Air gelap dan pekat. Hujan semalam mengeruhkan lagi air di tali air yang lebih kurang 7 kaki dalamnya. Hatiku menyumpah-nyumpah kenaifan kanak-kanak kecil mandi di tali air yang sedalam ini.

Kali kedua aku tarik nafas dulu dalam-dalam sebelum menyelam. Mata aku beliakkan besar-besar meskipun air keruh membuatkan jarak penglihatan menjadi sifar. Kakiku mula kejang.

Kali ketiga aku hanya tawakkal meraba dengan tangan. Adi mesti aku keluarkan meskipun dia hanya tinggal jasad. Aku nekad meraba macam orang gila dalam bas. Bezanya kalau atas bas aku akan mati dipukul.

Tubuh seseorang tergapai oleh tangan kiriku. Aku raba-raba lagi sehingga ketemu tangannya. Sah ini Adi! Aku tarik sekuat tenaga berperang dengan selut yang memerangkap kaki Adi. Aku yakin jika aku adalah ibu atau kakak pada Adi pun aku akan guna seluruh tenaga juga. Bezanya mungkin aku akan gagal.

Adi mula lolos dari perangkap selut dasar tali air. Aku tarik Adi hingga ke permukaan. Orang kampung yang sudah tiba rata-ratanya hanya merenung air dari pinggiran. Menenung tuan puteri agaknya.

"Tu budaknya!" Jerit seorang dari mereka. Adi dinaikkan. Aku terkial-kial naik sama. Adi dimasukkan dalam ambulans yang sedia menunggu. Cepat pula mereka sampai. Aku naik sekali menumpang ke hospital.

* * *

Di hospital mak dan ayah terpa Adi. Aku hanya terkocoh-kocoh mengikut dari belakang. Selain berdoa agar Adi sembuh aku juga berharap mak dan ayah tak salahkan aku. Baju dan seluar basah tambah mendinginkan apabila terasa penghawa dingin hospital. Kecut segala benda.

Adi disorong ke dalam bilik kecemasan. Mak meraung macam Adi dah tak ada. Ayah bersungguh-sungguh menenangkan mak.

"Anak kita bang," mak tersedu-sedan menangis. Aku tak sanggup tengok dan takut dipersalahkan jadi punca Adi lemas. Aku duduk agak jauh dari mak dan ayah. Nak dekat takut kena marah, nak lari aku bimbangkan Adi. Beberapa pesakit hospital hanya tenung aku. Mungkin sebab aku kacak dan mungkin sebab aku basah. Aku tertunduk-tunduk gementar. Terketar-ketar kesejukan.

Lepas 15 minit doktor keluar. Ayah yang terlebih dahulu menerpanya. Ayah mengangguk-angguk dengar kata doktor. Mak masih menangis.

Seorang polis pula menghampiri ayah. Mungkin ambil keterangan dari ayah. Ayah ikut encik polis menghilang dari sebalik pintu. Adi pula disorong keluar dengan katil dari bilik kecemasan dengan tiub bersilang ke seluruh anggota badan. Mak terpa dan iringi Adi. Aku ikut cepat-cepat hendak melihat Adi.

Syukurlah, Adi dah sedar. Dia senyum memandangku tetapi masih terlalu lemah untuk berkata-kata. Aku bersyukur ke hadrat ilahi dengan sesyukur-syukurnya.

Adi dimasukkan pula ke dalam unit rawatan rapi. Aku dan mak tak boleh masuk. Sedang kami terintai-intaikan Adi dari kaca tingkap bilik ICU itu ayah datang.

"Dah jumpa dah." Kata ayah. Mak menangis kembali. Kali ini lebih sedih dari tadi. Ayah peluk bahu mak dan iringi mak pergi dari situ. Aku yang kehairanan menurut sahaja.

*` * *

Setelah turun lif tiga tingkat ke bawah, mak dan ayah diiringi seorang pegawai hospital masuk ke sebuah bilik. Mungkin untuk buat urusan insurans agaknya.

Yang peliknya bilik ini penuh dengan pintu besi. Ada dua katil dengan satu kosong dan satu lagi ada jasad yang terbujur kaku.

Mak rebah. Ayah yang tabah pun terhinggut-hinggut menangis. Aku hampiri mereka. Tahulah aku kini,rupanya jenazah aku yang terbaring di atas katil itu . Tak mengapalah mak, ayah. Semuanya demi Adi.

p/s: inspirasi: filem sepi, the others, siapa di dalam aku di luar!! dan lan-lain tq..

Monday, October 27, 2008

Hujan Menggila Di Hentian Bas SS5 (Cerita Pendek)


Hujan renyai-renyai. Sesudah mengelak beberapa lopak yang memercik dilanggar kereta, berteduh juga aku akhirnya di bawah hentian bas ini. Hentian separuh roboh separuh rebeh ini sunyi dan sepi, sesepi fitrah alam yang sudahpun mencecah jam 10 malam waktu setempat.

Selepas mengibaskan kebasahan dari pakaian dan beg galas yang aku bawa, aku duduk melepas lelah sambil meninjau bas yang seterusnya. Bas terakhir. Bas nombor 66A.

Tiba-tiba hujan jadi menggila. Mahu atau tidak tempiasnya menerjah juga ke tubuh aku. Sekali lagi beg galas dijadikan payung ganti menahan tubuh kerdil dari dijirus langit hitam pekat. Dingin malam turut menjadi raksasa halimunan yang menggigit tubuh dengan sejuknya hingga ke tulang sumsum.

Dari kepekatan alam tiba-tiba timbul sesusuk tubuh manusia menghampiri hentian bas yang terpencil ini dari jauh. Aku amati tenang. Seorang gadis awal 20-an kelihatan berlari-lari mengulangi perbuatan aku seawal tadi, cuma dengan tempo lebih siaga dan terdesak. Dia agak kaget melihat aku yang duduk di situ, mungkin segan, mungkin takut. Aku angguk ramah sebelum terhampa dengan si gadis yang pantas mengabaikan sapaan aku. Mungkin sombong, mungkin bimbang.

Dari jadual bas yang kuhafal dalam kepala, bas seterusnya hanya akan tiba lima belas minit lagi. Jika selama itu juga hujan terus menembak kami, aku yakin frasa 'tangkap basah' akan menjadi lebih tepat; itupun jika ada penguatkuasa jabatan agama memandai-mandai menjalankan operasi ke seluruh hentian bas serata negeri.

Seperti skrip drama, hujan reda kembali setelah si gadis betul-betul basah. Blaus yang dipakainya cuba menyerlahkan sesuatu, tetapi sebagai lelaki budiman adalah lebih mulia untuk aku tidak melihat. Maka aku tidak melihat. Lagipun terlalu mudah kekantulan jika aku melihat. Maka aku tidak melihat.

Suratkhabar di dalam beg aku keluarkan. Bukan surat khabar hari ini atau semalam. Sebaliknya suratkhabar seminggu lepas. Tidaklah jelas sangat huruf-hurufnya di dalam gelap malam sebegini tetapi dari hanya berdiam diri merenung si gadis lebih baik aku berbuat sesuatu. Samada pura-pura atau tidak.

Beberapa halaman hadapan yang memuatkan berita politik dan kepartian aku langkau untuk terus membaca berita dalam negeri.
Berita bunuh, rogol, buang bayi dan lain-lain marba kejinya manusia kubaca dan teliti satu-satu, bersuluhkan lampu jalan yang menerangi jalan, bukannya hentian bas. Semuanya pura-pura.

