Saturday, December 06, 2008

Tadi..

Siang tadi lepas aku keluar dari sebuah tandas dalam Plaza Alam Sentral, tiba-tiba aku terniat secara refleks menyanyikan lagu Siti Sarah Raisuddin berjudul Kesetiaan. Mungkin sebab aku pernah dengar anak aku menyanyikan lagu ni agaknya.

Tidak semena-mena, aku terperasankan seorang awek hot dalam saloon yang merenung ke arahku. Aku yang masih menyiulkan lagu itu bertentang mata seketika dengannya.

Tidak!!! Aku terkantoi menyanyikan lagu penuh kejiwangan tersebut. Tanpa menantikan reaksi dari beliau aku melarikan diri meninggalkan kemachoan aku yang bertaburan menghiasi bait-bait lagu itu tadi.

Moral: Jangan suka berkaraoke.

4 comments:

Cik-MeGa said...

mungkin ko patut berjinak2 nyanyi lagu mawi...

amer zaman said...

sebab tu aku selalu cuba nyanyi lagu M.Nasir....

Aina said...

isy, karaoke itu hobi utama daku bersama sahabat.

p/s: ia sesuatu yang best!!!

:P

amscreamo said...

anda ditag.sila rujuk blog saya.