Sunday, May 31, 2009

Dee Bee Pee : Minggu 4

Assalamualaikum..

Isnin: Buat artikel

Selasa: Siapkan artikel. Antar artikel

Rabu: Hantar artikel semula

Khamis: Buat artikel balik

Jumaat: Mesyuarat

Thursday, May 28, 2009

Inikah Idolamu Muz?


Kan aku dah cakap.. dia nak tiru Anuar Zain..

Wednesday, May 27, 2009

Komunis: Dosa Yang Belum Diampunkan..

Assalamualaikum..

Sepanjang sejarah ketamadunan di Tanah Melayu, pelbagai kuasa asing baik dalam bentuk penjajahan atau serangan semata-mata pernah menyerang negara ini. Antara yang paling awal adalah serangan Raja Chola ke atas kerajaan-kerajaan Melayu purba seperti Beruas. Selain itu kita juga pernah diserang, dan dijajah oleh kuasa-kuasa lain seperti Srivijaya, Majapahit, Siam, Portugis, Belanda, British dan Jepun.

Portugis misalnya, menyerang dan memusnahkan tamadun terulung yang pernah kita miliki, iaitu Kesultanan Melayu Melaka. Serangan mereka pada 1511 bukan sahaja dilakukan atas dasar penjajahan mendapatkan wilayah semata-mata, tetapi juga untuk penyebaran agama, mendapatkan sumber kekayaan tempatan dan bagi memiliki tapak untuk meluaskan kekuasaan di rantau ini. Sungguhpun begitu dosa mereka sudahpun diampunkan lama dahulu malahan kini kota A Famosa peninggalan mereka ditayang megah di Melaka sebagai tumpuan pelancong.

British pula adalah musuh yang lebih lama lagi. Penjajahan mereka selama 150 tahun mengorbankan ramai tokoh-tokoh perjuangan tempatan seperti Datok Maharajalela, Tok Janggut dan ramai lagi. Sultan hanya diberikan tanggungjawab menjaga agama dan adat-istiadat dan orang Melayu hanya dibiar menjadi petani. Sekolah Melayu hanya sekadar tempat untuk orang melayu belajar membaca, menulis dan mengira, manakala jawatan penting semuanya diisi orang asing. Namun kini siapa yang tidak menonton EPL?

Jepun sebaliknya adalah seteru yang menggempur kita secara tiba-tiba. Dunia mungkin mengingati 7 Disember 1942 sebagai tarikh serangan ke atas pangkalan Pearl Harbor, tetapi pada masa yang sama (8 Disember waktu Tanah Melayu, kerana perbezaan zon masa) mereka juga menyerang tanah air kita melalui Kota Bharu. Kekejaman dan keganasan Jepun seperti pemerkosaan, buruh paksa dan lain-lain dianggap sebagai episod paling zalim dalam sejarah negara ini. Namun kini hampir semua menganggap Doraemon, Pikachu dan lain-lain makhluk anime/manga adalah secomel-comel kejadian dan siapa pula yang harus disalahkan jika mantan PM sendiri yang mengisytiharkan Dasar Pandang ke Timur?

Komunis malangnya tidak menerima pengampunan yang sama. Selepas perletakan senjata mereka pada 1989, komunis (entah dari segi ideologi, ekonomi, atau ketenteraan) masih dianggap sebagai musuh negara. Harus diingat, negara China yang menjadi antara tumpuan utama pelaburan dari negara ini masih adalah sebuah negara komunis. namun tiada siapa pula yang menjerit "Awas, China komunis!" Malah kita juga menjalankan aktiviti perdagangan (utamanya melalui Petronas) dengan negara Vietnam yang masih komunis (terkenal melalui tentera Vietcongnya).

Jadi apakah komunis yang kita musuhi sebenarnya? Idea komunisme itu sendiri? Atau komunisme versi Marxist? Leninisme? Maoisme? Ekonomi komunis? Politik komunis? Dogma ketenteraan komunis? Apakah sosialisme turut dianggap komunisme? Atau yang masih kita dendami hanyalah Parti Komunis Malaya?

Tuesday, May 26, 2009

Sekuntum Mawar Merah..


Hanya satu tujuan untuk mencari

Setangkai bunga pujaan hati

Namun apa setelah aku dapati

Kumbang lain menghisap madunya


Setelah madu musnah sang kumbang pergi

Tinggalkan bunga layu begitu saja

Bunga pujaan hamba tiada berseri

Lemah gemulai tak lagi berdaya

Akanku biarkan tak sampai di hati

Bunga jadi ku petik akhirnya

Assalamualaikum w.b.t..

Lirik di atas tiada kena mengena dengan entri ini. Cuma perjalanan mencari bunga mawar merah, dari Jalan San Peng, Pudu ke Kompleks PKNS Bangi bermula pukul 6 petang hingga 8 malam memberi satu macam pencerahan betapa untuk mencari setangkai bunga, kita kadang kala perlu merantau untuk mencari, kreatif dalam mengharap dan pemurah dalam berbelanja.