"Hello, abang?" Terdengar suara si gadis. Sekilas aku pandang ke arahnya. Rupanya dia sedang berbual di dalam telefon. Aku yang nyaris teruja dengan bibit perkenalan kembali membaca akhbar. Dalam hati menyumpah akibat malu terpedaya dengan kata mesra semurah 'abang'. Perkataan magis yang sering menjerat hati nurani lelaki.

Ayat-ayat seterusnya yang kutangkap tidak jelas, tetapi nada pathosnya lebih menjurus kepada pertelingkahan antara sepasang kekasih. 'Awak pentingkan diri', 'Minta tolong pun tak boleh', 'Tak kesian kat ling', 'Sibuk sangat dengan kerja' dan ayat-ayat merajuk lain terdengar di telinga. Rumusannya adalah si 'abang' tidak dapat datang mengambil kekasihnya di sini kerana sibuk dengan kerja. Pukul 10.07 malam. Ditambah pula dengan ayat pertengkaran seperti 'sudahlah!' dan 'go to hell!' turut menyebabkan aku yang pura-pura membaca akhbar (dalam gelap) terus membaca lagi.

"Dik, sabar, duduk dulu. Janganlah marah-marah macam ni." Nasihat aku. Si gadis yang sudah menamatkan panggilan sedang bersms pula tanpa menjawab. Kalau dia menjawab maknanya dia ada telepati sebab aku hanya menasihat dalam hati.

Aku terus membaca. Mataku menangkap berita rogol dan bunuh yang separuh terang dan separuh gelap dalam akhbar itu.

'Culik, Rogol dan Bunuh Di Hentian Bas'. Tulis berita itu. Entah sebab apa aku tertarik membaca berita seminggu sudah itu. Lampu telefon bimbit aku jadikan panduan.

'Petaling Jaya-20 Oktober. Mayat seorang eksekutif muda, Tia Azini, 23 tahun, yang dilaporkan hilang ketika sedang menunggu bas ditemui mati dalam keadaan menyayat hati dalam semak tidak jauh dari hentian bas tempat dia dilaporkan hilang. Polis mempercayai mangsa telah dipengsankan dan kemudiannya dibawa ke semak tersebut sebelum dirogol dan dibunuh. Menurut teman lelakinya, dia diminta oleh mangsa untuk mengambilnya di hentian bas tersebut kerana mangsa terlepas bas terakhir pada pukul 10.30 malam, namun apabila tiba sejam kemudian, dia tidak menemui mangsa di hentian bas SS5, Kelana Jaya seperti yang dijanjikan. Panggilan telefon juga tidak berjawab. Selepas membuat laporan polis, polis melakukan operasi mencari di sekitar kawasan tersebut dan menemui mayat Tia dalam keadaan separuh berpakaian. Polis kini giat memburu suspek, seorang lelaki disyaki warga tempatan berusia pertengahan 20-an. Mereka yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi talian 03-78787878.'

Gambar Tia jelas terpampang di akhbar. Aku teliti wajahnya dan dalam hati sayu mengenangkan gadis secantik itu bagai disumpah dengan nasib sebegitu malang. Wajah lakaran photofit suspek turut disediakan. Iras-iras muka aku pun ada, aku ketawa kecil dalam hati.

SS5 Kelana Jaya? Tak syak lagi, inilah hentiannya. Semak tempat gadis itu dibunuh pun masih boleh dilihat dari sini, meskipun kawasannya jauh lebih gelap, kelam dan menyeramkan. Ma

Nanti dulu. Serasa aku pernah kulihat gadis di dalam akhbar itu tadi. Seperti baru sahaja aku jumpa, tapi di mana ya?

Mataku menangkap gadis yang sedang bersms di hadapanku. Ku rujuk silang dengan gambar di dalam akhbar. Matanya sama tajam, bibirnya sama juih Angelina Jolie, malah gaya rambutnya pun seiras ikalnya panjang ke bahu. Ini bukan seiras, ini betul-betul serupa!

Aku telan air liur. Wajahku mula berpeluh dingin. Bulu roma di leher pun sudah meremang. Aku pandang sekeliling, hanya aku dan perempuan itu sahaja yang ada di hentian bas tersebut.

Aku telan air liur lagi. Surat khabar aku lipat dan masuk ke dalam beg. Aku mesti pantas bertindak sebelum apa-apa yang tidak diingini berlaku.

Sebelum bas 66A sampai, sebelum teman lelaki gadis ini datang, sebelum polis meronda, aku mesti puaskan nafsu aku.

Aku keluarkan klorofom dan dekati perempuan itu perlahan-lahan.

~Fin~

Monday, October 20, 2008

Apa yang saya pelajari semester ini?

Screenwriting: Shah suka menggunakan nama iblis di dalam skrip karyanya, sesuai dengan buku-buku kultus yang dibaca beliau. Cerita Muz pulak memang bes. Aku dan Shazwan tak terlibat pun.


Storyboarding: Pernah wujud ke subjek ni? Storyboard tu apa? Lukisan perspektif ada la. Siapa pensyarah dia? Entah macam pernah jumpa beberapa semes yang lepas.

Ensemble IV: (Nyanyi ramai-ramai) Tatatatata! Jarang sekali terdengar bunyi, ketukan di pintu hatiku ini.. Lagi satu Shah ada kuasa suruh polis jaga pantai ramai-ramai. You cannot fool a student!

Asas Menterjemah: Orang kedua yang akan keluar dulu selepas siap latihan selain aku adalah... kid..

Skrip Radio: Pensyarah adalah contoh terbaik kenapa orang jarang dengar stesen radio RTM. Lagu instrumental pula haram mempunyai penyanyi.

Retorik: Tema terfokus adalah.... Tusuuuuuk Jelangkung!! (Aksi! Aksi!). Sambil melihat ke arah Gayatri.

Laras Bahasa: Laras bahasa kelas adalah.. Tusuuuuuk Jelangkung!! (pakai baju kaler merah). Boleh dijadikan skrip komedi.

PBSM 2: Kelas PBSM 1 - majoriti budak part 4. Kelas PBSM 2 - majoriti budak part 3. Kelas PBSM 3 - majoriti akan repeat.

Sunday, October 19, 2008

Mereka Yang Melayu Itu..


Mereka itu..
Kononnya berdarah arab keturunan nabi..
Hindu buddha asalnya kini hadhari..
Mengaku tuan pemilik negeri..

Mereka itu..
Mencekak pinggang hina yang lainnya..
Kaum dagang kaum hamba..
Sekadar menumpang jangan berlama..

Mereka itu..
Hanya menjaga kerabat sendiri..
Yang binnya sama pangkalnya Kutty..
Asalkan kaya handai dan kroni..

Mereka itu..
Kini bercakar sesama mereka..
Sama sedulang merebut kuasa..
Mengangkat tangan jadi ketua..

Mereka itu..
Sama sahaja dengan yang lainnya..
Dari apa kaum pun dan apa bangsa..
Hanya sendiri perasan mulia..

Friday, October 17, 2008

Pandi Kau Direject Milah Tak Boleh Blah (cite pendek)

Pandi merengus. Manusia-manusia durjana yang mengurungnya menoleh sebentar ke arahnya. Kemudian mereka acuh tak acuh kembali dengan dunia masing-masing.

