(sambungan..)
N - Network: Dari gayanya, Facebook, Twitter dan lain2 inovasi telekomunikasi akan menjadi satu-satunya cara kita berhubung pada masa hadapan. Mungkin kad jemputan pun aku hantar dalam FB je. Juga melalui medium inilah aku memperkenalkan DoTA kepada ramai saudara-saudara baru. Mmmonsster kill!!!
O - Osman: Korang mungkin tak kenal, tapi budak batch aku di UTP ini dulu baru sahaja menamatkan pengajian di UTP (atau belum lagi?) ketika aku sudah 3 tahun di Puncak. Syabas Sora, untuk kesetiaanmu sedekad bersama UTP (2001-20??)
P - Pensyarah: Besar jasa mereka pada kita, walau dibenci. Terima kasih untuk Pak Bambang, Pak Agi, Encik Wira, Puan Lela, Prof Rushdi, Puan Lina, Encik Norman, Puan Zila, Encik Shahrul, Prof Jon dan ramai lagi. Tak lupa arwah Cikgu Ya, semoga ditempatkan di kalangan orang yang soleh, amiin..
Q - Questionnaire: First time Shah menjadi tidak errorless, nak tipu pun agak-agak la..
R - Rokok Saat: Awe masuk dalam dorm kat Perindu, waktu senior tengah rampas rokok, dengan selamba tanya ND ""Rokok Saat ada?" Sampai mati aku takkan lupa. Belum masuk puncak tapi tetap kena masuk list.
S - Stesen Batu Tiga dan Seksyen 17: Tempat paling selalu budak-budak puncak mintak aku hantarkan. Dengan muka mesra dan suara manja, waktu nak mintak tolong je, kalau tak siap hamun aku lagi. Perempuan..
T - Tusuk Jelangkung: Tusukkkkk Jelangkunggg!!! Aku ngan Marzuwan satu kumpulan dan di penghujung semester lima berpegangan tangan. Fewwwittt!!
U - Ungu: Ungu - Cinta Dalam Hati adalah lagu faveret aku utk Booth Bintang. Untuk booth K-Box plak lagu-lagu Anuar Zain. Lagu faveret orang lain: Muz-yg berkaitan dengan.. Shaz-Dambaan Pilu, Duet ngan aku-Jangan Menangis Sayang, Duet perempuan-Cinta, Duet Lelaki-Lagu Jiwa Lagu Cinta, Wani-Rela, Sarah-apa yang ada perkataan acapkali, Idora-Bunga Angkasa versi sumbang..
V - Video klip: Kenapa Singgah Kalau tak masuk menjadi medan pertama aku bergiat sebagai produser. Payah-payah. Ingat senang nak cari penaja?
W - Wan: Tau ada berapa ramai Wan dalam kelas aku? Ramai.. Wan syahir, Wan pinat, Shazwan, Marzuwan, Rizuan. Wanita je berbelas-belas..
X - X-Men? XX ray? Tak, budak extend yang ramai dalam kelas aku. Best ke kelas aku?
Y - YY: Subjek pertama (dan semoga yang terakhir) aku fail adalah PBSM, diberikan status YY. Why? Why?
Z - Zawani: Aku baik dengan dinda semula, mengikat tali pertunangan dengannya, dan insya allah akan hidup bersamanya hingga ke akhir hayat. Doa-doakanlah..
Tak best? Buat sendiri..
Tuesday, December 01, 2009
Sunday, November 29, 2009
A To Z Aku dan Puncak
Selama 3 tahun di Puncak, Indeks kehidupan aku..
A - Acha: Gadis paling hensem pernah aku jumpa..
B - Boroi: Nasib hampir semua budak lelaki kelas aku. Shazwan, Nd, Shah, Fairuz. Kid je yang slim..
C - Couple: Dengan sebanyak 4 couple sesama sendiri dalam satu masa maksima, (30% ahli kelas aku bercinta sesama mereka) akhirnya hanya satu yang masih bertahan, itu pun hampir berakhir..
D - Dilema Panggung: Projek terakhir kita bersama kawan-kawan. Yang ada bertukar jadi lawan.
E - Enam Sekawan: Echa (dia ketua kut), Leah, Jue, Zee, Zureen dan Sofi. Clique paling kamceng pernah aku jumpa dalam hidup.
F - Filem: Benda yang kita pelajari kat sini, tengok free selalunya (kecuali waktu promosi) dan pening kepala jawab soalan subjek.
G - Gaduh: Sampai hujung pun masih berlaku lagi. Paling kerap perempuan dengan perempuan. ISH3..
H - Hantu: Pontianak, Pingu, Poen, dan paling aku gemar Belanja, manusia paling banyak nama gelaran. Dia memang hangin satu badan, tapi hatinya baik. Nama plak lebih kurang tunang aku..
I - Indon: Kewarganegaraan Aini yang sebenar. Tak caya tanya abang polis. Kau hati2 lewan..
J - Jaja: Kenapa aku letak nama dia? Sebab dia bukti seorang lelaki boleh setia. (Sebab tak dapat..)
K - Kambing: Idora jaga kambing lalalala.. Kandang pun boleh jugak, tempat kita selalu lepak2. Kandang kambing lah kiranya tu.
L - Lumpur Di Wajah: Inilah mendanya, menyebabkan aku ada bini mengandung, anak minum clorox, pastu melarat plak aini jadi cucu aku.. Pelik2..
M - Sebab Muhsin mula dengan M, aku bagi spesel 3 tempat untuk huruf ni..
Melaka: Negeri yang paling banyak kita lawati bersama, Cinefoto, Program Anak Angkat dan cik Wani amik kursus perguruan kat sini jgk..
M. Nasir: Artis pujaan Muz yang makin hari makin mirip Anuar Zain.
My-Team 2: Seumur hidup aku, first time tengok bola kat stadium.. Dengan Shaz (waktu tu dia macam kapel dengan? Faris ngan Echa, dan lain-lain..)
Bersambung..

