Thursday, December 31, 2009

20 Episod 2009 (sambung)..

(Sambungan..)

10. Ke Melaka jadi anak angkat. Muz minat kat Radiah minat kat pilot minat kat pramugari.

9. Jacko mati. Kematian paling mengesankan tahun ini untuk aku. Kak Zah aku meninggal tahun ni jugak. Al-fatihah juga untuk Cikgu Ya. Juga untuk yang lain-lain seperti Ustaz Asri Rabbani, Yasmin Ahmad, Shukri Hashim, Gus Dur dan ramai lagi. Yag kafir plak macam Patrick Swayze, Farrah Fawcett, Yoshito Usui, David Carradine, Brittany Murphy, Natrah dll..

8. Bapak aku pencen. Kalau sebelum ni setiap pagi aku tengok muka mamak kat kedai, sekarang ni aku nampak muka bapak aku tanya dah subuh ke belum.

7. Latihan praktikal di DBP. Kali pertama karya diterbitkan. Pernah menyamar indon dengan Muz. Masuk acara sukan dan main batu seremban first time. Ke IB untuk malam puisi utusan dan ke NS ziarah jenazah ayah editor, Enck Shukri. Banyak sungguh kenangan dalam dua bulan tu.

6. Dilema Panggung. Aku jadi prosedur, mati dibunuh, rampas kerje marzuwan dan main hujan dengan budak2. Err, cik wani jangan marah ye..

5. Adik aku ke jenjang pelamin terlebih dahulu! Ini sudah lebih! Seorang lagi orang Johor yang aku kenal dalam hidup aku..

4. Cik Wani dihantar nun jauh di Sarawak, sebagai pendidik menyampaikan ilmu kepada anak bangsa (bangsa iban).

3. Mak ayah aku menunaikan ibadah haji di tanah suci, meninggalkan aku dengan seribu tanggungjawab (yang aku agihkan dengan jayanya pada adik2)..

2. Menamatkan tiga tahun di UiTM. Namun masih samar adakah tahun hadapan aku akan tetap di sana atau memulakan entri baru kehidupan. Sama sama kita nantikan..

1. Tak syak lagi, perkara paling bermakna untuk aku tahun ini adalah pertunangan aku dengan cik wani. Terima kasih kepada semua yang terlibat, keluarga ayah anjang dan abang sham, tak lupa keluarga cik wani. Semoga impian pernikahan aku akan jadi kenyataan. Amiin..

Semoga tahun hadapan akan lebih ceria dan penuh pengisian..

20 Episod 2009..

Tahun 2009, mengakhirkan pelbagai perkara, dan memulakan sebahagian yang lain pula..

20. Penyakit gout aku datang balik, kali pertama sejak 2006. Jumlah serangan keseluruhan: 3 atau mungkin 4. Kawasan faveret, tapak kaki kanan.

19. Bawak cik Wani tengok teater Islamik kat IB, tapi aku tak rasa best sangat la cerita Sirah Junjungan tu, macam mempermainkan pun ada.

18. Jadi kaki wayang dengan Muz waktu kat DBP. Tengok Star Trek, Terminator, Transformers, Harry Potter..

17. Wakil fakulti ke pertandingan catur SAF. Ahli kumpulan Fariz ngan Shaz. Yang klaka, patutnya satu team ada 4 orang, tapi kitaorg hanya bertiga, buat cerita ahli keempat kena H1N1. Balik2 Shaz memang kena selesema khinzir. Oink! Oink!

16. Aku lari dari rumah nenek aku malam raya sebab diaorang layan cerita korea. Esoknya ulang cerita sama, aku bawak adik2 aku lari raya rumah ila plak. Terima kasih pada gerombolan yang beraya rumah aku. Tak, kirim salam kat mamat sendiri..

15. PBSM aku sampai sekarang bermasalah..

14. Aku diperkenalkan oleh cik Wani dengan Laskar Pelangi. Antara karya paling menginsafkan yang pernah kubaca. (Ini bukan novel CINTA.)