"Wei, kenapa kamu kurung aku?"

Lokman yang dikenalinya menoleh sebentar.

"Sabar ye Di. Kejap lagi makanan kau sampai."

"Aku bukan nak makan! Aku nak bebas! Nak jenguk tempat tinggal aku!" Jawab Pandi keras.

Lokman buat bodoh. Rokok Surya kembali ke bibirnya. Asap beracun disembur sebelum hilang disapu angin.

"Lokman, dia panggil kau tu!" Kawan-kawan Lokman mengusik dan kemudian terkekeh-kekeh ketawa.

Pandi cuba meronta. Temali yang melilitnya benar-benar membakar kulit. Melepuh dan menyeksakan. Nyamuk yang menggigit pedih cuba dihalaunya, tetapi apalah dayanya dalam kurungan ini.

Tidak sepedih hatinya. Hati yang dikhianati. Sudahlah cintanya pada Milah tidak berbalas. Dia diikat dan dikurung. Dimalukan bagai insan tak beribu tidak berayah. Memang pun.

Arwah ibunya dulu pernah berpesan. Orang-orang kampung akan melayannya seperti mana mereka melayan keluarganya. Entah kerana dosa apa, fitnah dasyhat yang bagaimana, bapanya dulu turut dikurung sebelum dibunuh kejam. Bukan oleh orang lain, orang-orang kampung ini juga.

Ibunya menyusul tak lama kemudian. Sudahlah hukumannya tidak berbela, matinya juga tidak berkubur. Hingga ke hari ini dia tidak tahu mana kubur ayah ibunya.

Milah atau Bahar yang hasut orang kampung? Hati kecilnya tertanya.

Masih jelas di ingatannya, gadis itu mula dikenalinya ketika dia mula belajar mencari rezeki. Apalah yang ada padanya, tidak seperti Bahar yang dikenali jaguh kampung. Atau Deraman yang sering menjadi rebutan. Ke hulu ke hilir dia dijemput datang. Ke mana dia pergi, kaum wanita melonjak gembira. Anak isteri sudah bersusun pun tetap digilai ramai. Tidak sepertinya, sudahlah hidup bergelandangan, kadang-kadang dituduh gila atau membawa penyakit berjangkit. Kalau terserempak budak-budak balik mengaji, ada juga yang nakal mencemuhnya dengan pelbagai nama. Bodoh macam lembu kata mereka.

Yang paling mengecewakannya, Milah menolak cintanya bulat-bulat. Bahar yang terlebih dahulu berjaya memenangi cintanya telah menghambatnya keliling kampung, lantas dibelasah dan dimalukan. Kawan-kawan Bahar hanya mentertawakannya, malah Milah pun hanya tersenyum sinis. Menghina. Cukup hina!

Lokman kawannya ini pun turut mengkhianatinya. Dahulu Lokman selalu membelanjanya makan. Mungkin tanda kasihan atau mungkin juga tanda simpati. Kini Lokman agaknya turut dihasut kata-kata orang kampung. Akibatnya dia kini dikurung dan diikat macam binatang.

"Lokman, lepaskanlah aku!" Pinta Pandi apabila Lokman ditinggalkan seorang oleh rakan-rakannya. Kata-kata rayuan mula berubah menjadi kasar dan keras, sebelum menjadi lembut semula bila dia kehabisan tenaga.

Lokman memandangnya. Kemudian dia toleh kiri dan kanan sebelum maju setapak ke arah Pandi.

"Di," Lokman panggil. Pandi berjalan lambat-lambat. Dia sendiri tidak tahu sama ada Lokman boleh dipercayai atau tidak. Cuma sewaktu orang kampung mengikatnya dahulu, Lokman tidak terlibat. Mungkin Lokman sebenarnya terpaksa menurut kata orang-orang yang lebih berkuasa?

Lokman menepuk-nepuk bahunya dan menghulurkan makanan. Pandi sudah kelaparan. Dia tidak mampu menolak dan menjamah rakus. Macam haiwan. Lokman senyum dan terus menepuk-nepuk bahunya. Pandi cuba senyum tetapi seumur hidupnya yang penuh duka ini, tak pernah dia senyum walaupun sekali. Hanya air mata yang biasa menggenangi matanya.

Baru selesai dia menghabiskan makanannya, orang-orang kampung mula menjelma. Mula-mula seorang dua, kemudian bertambah menjadi ramai. Ada yang bawa anak isteri. Ada ibu yang siap menggendong bayi. Ada kanak-kanak berkonvoi naik basikal. Pandi kaget, mula berundur ke belakang mencari tempat bersembunyi, sebelum tali menghalang pergerakannya. Dia tahu nasibnya akan jadi lebih buruk selepas ini.

"Bunuh dia! Potong leher dia!" Seorang budak nakal bersuara. Tok ketua yang sudah ke hadapan kerut dahi suruh dia diam. Budak itu tersipu-sipu malu ditegur. Seorang makcik mungkin ibunya menyambung marah. Beberapa penduduk kampung ketawa. Macam pergi pesta.

Baru sahaja Pandi mula bersangka baik pada Tok Ketua, orang tua itu mengarahkan agar dia diseret keluar. Pandi cuba meronta tetapi apalah tenaganya berbanding dengan penduduk kampung. Dia merayu-rayu meminta simpati tetapi siapa yang sudi menghulurkannya? Adakah benda percuma dalam dunia ini?

Setelah bertempur tenaga Pandi berjaya dibaringkan. Dia menutup mata tidak sanggup melihat hukuman yang bakal dihadapinya. Dia pasrah.

Orang kampung mula bertakbir. Besi dingin mula mampir ke urat tengkoknya. Beberapa minit kemudian Pandi tidak bernyawa lagi. Selepas tubuhnya kaku dagingnya mula dilapah, dibungkus dan diagih-agihkan kepada fakir miskin. Seperti ayah dan ibunya, Pandi juga menjadi korban Hari Raya AidilAdha.

Monday, October 13, 2008

Mari Menderma Dara(h)..

Assalamualaikum..

Sabtu lepas selepas selesai menjalankan ujian amali PBX-Men, dan ketika aku sedang berkira-kira untuk pulang ke rumah, aku telah diserempaki dengan poster menderma darah di laman yang berkenaan. Lantas, aku pun mengambil keputusan impulsif untuk menjadi penderma semula. Kali kelima.

Sayang sekali awek yang menderma selepas aku muntah-muntah, jika tidak pasti sudah timbul bibit-bibit perkenalan yang mampu dibawa ke jinjang pelamin. Sudahlah aku fobia darah, nampak orang muntah pulak rasa nak muntah sekali. Jadi aku cabut. Hot chick can wait.

Namun itu bukan nawaitu penulisan. Yang aku nak kongsi dengan semua adalah aku sebenarnya berdarah AB, atau lebih dikenali dengan 'si kedekut' dalam bidang menderma darah.

Berbeza dengan darah O yang boleh diderma kepada sesiapa sahaja, darah A dan B yang boleh diderma kepada si darah AB, darah aku pula gembira menerima semua tetapi tidak boleh diberi. Dengan kata lain darah aku seolah-olah darah eksklusif yang membawa tulah kepada penerima tidak sekufu.

Maka kenapa menderma?

Kerana meskipun darah AB tidak bergizi untuk diderma kepada pesakit, hal sebaliknya pula pada plasma darah, platlet dan lain-lain. Darah AB pula sebaliknya yang menjadi penderma agung yang sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Jadi, tak rugi la kan?