Thursday, November 19, 2009
Doa Kami..
Assalamualaikum warahmatullah..
Bismillahirrahimaanirrahiim..
Untuk bonda Paridah Anun bt Haji Tahir, untuk ayahanda Ramli bin Hashim, untuk nenda, Che Ah binti Zainal Abidin, untuk ibu saudara Rohani binti Hashim, untuk Tok Uda dan Tok Cik belah ayah dan belah mak, semoga selamat dalam perjalanan ke tanah suci, semoga selamat juga sepanjang berada di sana, dan semoga selamat dalam perjalanan pulang.
Mohon dilindungi Allah dari sepanjang bala bencana, dari bencana alam, kemalangan, penyakit, khianat orang, dan lain-lain.. Semoga beroleh haji yang mabrur..
Amiin ya rabbal 'alamiin..
Dari kami anak-anak, cucu-cucu, dan saudaramu sekalian..
Wassalam..

Saturday, November 07, 2009
November Rain / Hujan November (Guns N Roses/ Senjata N Bunga)
When I look into your eyes/ Bila kurenung ke dalam matamu
I can see a love restrained/ Kulihat cinta yang terkurung
But darlin' when I hold you/ Tapi sayang dalam dakapanku
Don't you know I feel the same/ Bukankah kau tahu aku juga begitu
'Cause nothin' lasts forever/ Tiada yang kekal selamanya
And we both know hearts can change/ Maklum sudah hati bisa berubah
And it's hard to hold a candle/ Dan sukar kubiarkan menyala
In the cold November rain/ Dalam dingin hujan November
We've been through this such a long long time/ Acapkali sudah kita lalui
Just tryin' to kill the pain/ Hanya agar pedih itu pergi
But lovers always come and lovers always go/ Kekasih datang dan kekasih pergi
And no one's really sure who's lettin' go today/ Tiada siapa tahu salah siapa hari ini
Walking away/ Mengundur diri
If we could take the time/ Jika boleh ditahan waktu
To lay it on the line/ Menggariskan apa yang perlu
I could rest my head/ Mampu ku berbaringan
Just knowin' that you were mine/ Yakin kau dalam tangan
All mine/ Dalam genggaman
So if you want to love me/ Jika kau ingin menyintaiku
Then darlin' don't refrain/ Maka sayang jangan membisu
Or I'll just end up walkin'/ Atau aku akan berlalu
In the cold November rain/ Dalam hujan November yang membeku
Do you need some time...on your own/ Perlukah kau masa menyendiri
Do you need some time...all alone/ Perlukah kau masa menyepi
Everybody needs some time.../ Manusia perlukan masa
on their own/ Menyendiri
Don't you know you need some time...all alone/ Tahukah kau kau perlukan masa menyepi
I know it's hard to keep an open heart/ Kutahu sukarnya membuka pintu hatimu
When even friends seem out to harm you/ Pabila teman-teman pun bagaikan berseteru
But if you could heal a broken heart/ Namun jika luka hati mampu kau ubati
Wouldn't time be out to charm you/ Bukankah waktu kan jadi teman sejati
Sometimes I need some time...on my/ Terkadang ku perlukan masa
own/ Menyendiri
Sometimes I need some time...all alone/ Terkadang ku perlukan masa menyepi