Semuanya untuk cik Wani.

Monday, May 25, 2009

Apa Pula Slogan Anda?

Bagai tak sempat-sempat, Najib da Premo terus menjengah dan menjerkah dengan slogannya '1Malaysia!' sebaik sahaja berkuasa. Jadi aku pun nak buat tag ni..

1. Apa pula slogan korang kalau korang jadi PM?

2. Pilih satu artis yang korang nak jadi PM dan lagu beliau yang sesuai dislogankan?

3. Najib menggelarkan dirinya PM Rakyat. Korang pulak PM apa? Alasan?

4. Industri yang korang tumpukan bila jadi pm. Alasan?

5. Benda yang korang nak buang@tambah kalau jadi PM?

6. Model negara mana korang nak buat affair dan kemudian letupkan? Kenapa?

Jawapan:

1. Gadis Cantik Negara Menarik.

2. Anuar Zain: Keabadian Cinta (Tukar jadi Keabadian Kuasa)

3. PM Puaka. Pemerintahan paling kuku besi yang korang akan saksikan.

4. Industri penggambaran Fairuz.

5. Tambah kemasukan awek Indon sebagai pelakon, penyanyi, penyajak, penjaga tol dll.

6. Model dari Jerman. Diaorang biasa dah letup2 ni masa WWII.

Mangsa tag:

1. muz
2. fairuz
3. am
4. ande
5. shaz

Sunday, May 24, 2009

Dee Bee Pee : Minggu 3

Assalamualaikum..

Ini tak disangsikan lagi minggu paling bosan..

Takde interview, tak tengok wayang, dan Muz plak tinggalkan aku secara rahsia pada satu petang Rabu. Tapi hari Khamis aku dpt pc dan Jumaat amik gambar.

Friday, May 22, 2009

Kau Biar Betul Mat..

(hp yang disyaki terlibat..)


Assalamualaikum..

Aku takde la baik sangat, tapi dengar dulu cerita ni..

Tadi aku solat Jumaat kat bangunan lama DBP. Muz pulak segak dengan baju melayu teluk belanga hitam sepasang (nanti ada le dia post blog tu..).

Sebelah aku ada la sorang brader ni, warga DBP jugak kut, atau at least Dawama (tanya Muz apa mende tu), sebab pakai pakaian ofis. Wajah pulak matured cam orang baya Encik Amran (aku teringatkan dia sebab dia la conduct practical nih..)

Sibuk sms dalam tepon waktu khatib baca khutbah. Aku pun dalam hati bengkek jugak la. Cuba la hormat waktu orang baca khutbah. Takkan la bini tak boleh tunggu, takkan tak faham orang tengah sembahyang Jumaat. Nak kata boss die sms, kebanyakan warga DBP ni Islam, memang dah jelas pasal hal ni..

Aku pun lirik handphone die, nak tengok apa yang urgent sangat.

Dia tengah main game..

Monday, May 18, 2009

Cerita Pendek Untuk Kawan..


Gadis manis itu tersipu malu. Kedua-dua kepala lututnya yang menjenguk keluar dari jubah mandi putih tiga kali saiz tubuhnya ditemukan rapat bagai menyorokkan sesuatu. Jurusolek separuh lelaki separuh pondan pula tak henti-henti memberus wajah manis itu bagai mengapur kasut.

Elegan, sungguh elegan..

"We're ready for you Miss Ju." Seorang lelaki lain yang berwajah kacak bernafsu songsang memberi kode. Bagai berkomunikasi dengan kod rahsia gadis membalas dengan gerak tubuh rutin. Senyum, angguk, pandang jurusolek, jurusolek pandang balik, dua-dua senyum dan dua-dua angguk. Angguk hanya sekali seperti orang akad nikah.

Si gadis yang entah Julia entah Jumayah itu berdiri manakala si jurusolek tambah bergegas memberus-berus wajahnya. Entah kerana malu atau mungkin kerana sejuk jubah mandi putih bersaiz besar ditarik rapat ke tubuh.

Sementara itu seorang lelaki awal 20-an yang berambut syampu berdiri tidak jauh dari situ. Jika si gadis gementar si lelaki lebih dahsyat lagi gemuruhnya. Itu kali pertama, dan jika gagal, kali terakhir dia berpeluang melakukan apa yang dia lakukan.

Si gadis yang entah Junaidah entah Zulaikha itu berdiri di tengah-tengah set, dengan dikelilingi lampu yang dari jauh kelihatan seperti payung khemah. Latar belakangnya pula lukisan awan-gemawan menakala lantainya pula basah bergenangkan air.

Si lelaki menarik nafas mengumpul keyakinan. Tangannya menggenggam erat kamera Canon EOS5D Mark II, lengkap dengan lensa dan flashnya. Si gadis pula menggigit bibir tanda mengumpul kesediaan. Sabar menunggu kode.