Dermalah darah. Anda mampu mengubahnya.

P/S: Kamon la Muz..

Saturday, October 11, 2008

Siapa Di Dalam, Aku Di Luar!!! (sa-buah cherita pendek)


Pak Leh menelan air liur. Bulan mengambang di atas kepala di dongaknya sekali lagi. Dari celah gemawan cahaya redupnya mencukupi sebagai lampu alam, menerangi malam yang tentu tanpanya akan menjadi gelap-gelita. Tersentuh hatinya sebentar betapa indahnya hidup manusia di atas muka bumi ini.

Namun perasaan takzim yang sebentar menjengah itu hilang semula apabila rumah kayu usang itu jatuh semula pada pandangan matanya. Rumah yang hanya layak didiami puaka itu agak gelap dari luar, namun cahaya malap dari dalam tembus juga menjenguk dari sela-sela dinding kayu.

Pak Leh kenal Mat Taha yang duduk di rumah itu. Sungguhpun mereka tidaklah rapat sangat, apatah lagi Mat Taha dan rumah buruknya ini terpencil dan terperosok di ceruk kampung, sekurang-kurangnya pernah juga mereka bertegur sapa. Akhir sekali ketika Mat Taha datang ke kenduri di rumahnya beberapa hari lepas.

Cuma setahunya Mat Taha selalunya tiada di rumah, biasanya ke pekan atau kampung-kampung sebelah mencari pekerjaan. Hidupnya seorang diri dan sebatang kara, terutamanya selepas arwah bapanya meninggal dua bulan lepas. Arwah Tok Man bomoh hebat, kata orang kampung. Banyak juga yang dibelanya. Sekali-sekala mengikut gossip setempat nampak juga lembaga seakan-akan Tok Man membetulkan tiang rumah waktu senja. Kata oranglah.

Pak Leh telan air liur sekali lagi. Perutnya yang memulas-mulas memaksanya membuat keputusan drastik. Dia boleh meninja di tepi jalan bagai manusia gelandangan, atau lebih manusiawinya menumpang jamban di belakang rumah Mat Taha. Cuma, jika rumah Mat Taha layak diduduki puaka, maka jambannya pula layak diduduki ifrit. Dilema itulah yang bermain di fikirannya. Serasanya kurang sopan memanggil Mat Taha semata-mata untuk meminta kebenaran berjamban. Namun lebih kurang sopan lagi jika dia mencuri-curi mencebuk tanpa lafaz halal bi halal dari tuan rumah.

Pak Leh pandang keliling. Rumah terdekat pun hampir 300 meter jauhnya dari rumah itu. Pak Leh tak rela najisnya menaburi persisiran jalan semata-mata kerana dia takut memberi salam. Perlahan-lahan dia merapati rumah itu melalui denai kecil yang lebih rimbun ditutupi dedaun pokok. Cahaya bulan yang tembus digunakan sebaik mungkin agar dia tidak tersadung, atau lebih buruk lagi, terjerumus ke dalam lopak.

Pak Lah merapati dinding bahagian sisi rumah Mat Taha. Cahaya lampu dari dalam rumah terlalu malap untuk dijadikan panduan. Malah mungkin juga cahaya itu hanyalah cahaya bulan yang terbias semula ke arahnya. Lama Pak Leh berperang dengan perasaannya sama ada untuk memberi salam atau tidak.

Dimajukan lagi langkahnya menuju ke belakang rumah. Biasanya di kampung-kampung pintu dapur lebih mesra tetamu berbanding pintu hadapan. Dimajukan lagi jalannya ke belakang, tetapi masih berhati-hati melangkah agar tidak mengejutkan sesiapa.

Pintu dapur rumah Mat Taha masih lagi terlindung dari pandangannya. Akan tetapi terdengar jelas di telinga Pak Leh bunyi pintu terbuka. Baru hendak dipandangnya ke arah itu, tertangkap di mata Pak Leh sekilas kelibat lembaga keluar dari pintu dapur dan menghilang ke sebalik rimbun di belakang rumah. Dalam terkejutnya Pak Leh dengan situasi tersebut, dia masih pantas berfikir dan segera menurut jejak lembaga tadi.

Langkah pantasnya terhenti apabila dia sampai ke jamban di belakang rumah Mat Taha. Dilihatnya cahaya lilin yang malap menyala dari dalam jamban tersebut. Berkerut dari Pak Leh menimbang-nimbang. Mungkin lembaga tadi sebenarnya Mat Taha yang turut ingin membuang air? Atau makhluk lain yang sengaja ingin menduga keberaniannya? Akhirnya setelah berfikir seketika, perut Pak Leh yang bingkas membuat keputusan.

"Taha, ini aku, Saleh. Kalau kau kat dalam tu cepat la sikit, aku sakit perut dah tak tahan ni!"

Senyap. Pak Leh telan air liur.

"Taha, kau ke kat dalam tu! Betul, ni aku Saleh. Jangan takutkan aku Taha. Aku nak tumpang jamban kau je! Cepat sikit!"

Senyap juga. Pak Leh mula geram.

"Yalah, Taha! Aku pergi tempat lain je! Jamban buruk pun nak berkira ke!" Pak Leh terus berlalu marah-marah sambil memegang perutnya.

Di dalam jamban, Mat Taha sudah menggigil-gigil ketakutan dan berpeluh dingin. Mana tidak, kali terakhir mereka bertemu adalah pada kenduri tahlil arwah Pak Leh yang dihadirinya tiga hari lepas.
____________________________________________________________________

Inspirasi: M. Night Shyamalan

Friday, October 03, 2008

Selamat..

Selamat Hari Raya?

Maaf Zahir Batin?

Wednesday, September 24, 2008

Giliran Raja Petra Pula..

Assalamualaikum..

Seorang ahli kaum kita, iaitu kaum blogger, yang tidak asing lagi iaitu Raja Petra Kamaruddin atau RPK sudah dihantar ke Kem Tahanan Kamunting (sapa rumah kat Taiping angkat tangan!) untuk menjalani tahanan ISA selama 2 tahun. Nampaknya tiada hari raya untuk beliau dan keluarga tahun ini dan tahun berikutnya. Syabas kerajaan. Berita penuh di sini.

Ada sesiapa nak memandai-mandai suarakan kebenaran lagi lepas ni?

Monday, September 22, 2008

Anwar Dalang Pengaruh Asing?

Assalamualaikum..

Sebenarnya aku hampir tergelak apabila timbul amaran bahawa DSAI adalah dalang yang jika disokong akan menyebabkan negara kita terdedah kepada pengaruh asing.

Sebenarnya dakwaan ini tiba-tiba dibuat selepas usaha melaga-lagakan dua bangsa di negara ini menemui kegagalan. Mula-mula, ingat melayu akan ramai-ramai masuk UMNO bila isu bangsa dimainkan, sebaliknya, ramai-ramai pula bantah ISA.

Jadi?

Mulalah dikaitkan Anwar sebagai boneka negara asing yang akan menghancur dan menjahanamkan negara kita jika dibenarkan memerintah. Dengan kata lain dia ni macam agen CIA lah.

Err.. pengaruh asing yang macam mana?