on their own/ menyendiri

And when your fears subside/ Dan bila gentarmu ke tepi
And shadows still remain/ Dan bayangan masih berdiri
I know that you can love me/ Kutahu aku boleh kau cintai
When there's no one left to blame/ Bila tak dapat kau salahkan sesiapa lagi
So never mind the darkness/ Jangan endahkan kegelapan
We still can find a way/ Kan masih boleh dicari jalan

Even cold November rain/ Begitu juga dingin hujan November
Don't ya think that you need somebody/ Tidakkah kau perlukan seseorang
Don't ya think that you need someone/ Tidakkah kau perlukan sesiapa
Everybody needs somebody/ Kita semua perlukan seseorang
You're not the only one/ Bukan kau seorang
You're not the only one/ Bukau kau seorang

Friday, October 30, 2009
Innalillah..
Assalamualaikum..
Lecturer kesayangan pelajar wayang kulit, Pak Ya sudah meninggal dunia.
Al-Fatihah..

Apa Yang Saya Pelajari Semester Ini?
Assalamualaikum semua!
Apa yang kita pelajari semester akhir ini?
Teater Muzikal: Aa? Idora tak amik test? Tulis skrip tu susah, nak betulkan skrip orang lain tu lagi susah..
Diploma Showcase: Sah, kalau Shah jadi PM, mampus kita semua.. Dilema Panggung ke kita yang dilema ni?
Diploma Report: Petanda buruk, Puan Lina gelak lepas baca jawapan test aku. Mampus..
Editing: Filem pendek terbaik anugerah skrin tu, yang 5 Rules tu, aku la yang buat sebahagian kecil subtitle die, yang lain Shazwan buat. Hahaha...
PBSM: Aku dah cakap, subjek ni berpuaka..

Thursday, October 29, 2009
Telefon.. Kami Datang..
Assalamualaikum..
Tiba dari rumah di Puncak (trip kedua), Shazwan sudah menunggu dengan mini transkrip yang diprint oleh beliau atas permintaan aku. Dia kata percuma, mungkin sebagai tanda rasa bersalah. Haha, kawan, aku tak marah.
Selesai pendaftaran, nama dalam senarai sedikit menjengkelkan. Jumlah yang memohon terlalu sedikit menandakan ramai yang aku kenali kini takkan aku temui lagi sampai bila bila atau sekurang-kurangnya satu tempoh yang cukup lama (Demi tuhan itu yang berlaku bila aku memutuskan masuk UTP dan bukan UTM cam budak TI lain).
Bilik menunggu menayangkan cerita-cerita bosan sementara aku dan shazwan menunggu. Entah mengapa, sungguhpun aku dan Shazwan tak sekacip dulu, mungkin masih ada sisa sisa dalam menyelamatkan hubungan ini. Chewwah drama!
Muz tiba di pertengahan sesi, membawa berita dia hampir pasti tidak akan menyambung di sini, atau sekurang-kurangnya dalam jurusan yang sama. Kecewa dengan seseorang agaknya? Atau dia ingin jadi Ikal?
Temuduga kemudian bertukar menjadi sesi ramah mesra antara aku, Encik Wira dan Puan Lela. Mungkin kerana aku tidak pandai menipu, aku terus terang mengatakan aku lebih minat penulisan dari skrin kerana aku benci bidang teknikal perfileman. Jangan tanya aku pasal teknik kamera, pegang kamera video pun kekok. Mungkin itu yang buat aku 'takut' nak bertukar, selain faktor usia yang merambat aku macam Torres merembat Ferdinand. Hahahaha.
Untuk mengakhiri hari yang serba celaru, sebatang cerut menemani aku melewati malam yang tiba-tiba terasa sepi.

