Friday, February 19, 2010

Dari Kuching ke KJ..

Assalamualaikum..

Puan Wani agak cuak menaiki kenderaan terbang. Meski tidak terpekik terlolong tersampuk histeria, sekurang-kurangnya genggaman tangannya yang dingin sekurang-kurangnya membuktikan fobia tak semestinya mampu dihilangkan dengan terapi desensitization. Aku pula lebih gemar mengingatkan beliau betapa seorang pramugari Air Asia takkan faham perlian kami terhadapnya yang sering menguap (penerbangan pukul 9.25 malam) kerana dia pramugari jelita dari Laos. Setiap turbulance yang aku tempoh membuatkan aku seronok kerana perut geli-geli gayat.

Padahal beberapa jam sebelumnya puan Wani masih gembira mengingatkan aku bahawa jaket keselamatan mencukupi jumlahnya, jika bot penambang yang kami naiki untuk ke Kampung Grisek membeli kek lapis terbalik. Aku pula kecut perut apabila baru sebelah kaki diletakkan, bot penambang yang sudah separuh terbenam tiba-tiba hanya separuh inci dari terbenam seluruhnya. Sepanjang perjalanan (tak sampai 5 minit) aku bertaubat nasuha sekurang-kurangnya tiga kali manakala Puan Wani tak abis-abis mencadangkan kami menggunakan bot itu untuk bersiar-siar sepanjang sungai.

Manusia, lain orang lain ketakutannya..

3 comments:

Wan Chel said...

kurangkan apa yang patut...
confirm takkan tenggelam...
confirm takkan jatuh...
heeeheheee..

amer zaman said...

aku dgr kau nak duduk sana
kau nak kalahkan tetralogi laskar pelangi.
kau nak benamkan quartet pulau buru.

aku tunggu.
(dgn niat nak filemkan tulisan kau)

Cik-MeGa said...

tradisional envi.
bagus untuk pasangan baru mendirikan rumah tangga.
bile nak ajak kami dtg sane neh?