Dari segi ekonomi? Bukankah kita dah pun lama sertai WTO dan meng'galak'kan pelaburan asing? Bukan setakat Amerika, berdozen-dozen negara membuka syarikat milik mereka di negara ini dengan kilang-kilang, factory-factory, stable-stable kuda dan lain-lain?

Dari segi politik? Best sangatkah Malaysia ni yang Amerika nak jajah secara politik? Itu ugutan zaman Mahathir. Sekarang ini Pak Lah yang berkuasa dan seingat aku tak pernah pulak dia kutuk Israel atau George Sorros. Sekaligus Malaysia dah tak menyengat dalam arena politik antarabangsa.

Ketenteraan? Senjata Amerika memang kita beli. Budaya? Tak payah cakaplah, takde Anwar pun dah lama kita ikut. Sukan? Layakkah kita? Agama? Amerika negara sekular dan kita pun ehem, macam negara sekular. Pendidikan? Yang kita ajar anak-anak di sekolah pun memang pakai Bahasa Inggeris.

Jadi?

Adakah ini retorik atau propaganda?

Sunday, September 21, 2008

Senior Aku Dibebaskan..

Assalamualaikum..

Senior aku di TI, Syed Azidi Syed Abdul Aziz (gambar) sudah pun dibebaskan semalam. Berita penuh di sini.

Beliau ditahan reman oleh pihak polis selama 2 hari.

Namun begitu beliau tidak ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) seperti yang disangka oleh sesetengah pihak.

Sumber: malaysiakini.com

Saturday, September 20, 2008

Kadang-Kadang (Epilog Sedih Sendu Kecincauan)

Assalamualaikum..

Terkadang.. apabila kita sedar jejarum masa sudah jauh meninggalkan jasad yang masih terkocoh-kocoh di belakang; terasa bagai kenangan yang lama lalu, yang masih mengikat hati pada yang lepas, seperti terlalu menyedihkan..

Mungkin kadang-kala terlintas juga senyuman mengenang yang indah-indah, tika harapan dan impian masih tercapai oleh jejari tangan..

Tetapi..

Tiba-tiba pula tertawa mengenang, bodohnya diri masih diulit kenangan..

Yang dahulu pernah sama-sama tidur dalam kelas sejarah..

Yang pernah ramai-ramai beratur mendaftar sekolah/universiti..

Yang bergambar di atas batas padi (kat kampung)..

Yang pasang khemah depan rumah cikgu silat..

Yang aku pernah janji dan sumpah takkan lupakan..

Maaf kawan-kawan..

Seperti juga kalian..

Kini aku perlu langkah ke hadapan..

p/s: perasaan emo ini ditimbulkan oleh lagu-lagu berikut:

kasih tak sampai - padi

kekasih gelapku - ungu

kenangan terindah - samsons

bukan diriku - samsons

so jangan layan kalau tengah bersendirian..

Thursday, September 18, 2008

Senior Aku Ditahan!

Assalamualaikum..

Dalam post aku bertajuk Aku pembaca, bukan sasterawan! aku pernah selitkan tentang nama register sekaligus mengepilkan address blog senior TIKL aku ni, di kickdefella.wordpress.com.
Malangnya sekarang beliau atau nama penuhnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz (nama registernya udeeng generasi keempat) telah pun ditahan polis. Untuk berita penuhnya, dipetik dari laman Malaysiakini.com, di sini.

May the force be with you..

Wednesday, September 17, 2008

Tamat Tempoh..

16 September sudah berlalu..

Tanpa apa-apa..

Tuesday, September 16, 2008

Tiada Lagi Afroku..

Assalamualaikum

Inilah rupa rambut aku sekarang (gambar) minus pakaian mendedah aurat dan body kurus kering..

Sebabnya? Cuaca panas..

Mungkin rambut berbentuk letupan akan kembali..

Sunday, September 14, 2008

Berakhirnya Badi 5 Tahun..


Kemenangan semalam merupakan kemenangan yang benar-benar menaikkan semangat..

Azab 5 tahun sudahpun berakhir..

Menang tak pakai Torres lak tu..

Saturday, September 13, 2008

Tolong Jangan..

Tolong jangan gunakan nama agama, nama bangsa, nama negara untuk menghalalkan ISA..

Nabi tak pernah buat pun..

Thursday, September 11, 2008

Love Tadpole


Frantically saving fifteen
No, keep it, not mine 'nyway
Stay smiling, go on walking
The highway is your way

Promises or not
Remember today's time
Excuses in a pile
Look at the sky

Quit time wasting
Sea come land go
You're not Buddha
And I ain't Jesus


Love? Not enough

Nearly all I know know how
Dreams are not decided
Nightmares not discounted

Juxtapose my kudos
Tadpoles aren't frogs
Kisses are all I got
Wait if you want


p/s: mana nak letak chorus ha?

Wednesday, September 10, 2008

Aku Pinginkan Rambut Berbentuk Letupan..


Assalamualaikum w.b.t..

Ya.. rambut aku dah semakin panjang sekarang..

Tapi yang aku benar-benar mahukan.. adalah rambut berbentuk letupan.

1. Ia macho

2. Jarang didapati

3. Susah dijaga

4. Aku akan nampak lebih tinggi 4 inci.

Mari bersorak ke arah rambut berbentuk letupan!

p/s: nama lain dia afro

Tuesday, September 09, 2008

Seminggu yang panjang..

Assalamualaikum..

Tarikh 16 September jarang digembar-gembur dalam buku sejarah.

Tambahan pula tarikh pembentukan negara kita Malaysia tersebut bukanlah tarikh cuti umum atau perayaan kebangsaan.

Namun sejak kebelakangan ini, tarikh tersebut begitu popular di kalangan ahli-ahli, wartawan dan pemerhati politik, kerana pada tarikh itulah dikatakan akan berlaku perubahan besar dalam lanskap politik negara.

Ya, seseorang yang di sana mengatakan pada tarikh itu kerajaan kita akan bertukar tangan buat pertama kali dalam sejarah negara.

Melihat kepada senario politik tempatan, tidak siapa pun yang dapat menafikan penantian atau anticipation mereka terhadap benar palsunya dakwaan pertukaran kerajaan itu. Pelbagai dakwaan, penafian, lawatan, sidang akhbar dan lain-lain yang dibuat untuk memastikan 16 September sama ada akan berlaku atau tidak.

Yang jelas, kita amya dan aku khasnya akan menerima kesan sama ada terjadi atau tidaknya proses 'lompatan' kerajaan ini. Mungkin natijahnya kebaikan, mungkin wasilahnya keburukan.

Tunggu dan lihat..

Monday, September 01, 2008

Tamu Yang Terbiar

Assalamualaikum..

Datang lagi tetamu ini..

Tak jemu-jemu.. Menawarkan ampun dan berkat tuhan..

Pada yang ada kesempatan..

Siangnya terisi ujian, malamnya diisi pengampunan..

Hanya aku yang masih rugi seperti selalu..

Sering menganggap Ramadhan akan selalu bertamu..

Sunday, August 31, 2008

Aku Bosan Aku Wiki: 31 Ogos

Assalamualaikum..

31 Ogos bukan semata-mata merupakan Hari Kebangsaan kita, tetapi juga:

- Hari kemerdekaan Kyrgyzstan dan Trinidad & Tobago

- Kinetoskop, alat memprojekkan gambar bergerak (gambar sebelah) dipatenkan oleh Thomas Edison

- Hari kelahiran aktor Richard Gere (Pretty Woman), Chris Tucker (Rush Hour), dan Pepe Reina (penjaga gol Liverpool)

- Maharaja Rom Caligula (Caligula) dan Commodus (Gladiator) turut lahir pada hari ini.