Tuesday, October 27, 2009
Tuesday, October 20, 2009
Telefon.. Telefon Berbunyi..
Assalamualaikum...
10 Malam - 18 Oktober:
Bunyi telefon dari dalam bilik berdering-dering. Aku yang sedang menonton televisyen terkedek-kedek berlari dari luar mendapatkan alat komunikasi yang dipanggil Cik Wan itu. Malang talian sudah ditamatkan sebelum aku tiba. Nyata lambat kerana kaki tak sepanjang Bolt.
Nama pemanggil diperiksa. SHAZ. Mungkin kerana urusan Dilema Panggung? Boss telefon boss?
Aku redial. Khabar diharap amat berbeza. Esoknya ada temuduga, padahal jawapan dalam student portal aku gagal. Antara harap dan kecewa aku dengar saje apa yang rakan sejawat, sekelas, sebilik (bekas), sekaraoke (jangan harap dah aa..), sebowling (dua-dua dah buyut tak larat dah..) ucapkan.
Esok pukul dua. Tak perlu bawak sijil, tangan kosong saje. Sekurang-kurangnya itu yang dia ucapkan. Atau smskan. Dan aku terima apa yang ditulis tanpa banyak bicara.
Firman Allah Taala,
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (al-Hujurat, 6)
Pukul 1 Petang - 19 Oktober
Aku tiba sedikit awal dari waktu temuduga. Mungkin menyediakan diri untuk perkara tidak diduga. Shazwan aku hubungi untuk mendapat kepastian waktu dan tempat. Bagai ditakdirkan tuhan, au terserempak dengan lelaki dulu kurus sekarang boroi itu di luar PTAR. Fail di tangan menjadi perhatian:
Aku: Eh, kena bawak fail ke?
Shaz: Kan aku dah mesej kau semalam?
Setelah proses script reading berlaku, kesilapan dikesan. "Jangan lupe bawak" ditulis "Jangan le bawak" menyebabkan aku melenggang kangkung datang bertemuduga. Akibatnya (mujur 1. ada kereta. 2. rumah dekat) aku terpaksa buat aksi transporter mengambil apa-apa yang patut di rumah.
Secara jujur, aku sudah acapkali diuji perkara sebegini. Kehabisan minyak kereta sewaktu amik PBSM. Kalkulator tertinggal sewaktu amik exam calculus (kat utp), Flight delay waktu amik cik wani kat airport. Secara jujur juga aku sudah belajar bersabar, dan sikit pun aku tak marah tadi. Rasa kelakar ada la..
Hahaha..
(Bersambung la, panjang lagi cerita ni..)

Friday, October 16, 2009
Panggilan Haji Telah Tiba Lagi..
Assalamualaikum..
Mak bapak aku dah mengesahkan, pada November ini insya Allah, mereka akan berangkat menunaikan fardhu haji di tanah suci. Doa kami anak-anak untuk mak dan bapa, semoga selamat pergi dan selamat pulang, dan dikurniakan haji yang mabrur..