"Ok, kita boleh mulakan sekarang."

Jubah putih pun melorot dan bergumpal di lantai

p/s: gambar Fairuz tiada kena mengena dengan cerita..

Dee Bee Pee: Minggu 2

Assalamualaikum..

Isnin: Biase saje..

Selasa: Pagi tak masuk opis.. Pergi interview di Ampang. Lepas tengah hari baru balik.

Rabu: Biase saje.. Lepas pulang tonton Star Trek.

Khamis: Biase saje.. Mula meninggalkan Muz pulang sendirian.

Jumaat: Makan besar!

Sunday, May 10, 2009

Jumaat Tempoh Hari..


6.30 pagi - bangun, mandi, solat, sarap..

7.00 pagi - bergerak pantas ke Bandar Tun Razak..

7.30 pagi - terperangkap kesesakan lalulintas, cuba menjejaki kedudukan Muz..

7.45 pagi - Muz ditemui, ke HUKM..

8.00 pagi - sarap sebenar di kafe hospital mahal nak mampus..

8.30 pagi - ke pejabat Prof Doktor yang akan ditemuramah..

9.00 pagi - selepas kekeliruan temuramah pun bermula..

9.30 pagi - temuramah selesai..

10.00 pagi - singgah ke TIKL. Hanya di hadapan pagar untuk bergambar. Haruskah aku ke reunion Juni ini?

"Sesudah terputus ikatan, dan tertutup pintu harapan, mengapa harus berjumpa lagi? Sekadar melepaskan rindu tak bererti..
Tidak perlu kau bercerita tentang dirimu yang sudah berpunya. Kutahu kau bahagia bersamanya.."

10.30 pagi - tiba semula ke DBP. Kerja seperti biasa..

12 tgh hari - Muz mengatur temujanji kedua untuk petang..

1.15 ptg - solat Jumaat di tingkat enam bangunan lama..

3.00 ptg - bertolak dari DBP ke Klang..

4-5 ptg - sesat di Klang..

5 ptg - temuramah. terpaksa mengasah lidah aku berbahasa Engrish. Engrish tau Engrish?..

6.30 ptg - Muz lapar, nak makan KFC..

7.30 malam- hantar Muz ke LRT.

8.00 mlm- beli dan hisap cerut sebagai lambang kejayaan misi.

Dee Bee Pee: Minggu 1


Assalamualaikum..

Isnin - Lapor diri, isi borang, dengar taklimat, lapor diri ke bahagian majalah pulak, translate artikel..

Selasa - Tengok proses rekaan grafik di Dawama, ditugas ke Dewan Masyarakat, dapat assignment pertama..

Rabu - Lepak Pusat Dokumentasi Melayu mencari sumber (dan baca buku seks tulisan jawi, hahaha..)
Pastu layancerita X-Men Origin. Aku adalah Wolverine?

Khamis - Menjelajah jejaring, memeriksa laman sesawang yang berkenaan, turun lapangan buat kali pertama, ke KL Convention Centre untuk liputan Kemuncak Persidangan Halal Sedunia.

Jumaat - Pagi-pagi sudah ke HUKM untuk temuramah, lepas solat Jumaat terus ke Klang (dengan kesesatan) untuk temuramah kedua dengan doktor Ayurveda.

Sabtu/Ahad: Rileks..

Saturday, May 09, 2009

Hari Ibu Untuk Bonda..

Assalamualaikum..

Selamat Hari Ibu mak..

Aku bersyukur masih boleh tuturkan itu..

Pada masa yang sama aku amat simpati pada cik Wani. Aku tahu ucapan itu, jika diucapkannya sekalipun, adalah untuk orang asing yang mungkin boleh jadi ganti isteri ayahnya, tetapi sama sekali takkan jadi ganti ibunya.

Aku hanya boleh minta cik wani bersabar, dan berdoa banyak2, walau dalam hati aku tahu aku takkan sama sekali rasa apa yang dia rasa. Mungkin satu hari nanti, bila tempoh waktu perpisahan menimpa, tetapi bukan sekarang.

Tuhan, bantulah aku memenuhi janji tak tertunai itu..

Selamat Hari Ibu mak, juga simpatiku untuk cik wani..

Monday, May 04, 2009

Mari Berpraktikal..

Assalamualaikum..

Hari ini aku mula berpraktikal, salah satu perkara yang aku GAGAL perolehi selama 5 tahun di UTP, dan sesuatu yang aku masih amat cemburui hingga ke hari ini (satu lagi adalah graduasi dan dapat kerja...)

Mungkin di DBP ini aku hanya akan berpraktikal selama 8 minggu. Amat berbeza dengan di UTP di mana tempoh latihannya adalah 8 bulan. Macam masuk kerja betul-betul. Masih cemburu lagi.

Anyway, wish us luck, k!