- Puteri Diana dan teman lelakinya, Dodi Al-Fayed meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya di Paris (dikaitkan dengan kospirasi melibatkan Istana Buckingham)

- Rocky Marciano yang menjadi ilham Sylvester Stallone menghasilkan Rocky meninggal dunia.

___________________________________________________________________

Sumber: www.wikipedia.org

Saturday, August 30, 2008

Merdeka?

Assalamualaikum..

Hari kebangsaan ke 51 secara alamiahnya bertembung dengan awalnya ramadhan. Dalam erti kata lain, satu perayaan nasionalis, yang direka dan dicipta manusia atas faham yang tertentu, bertemu dengan satu bulan yang turun sendiri dari Allah Taala, sebagai satu perintah untuk seluruh umat manusia, sebagai barakah dan anugerah dariNya.

Jujurnya aku menerima kedatangan 31 Ogos dan 1 Ramadhan dengan cara yang sama seperti mana-mana tahun yang sebelumnya, tanpa berkaitan sama ada kedua-duanya berdekatan, bertindih atau berjauhan. Satu aku sambut di rumah, satu lagi pula aku sambut di rumah.

Namun bukan itu isunya di sini. Setahu aku sesudah 51 tahun, kita hanya merdeka dari segi pemerintahan British. Ideologi, ekonomi, rohani, yang lain masih terjajah. Masih disorok dalam tenggorok macam katak bawah tempurung. Pemikiran bukan kelas ketiga tetapi dua puluh tiga.

Kita masih yakin dan percaya kitalah bangsa dan negara paling istimewa dalam dunia. Negara inilah daulah paling makmur permai tenang damai yang layak dianggap syurga dunia yang hanya kadang-kala jerit-pekik bikin ganggu tidur anak dalam buai. Bangsa lain hanya menumpang datang duduk berteduh di bawah payung negeri, bila-bila boleh dihantar balik dan dihalau pergi.

Awas, pemikiran sama juga diguna Hitler bila mengumpul-ngumpul 6 juta yahudi yang tak lain tak bukan rakyat senegerinya juga cuma lain bangsa lain agama sebelum digas, dibakar atau dimampat di kem-kem tahanan. Siapa berani jamin Hitler akan masuk syurga?

Sebab itulah kita bangsa mudah melenting. Semua benda hak kita. Padahal bila sudah diberi tak pula menghargai. Lebih banyak subsidi lebih banyak pula disalahguna. Kontrak kerajaan dijual pada orang luar, ambil untung atas angin. Kuota bumiputera diguna mengayakan suku sakat. Akhirnya berduyun kakitangan kerajaan diusung BPR keluar masuk mahkamah. Yang tak berjawatan jadi mat rempit, penagih dan peragut, yang berjawatan makan rasuah, pecah amanah dan salah guna kuasa. Baguslah tu, dua-dua dalam penjara.

Kalau si anak raja zalim dan tidak bertimbang rasa, apa perlu dirajakan? Kalau anak bangsa malas dan mengada-ngada, mengapa perlu dimanjakan?

Bila disebut sedikit nak memberi kepada yang lain asal bangsa, mula melompat bersilat hunus keris atau roti benggali, tiba-tiba semua jadi melayu jati, mula buka salasilah dari jawa, minang, sulu dan patani. Yang nenek moyang dari Madras dan Malbari pun mula mengaku melayu, lupa belakang nama ada Kutty dan Bebee.

Cuba jika di Amerika jawatan kelas A untuk orang putih sahaja, yang lain warna tak layak meminta. Tentu dah lama kita caci kita hina, tuduh apartheid masih berleluasa. Cuba nabi S.A.W jamin hanya orang Arab masuk syurga, tentu Bilal dan Salman takkan beriman, sebaliknya Abu Jahal dan Abu Lahab yang memberi sokongan.

Fikirkanlah sendiri. Kadang-kadang jujur sangat pun susah.

Wednesday, August 27, 2008

V For Voting


DSAI menang seperti dijangka..

Cuma yang peliknya..

Menurut Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman, seramai 38,144 atau 65.25 peratus keluar mengundi (www.malaysiakini.com)

Tetapi jumlah undi DSAI adalah 31,195 undi, calon BN 15,524 undi dan yang seorang lagi tu 92 undi. Mana datang yang lebih hampir 10 ribu tu? Undi pos? 10 ribu orang Permatang Pauh kerja polis ngan askar?

Siapa yang terkenal dengan penggunaan pengundi hantu yang meluas?

Agaknya apakah jumlah undi 'sebenar' di kawasan itu?

Saturday, August 16, 2008

Thank God There's Football Again..


Assalamualaikum..

Forget the Olympics. As much as we (at the time this entry was written) are anticipating the prospect of our country's very own first Olympics gold medal, there's something glaringly missing from my life for the last couple of months.

Cue in football. After Euro 2008 finished, there was a huge void in my life that I spent the last couple of months doing unacceptable boring things such as reading, making friends and going to wedding receptions.

The new semester that commenced might pulled my attention away from football a bit. But still, there's something menacingly haunting me whenever I stared to the darkness. It was like I can see in the shadows the glimpses of Torres, Gerrard and co. passing the ball around minding their own business.

In truth, it was goals that I missed so much. A blaster 30 meters away, a diving header following a set piece, a tap-in following a string of build-up passes. That fluidity, that vision, that teamwork.

Thank god, there's football again.

Friday, August 08, 2008

Jawapan kod rahsia 3.. (Tahap puaka gaban)

Cara-cara menyelesaikan kod rahsia 3.

1. Baca arahan dan renungkan soalan

2. Amati klu sebelum meneroka pilihan jawapan

3. Tampalkankan klu setepat mungkin

4. Tuntaskan (perkataan Muz) masalah secara bersahaja

Berjaya?? Syabas!

************************************

Jika kurang mengena, tonton semula ulang tayang.

1. Baca arahan dan renungkan soalan. Jelas sekali, anda diminta mencari maksud kod rahsia ini;

wgtpt sky bth

2. Lihat klu.

a) Baca klu dan fahamkan. Apa yang aku dapat buat benda ni? Jawapannya ada dalam sifir 3?

b) Maka dapat difahami bahawa ayat tersembunyi itu adalah jawapan bagi pertanyaan 'apa yang aku dapat buat benda ni'. Dan ia ada kaitan dengan sifir 3 yang cik Wani tak ajar di sekolah rendah. Dia ngajar sains dan bahasa inggeris.

3. Aplikasikan klu.

a) wgtpt sky bth ada kaitan dengan sifir 3? Bagaimana?

b) Malangnya soalan ini memang bertahap puaka gaban. Anda perlu membaca tentang cryptography untuk mengetahui kaitan antara sifir 3 dengan kod rahsia ini. Caesar Cipher yang pernah digunakan oleh Julius Caesar menggunakan kaedah alihan 3 untuk menyiapkan kod-kod rahsianya. Contohnya huruf 'a' dialihkan 3 tempat menjadi 'd', 'c' menjadi 'f', dan 'z' menjadi 'c'. Namun aku telah mengubahsuai kod tersebut agar setiap huruf akan beralih 3 tempat untuk setiap kali berlakunya penambahan huruf. Dengan kata lain huruf pertama akan beralih 3 tempat, huruf kedua enam tempat dan huruf ke 8 ialah 8 x 3= 24 tempat.

c) Susun semula soalan dengan cermat agar dapat kita cari maksud kod tersebut.

d) Begini rupanya:

bahagian atas adalah nombor alihan dan bawahnya adalah rajah huruf yang berkaitan dengan alihan. 0 adalah kedudukan asal dan huruf pertama kod adalah alihan pertama (1).