Sunday, October 11, 2009
Mari Makan Papadom..
Assalamualaikum..
Aku tak pandai mengulas filem. Secara akademiknya kritikan filem aku lemah dan lompong. Ada orang kata cakap je apa-apa, asal jujur pada diri. Namun pada aku manusia sukar menjadi jujur ketika memberikan pandangan. Sedikit sebanyak pandangannya akan dipengaruhi juga oleh situasi pada ketika ditanya. Sama ada secara spontan, secara bertulis atau dalam suasana berileks-rileksan.
Kalau tak silap, inilah filem pertama aku ulas dalam blog aku.
Yang pertama jalan cerita. Pada aku kisah bapa yang menjaga anak dengan begitu bersungguh-sungguh jarang ada di negara ini. Yang banyak di Hollywood. Tambahan pulak kalau genre komedi, lagi la bersepah-sepah. Jadi ini usaha untuk memasukkan komedi keluarga ke dalam pasaran negara. Ok la tu. Cuma cerita ini takde konflik yang kuat dan penutup pun macam senang sangat je.
[SPOILER ALERT!!]
Mungkin kalau konflik antara Miasara dan bapaknya diwujudkan selepas kekantoian sewaktu mereka terserempak berjumpa di hujung cerita, atau dipanjang lebarkan sikit, rasanya lebih menarik. Lagipun tak salah jika konflik Mia dengan watak Scha tu di'gelap'kan lagi. Biar la ada drama sket.
_______________________________________________
Yang kedua pulak watak dan perwatakan. Aku rasa watak Saadom dan Mia memang sesuai. Watak Hisham pun ok jugak, menambahkan komedi, cuma watak Prof Balkes agak mengganggu sebab dia ngan Afdlin memang takde chemistry. Chemotraphy ada la. Ni saje je panggil Vanida berlakon ni, ada apa-apa ke? Pada aku watak tu spoilkan gandingan Afdlin ngan Khiriah je.
Watak Yvonne pulak tak berapa kuat dan agak hairan jugak kenapa konflik antara dia dan Miasara senang-senang je setel. Watak Que Haidar aka Waib Tayang tu cam kutuk kitaorang je.. Huhu..
Lastly lakonan. Pada aku kebanyakannya ok. Cuma Khiriah mungkin terpaksa overkan lakonan dia sebab dia [SPOILER ALERT!! bayangan dalam kepala Afdlin je..] Liyana Jasmay nampak natural mungkin sebab memang dia budak-budak. Watak Que Haidar ngan Farid agak ok, cuma Vanida cam tak logik je kemesraan dia pada Saadom tu.
Apa-apa pun ok jugak le cerita ini. Dari lima aku bagi 3 bintang. Hehehe. Wassalam..
Sunday, September 27, 2009
Marilah Kita Mengikat Janji II..
Assalamualaikum..
Mentari petang 8 Syawal agak mendung, petanda hujan mungkin turun mungkin juga tidak. Namun dalam hati aku taufan dan ribut sedang mlanda sedahsyat-dahsyatnya. Cuak, gementar, risau, bimbang dan lain-lain. Siap hulur tangan nak bersalam dengan adik sendiri, padahal depan pintu rumah cik Wani. Gelabah punya pasal..
Apa-apa pun semuanya sudah selamat diatur. Terima kasih pada semua yang membantu.
Janji sudah diikat, bila pula nak menunaikannya?

Friday, September 25, 2009
Sunday, September 20, 2009
Friday, September 18, 2009
Saturday, September 12, 2009
Malam Yang Lebih Baik..
Assalamualaikum w.b.t..
Ramadhan, sama ada suka atau tidak, sudah merapat ke penghujungnya. Malam gala penamat bulan ini pula menawarkan ganjaran yang amat istimewa: darjatnya lebih baik dari seribu bulan.
Lebih baik dari Bulan Kemerdekaan,
Lebih baik dari Bulan Membaca,
Lebih baik dari Parti Bulan,
Lebih baik dari kuih bulan,
Lebih baik dari Bulan 1Malaysia.
Dan berapa sering pula kita terlepas malam itu?

Monday, August 31, 2009
Merdeka Mereka..
Assalamualaikum..
Sebagai pemuda pasca jepun, pasca merdeka dan pasca darurat, generasi aku sering dipandang lekeh golongan terdahulu sebagai generasi yang buta penghayatan terhadap kemerdekaan. Kurang patriotisme, kurang semangat berjuang, dan kurang berterima kasih (kepada UMNO/BN).
Malangnya aku ada pengumuman. Golongan pemuda di mana-mana pada bila-bila masa pun tetap akan jadi penggerak utama sesebuah negara, tidak kiralah ketika era perang, era menentang penjajah, era pembangunan atau era globalisasi (era 1Malaysia?) yang dihadapi seperti hari ini.
Generasi muda sekarang, seperti juga generasi-generasi yang wujud pada zaman sebelumnya, senantiasa sahaja dipandang enteng oleh mereka yang lebih tua (kononnya lebih berpengalaman) dan sentiasa saja dihambur kata-kata sedemikian. Seawal tahun 70-an lagi, Akta Universiti dan Kolej (AUKU) telah dimandatkan di tanah bertuah ini, tidak lain tidak bukan bertujuan mengekang golongan muda di negara ini. Bahkan, kini apabila orang-orang muda tahun 70-an itu sudah tua, mereka pula mengekalkan AUKU itu dan terus menekan orang muda seperti yang ayah tokwan mereka lakukan dahulu.
Memang benar anak muda sekarang tidak lagi menggalas senjata mempertahankan negara dari ancaman musuh. Kerjaya tentera sekarang sering dikaitkan dengan orang putus cinta, budak tak lepas masuk U, dan mereka dengan ketidaklulusan SPM. Musuh jika ada pun mungkin pendatang asing yang menceroboh sempadan untuk mencari rezeki di tanah bertuah ini.
Dan benar juga anak muda kini tidak lantang bergelanggang di medan-medan politik, menghentam dasar-dasar penjajah seperti Malayan Union, atau menganjurkan rapat umum menuntut hak rakyat agar dikembalikan kepada yang berhak. Oh ya, itu ada, tapi ISA menghalang.
Tanyalah mana-mana anak muda, dan anda akan dengar pandangan mereka, rata-rata mengatakan betapa politik adalah satu dunia yang sama kotornya dengan perjudian, arak, pelacuran dan lain-lain. Bezanya ia dilakukan terang-terangan, dengan memperalatan slogan dan semboyan menarik sokongan dan undian. Tidak, itu bukan pendapat peribadi aku, tapi tanyalah mana-mana anak muda.
Generasi baru berhadapan cabaran yang tidak pernah disaksikan oleh mana-mana umat manusia sebelumnya. Dalam negara yang aman dan kaya rakyat masih miskin dan papa. Dengan ijazah di tangan belum tentu ada pekerjaan. Dengan gaji enam angka hutang masih menenggelamkan jiwa. Rumah dan kereta besar kini bukan lambang kemewahan, tapi tanda ada suapan di bawah meja.
Dunia ini menyaksikan krisis yang lebih meruntun jiwa dari apa yang ia kenali ratusan atau ribuan tahun dahulu. Jika 100 tahun dahulu petani miskin mungkin masih ada tanah sekangkang kera, kini jutawan rumahnya berkongsi tapak dengan ratusan jutawan lain, cuma berlainan tingkat pangsapuri. Artis yang popular di seluruh dunia akhirnya terkulai rebah di meja, mati sendirian telebih dos ubat penahan sakit.
Untuk menuduh golongan muda kurang patriotik kerana kita tidak mengundi satu dua parti bukan sahaja tuduhan dangkal dan bodoh, tetapi tuduhan yang jahil terhadap kebebasan demokrasi itu sendiri. Memandang generasi baru sebagai lemah kerana tidak menggalas senjata adalah kebodohan yang lain pula, kerana masa ini ilmu, teknologi dan kekuatan ekonomi jauh mengatasi kekuatan fizikal. Buktinya amerika yang gagah menyerang afghan dan iraq kini tersungkur dibebani hutang tak terbayar.
Anak muda, baik dalam zaman apa pun, tetap saja akan jadi tenaga penggerak negaranya yang paling utama. Dan anehnya, golongan tua pula akan sentiasa wujud untuk menafikannya.
Saturday, August 29, 2009
Marilah Kita Mengikat Janji..
Assalamualaikum..
Malam bermula ringkas. Aku ajak cik Wani keluar dengan tergesa-gesa, sehari sebelum dia berangkat pulang ke Serian. Mungkin berjumpa kali terakhir sebelum beberapa bulan tidak bertemu, tambahan pula Syawal nanti belum tentu dia pulang..
Mula sekali aku khabarkan berita yang mengecewakan. Mak aku postpone hantar rombongan, mungkin selepas Syawal. Cik Wani jelas kecewa. Aku pertahankan diri, aku dah minta pada orang tua dan mereka tolak. Apa daya yang aku ada?
Sebagai pelengkap agenda malam tersebut, aku bawa cik Wani ke rumah Pena, tempat Muz melakar sejarah menjadi pengarah. Bukan aku tak mau bantu kau Muz, tapi malam tu penentu masa depan aku. Kau sekadar decoy malam tu. Maap ye..
Setelah setengah jam menyibuk tanpa diundang di sana, aku bawa cik Wani ke sekolah lama di Jalan Bellamy, hanya beberapa rantai dari situ. Sekali lagi, usaha mengimbau nostalgia lama cik Wani (aku dah lama cari tempat sejarah lama cik wani nak surprise kan beliau) hanyalah pesongan yang seterusnya.
Cik Wani kata dia kena balik sebelum pukul 10. Jadi aku pecutkan Lana yang bergegar cam lagu Da Bomb ke rumah beliau. Selepas singgah ke kedai di mana itu adalah kehendak beliau sendiri, aku bak kata orang putih, "pop up the question."
"Will you marry me?" Pastu sarung-sarung cincin.
Ye. Cam orang putih. Hahaha. Kalau aku orang putih aku ni kira dah bertunang la. Tapi sebab kita ni orang melayu, kena tunggu mak aku hantar rombongan dulu la. Tapi tak kira, status aku ni dah dianggap bertunang jugak la. Hahaha.

Friday, August 21, 2009
Monday, August 17, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)