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

a = d = g = j = m = p = s = v = y = b = e = h
b = e = h = k
c = f = i = l
d = g = j = m = p
e = h = k = n = q = t
f = i = l = o
g = j = m = p
h = k = n = q
i = l = o = r
j = m = p = s
k = n = q = t
l = o = r = u
m = p = s = v
n = q = t = w
o = r = u = x
p = s = v = y = b = e = h = k = n = q = t
q = t = w = z
r = u = x = a
s = v = y = b
t = w = z = c
u = x = a = d
v = y = b = e
w = z = c = f
x = a = d = g
y = b = e = h
z = c = f = i

4. Selesaikan masalah.

a) Selepas membuat susunan seperti di atas, aplikasikan kod dengan susunan huruf berkaitan untuk mendapat jawapan.

***************************************************************************************************************************

Kes-kes istimewa:

Jika anda masih tidak berjaya, jawapannya akan berbunyi begini:

takde apa apa

wgtpt sky bth

Ya, sekali lagi walaupun bunyi mesejnya kedengaran bodoh, ia memang direka khas untuk menyusahkan orang lain.

Selamat mencuba!

Jumlah gagal: ramai

Saturday, July 26, 2008

Jawapan kod rahsia 2..

Cara-cara menyelesaikan kod rahsia 2.

1. Baca arahan dan soalan dengan teliti

2. Lihat klu dan kaitkan dengan arahan dan soalan

3. Aplikasikan klu secukup rasa

4. Selesaikan masalah dengan bangga

Berjaya?? Syabas!


************************************

Jika tidak berjaya, sila tonton gerak perlahan.

1. Baca arah dan soalan dengan teliti. Ya, anda dikehendaki mencari ayat TERSEMBUNYI di dalam kod yang telah diberi tersebut.

2. Lihat klu.

a) Baca klu dan fahamkan. Atuk hensem? Betul ke?.

b) Maka dapat difahami bahawa ayat tersembunyi itu ada kaitan dengan perakuan bahawa aku hensem.

3. Aplikasikan klu.

a) Atuk hensem? Rasanya tidak.

b) Jika dia tidak hensem, maka tentulah dia menipu dalam kenyataan itu tadi.

c) Susun soalan dengan cermat agar dapat kita cari makna sebenar kenyataan atuk itu.

d) Begini rupanya:

sesuatu
entah
bila
entah
ngapa
amat
racau
nanti
yang
aku
amat
kesali
untuk
tidak
ingin
pastinya
ulah
sendiri
aku
jadi
apa

4. Selesaikan masalah.

a) Selepas membuat susunan seperti di atas, kita tahu klunya adalah atuk hensem, satu pernyataan yang tidak tepat. Maka dengan mudahnya ia boleh dicari dalam susunan kata di atas. Cuba baca kolum paling kiri dari atas ke bawah. Anda pasti akan mendapat jawapannya!

***************************************************************************************************************************

Kes-kes istimewa:

Jika anda masih tidak berjaya, baca semula susunan tersebut, hanya mengambil kira garis menegak paling kiri ke kanan, dan
perkataannya dari atas ke bawah. Ia akan berbunyi begini:

sebenarnya aku tipu saja

Ya, sekali lagi walaupun bunyi mesejnya kedengaran bodoh, ia telah direka khas untuk memudahkan anda mendapatkan jawapannya.

Selamat mencuba!

Mereka yang berjaya setakat ini adalah: jaja je kut

Saturday, July 19, 2008

Jawapan kod rahsia 1..

Assalamualaikum.. Ingat lagi aku pernah membuat post duga akal tidak lama dahulu?

Jika tak ingat, rujuk di sini..

Pada asalnya aku ingin menguji kepintaran orang ramai dengan kod rahsia ini. Namun akhirnya aku sendiri yang kelihatan bodoh kerana sorang-sorang bertanya tanpa ada siapa yang mahu mencuba.

Cara-cara menyelesaikan kod rahsia 1.

1. Baca soalan

2. Lihat klu

3. Aplikasikan klu

4. Selesaikan masalah.

Dapat? Okey, bagus.


************************************

Jika tidak berjaya, sila tonton gerak perlahan.

1. Baca soalan. Apa? Tiada soalan? Oh, ada, tapi panjangnya soalan dia.

sytb sbba ttss akab aaaa iuln haau tame pnhc lkod eiyk umas agua aaga npaa kutt

2. Lihat klu.

a) Baca klu dan fahamkan. Punca kuasa X punca kuasa = luas.

b) Maka dapat difahami bahawa rajah berkaitan dengan matematik.

3. Aplikasikan klu.

a) Punca kuasa x punca kuasa = luas, atau punca kuasa2 = luas.

b) Jika klu adalah punca kuasa, maka mungkinkah luas merujuk kepada soalannya? Mari kita lihat:

sytb sbba ttss akab aaaa iuln haau tame pnhc lkod eiyk umas agua aaga npaa kutt = luas.

c) Dengan menganggap soalan adalah sebagai satu objek yang memiliki keluasan iaitu 2 dimensi (jika ia memiliki isipadu, ia adalah objek 3 dimensi), maka jadikan soalan sebagai satu objek yang memiliki luas, paling mudah sebagai satu segi empat.

d) Memandangkan klu adalah 16 perkataan dengan 4 huruf setiap satu, maka punca kuasanya adalah 4. Semakan: 4 x 4 = 16

e) Gunakan segi empat sama dengan sisi 4 x 4 untuk membentuk rupa asal soalan (luas).

f) Ini rupanya:

sytb sbba ttss akab

aaaa iuln haau tame

pnhc lkod eiyk umas

agua aaga npaa kutt

4. Selesaikan masalah.

a) Selepas membuat rajah di atas. kita tahu klunya adalah punca kuasa, maka perkataannya juga adalah 4 huruf setiap satu. Cuba baca dari kiri ke kanan seperti biasa, jika gagal cuba dari kanan ke kiri atau bawah ke atas dan sebagainya. Anda pasti akan mendapat jawapannya!

***************************************************************************************************************************

Kes-kes istimewa:

Jika anda masih tidak berjaya, baca semula rajah tersebut, bermula dengan garis menegak dari kiri ke kanan, dan perkataannya dari atas ke bawah. Ia akan berbunyi begini:

sapa yang tahu baca sila buka blog anda then taip saya suka atuk kamu amat best.

Walaupun bunyi mesejnya kelihatan bodoh, percayalah ia telah diringkaskan agar anda mudah mendapatkan jawapannya. Lagipun tentu seronok mengasah minda bukan!

Mereka yang berjaya setakat ini adalah: takde sapa pun yang nak cuba.. huhu..

Monday, June 23, 2008

Al-Fatihah..

Assalamualaikum..

Ini adalah entri aku yang kelimapuluh. Sayangnya entri ini diisi dengan khabar pemergian.

Al-Fatihah kepada ibu cik Wani. Semoga cik Wani bersabar dan sebagai anak yang solehah, akan sentiasa mendoakan ruh arwah ibu cik Wani. Semoga ruh ibu cik Wani ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amiin.

Dari Allah kita datang, dan kepadanyalah kita dikembalikan.

Thursday, June 19, 2008

Legacy?


Assalamualaikum..

Adik aku cik Tipah bagitau dia dapat masuk UiTM hari ini. Ijazah Perakaunan. Kali terakhir ada adik beradik aku yang sama tempat belajar dengan aku adalah di Tingkatan Empat sewaktu aku di SMKJ. 10 tahun dulu.

Aku kena ajar dia Chicken Dance pasni..

Monday, June 09, 2008

Saved By The BEL

Assalamualaikum..

Dah tengok keputusan peperiksaan?

Bagi yang belum, sila semak keputusan anda di sini.

Alhamdulillah, aku sekali lagi ketemu Damn List. Namun sesuatu yang menarik untuk dikongsi di sini, GPA aku hanya diselamatkan oleh BEL. Dengan kata lain, tanpa subjek BEL, GPA aku takkan dapat mendekati Damn List ini. Malah yang lebih menarik, kawan-kawan aku memiliki markah GPA -BEL yang lebih tinggi dari aku. Dengan kata lain aku bukan lebih pandai, cuma nasib baik sebab semes ini masih ada subjek BEL. Semes hadapan mungkin aku akan kecundang.

Sekretariat M (bukan nama sebenar) misalnya, hampir-hampir mendapatkan Damn List tanpa melibatkan BEL. Jika Konferensi mendatangkan gred, beliau pasti diberi A dan akan mendapat DL tanpa perlu diragui lagi kerana kehadiran beliau yang penuh bersama cik pap (nama timangan sebenar). Malah beliau telah mendapatkan A dalam subjek Teori & Apresiasi Filem! Aku hanya dapat B dan orang tua lagi sorang tu dapat C!

Sahabat aku seorang lagi iaitu sekretariat S (juga bukan nama sebenar) pula lebih malang. Beliau telah berjaya mendapat GPA menyerupai DL 3.5+, namun kerana kehadiran penjajah ke negara ini beberapa ratus tahun dahulu, yang menyebabkan pelajaran Bahasa Inggeris (BEL) diwajibkan, beliau telah kejatuhan sedikit. Secara keseluruhan beliau telah mendapat A dalam semua matapelajaran yang aku dapat B. CTU, Teori Filem, Cinefoto dan Seni Visual.

Kisah yang lebih menyedihkan adalah tentang orang tua S. Dia dan aku dianiaya Khong menyebabkan markah subjek Teori kitaorang rendah. Tapi sebab jawapan exam aku bagus aku dapat up sket. Kalau markah Teori dia bagus dia pun dah dapat DL (3.67).

Moral of the story? You go straight. You don't belok-belok. Lain kali baca NST. (aku baca The Star.)

p/s: takde niat buruk atau songsang dalam analisis ini.

Friday, June 06, 2008

Antara Berita

Kalau diikutkan hati, rasanya esok juga nak kubuka 5-6 buah stesen minyak biar kaya raya aku dibuatnya. Malaysia Boleh! Namun biarlah hari ini aku menulis sahaja.

Selepas pengumuman kenaikan harga minyak tempoh hari, mungkin kita akan terbaca atau terdengar berita-berita seperti ini: (ni aku perli ni kalau tak paham jugak tak tau la..)

BAPA ENAM ANAK TERSENYUM BERTERIMA KASIH

Jerlun, 6 Jun - Seorang bapa, Gapar Bin Basir, 46, menyatakan rasa kegembiraannya sebaik sahaja pengumuman harga minyak diesel dan petrol dibuat kelmarin. Beliau yang menghantar anak-anaknya ke sekolah setiap hari, di mana dua di sekolah rendah dan 3 di sekolah menengah sebelum ke tempat kerja yang terletak di bandar bersebelahan, bersetuju dengan harga yang baru diperkenalkan. Dakwanya harga tersebut sesuai untuk pekerja berpendapatan rendah sepertinya selain mempunyai nilai tambah, bersifat telus dan anti rasuah.

Bantuan rebet tunai, yang mencecah RM625 setahun selepas memperbaharui cukai jalan juga menurutnya amat menarik selain boleh digunakan untuk tujuan lain seperti membayar ansuran rumah, kereta, baju sekolah anak, beg dan buku-buku anak, yuran tuisyen, tol, khairat kematian, selain dimasukkan lebihan wang itu ke akaun Tabung Haji untuk kegunaan masa hadapan, khususnya untuk naik haji. -AF*ckP

CIK KIAH TERUSKAN ROMBONGAN KE RANTAU PANJANG

Kuala Kangsar, 6 Jun - Cik Kiah, 55 atau nama sebenarnya Zakiah Bt Baharom lebih dikenali di negara ini sebagai penganjur rombongan. Menurut sidang akhbar yang diadakan beliau semalam, Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Olimpik terpaksa ditangguhkan kerana harga tiket kapal terbang, kereta api mahupun kapal tongkang dijangka akan naik mendadak di luar senarai mampu-milik masyarakat. Orang-orang kampung yang terdiri daripada penoreh getah, pegawai pencen dan suri rumah tentu tidak mampu menanggung kos terbabit, menurutnya lagi.

Bagaimanapun, kata beliau, rombongan tersebut akan ditukar destinasinya ke Rantau Panjang untuk mengambil kesempatan cuti sekolah yang masih ada untuk membeli belah. Bergantung kepada kemampuan ahli rombongan untuk menyewa bas, destinasi akhir akan ditentukan sama ada di Rantau Panjang, Kelantan atau sekadar Rantau Panjang, Selangor. -Bersama

PERAGUT PROFESIONAL AZAM TINGKATKAN PRODUKTIVITI

Pantai Dalam, 6 Jun - Seorang peragut profesional, yang hanya mahu dikenali sebagai Kaki, 24, hari ini mengumumkan azamnya untuk meningkatkan lagi kadar jenayah ragut yang dilakukan olehnya. Khas bagi menampung kenaikan mendadak kos sara hidup, berikutan kenaikan harga bahan ai, dia yang juga penagih dan peraba atas bas profesional hari ini merancang untuk meningkatkan kadar ragutan sebanyak 5 kali seminggu, berbanding hanya dua kali seminggu sekarang.

Sungguhpun begitu, Kaki diingatkan bahawa kemungkinan hasil ragutannya tidak akan mendatangkan pulangan lumayan kerana rata-rata masyarakat di Malaysia sekarang turut sedang dalam kekeringan bahana kenaikan bahan api tersebut. Kaki yang memiliki 17 rekod jenayah, enggan mengulas lanjut. -Rioters

Banyak lagi berita yang boleh ditulis. Semoga ISA tidak menyusul. Selamat malam..

Thursday, June 05, 2008

Let's Ride!! (literally..)

The increase in fuel cost as announced by our beloved and trusted government yesterday will surely leave its impact on almost every single person in this country (or our neighbor's vehicle owners).

The increase of 40% for petrol and 60+% for diesel, will only spell out one thing to a no-incomer like me. No more driving! I will ride bicycles from now on, only if I have one (I can't even afford that one right now.)

While some will believe in almost anything the policy-makers say in their defense to them, I'd rather look at the bright side and say, 'well, thank god this government will only last till September.'

Vote carefully next time..