13. Liverpool mengkatok Man U 3 kali berturut2..

12. F Kahwin. Menamatkan janji 8 tahun.

11. Pergi IB ngan Muz layan konsert. Err, konsert rahsia.. hahaha..

(sambung, tapi korang mungkin dah bace kat FB)..

Monday, December 28, 2009

Adik Aku Sudah!

Aku sudah rasmi beradik ipar! Kenapa dalam hidup aku banyak orang Johor?

Wednesday, December 23, 2009

Alhamdulillah..

Mak dan ayah selamat pulang dari tanah suci. Syukur..

Wednesday, December 16, 2009

Regu Jiwa Pulang ke Bumi Kenyalang..

Cik Wani tinggalkan aku..

Lepas ni aku akan panggil beliau Puan Wani pulak insya Allah..

Sabar hati, sabar..

Tuesday, December 01, 2009

A To Z Aku dan Puncak (sambung..)

(sambungan..)

N - Network: Dari gayanya, Facebook, Twitter dan lain2 inovasi telekomunikasi akan menjadi satu-satunya cara kita berhubung pada masa hadapan. Mungkin kad jemputan pun aku hantar dalam FB je. Juga melalui medium inilah aku memperkenalkan DoTA kepada ramai saudara-saudara baru. Mmmonsster kill!!!

O - Osman: Korang mungkin tak kenal, tapi budak batch aku di UTP ini dulu baru sahaja menamatkan pengajian di UTP (atau belum lagi?) ketika aku sudah 3 tahun di Puncak. Syabas Sora, untuk kesetiaanmu sedekad bersama UTP (2001-20??)

P - Pensyarah: Besar jasa mereka pada kita, walau dibenci. Terima kasih untuk Pak Bambang, Pak Agi, Encik Wira, Puan Lela, Prof Rushdi, Puan Lina, Encik Norman, Puan Zila, Encik Shahrul, Prof Jon dan ramai lagi. Tak lupa arwah Cikgu Ya, semoga ditempatkan di kalangan orang yang soleh, amiin..

Q - Questionnaire: First time Shah menjadi tidak errorless, nak tipu pun agak-agak la..

R - Rokok Saat: Awe masuk dalam dorm kat Perindu, waktu senior tengah rampas rokok, dengan selamba tanya ND ""Rokok Saat ada?" Sampai mati aku takkan lupa. Belum masuk puncak tapi tetap kena masuk list.

S - Stesen Batu Tiga dan Seksyen 17: Tempat paling selalu budak-budak puncak mintak aku hantarkan. Dengan muka mesra dan suara manja, waktu nak mintak tolong je, kalau tak siap hamun aku lagi. Perempuan..

T - Tusuk Jelangkung: Tusukkkkk Jelangkunggg!!! Aku ngan Marzuwan satu kumpulan dan di penghujung semester lima berpegangan tangan. Fewwwittt!!

U - Ungu: Ungu - Cinta Dalam Hati adalah lagu faveret aku utk Booth Bintang. Untuk booth K-Box plak lagu-lagu Anuar Zain. Lagu faveret orang lain: Muz-yg berkaitan dengan.. Shaz-Dambaan Pilu, Duet ngan aku-Jangan Menangis Sayang, Duet perempuan-Cinta, Duet Lelaki-Lagu Jiwa Lagu Cinta, Wani-Rela, Sarah-apa yang ada perkataan acapkali, Idora-Bunga Angkasa versi sumbang..

V - Video klip: Kenapa Singgah Kalau tak masuk menjadi medan pertama aku bergiat sebagai produser. Payah-payah. Ingat senang nak cari penaja?

W - Wan: Tau ada berapa ramai Wan dalam kelas aku? Ramai.. Wan syahir, Wan pinat, Shazwan, Marzuwan, Rizuan. Wanita je berbelas-belas..

X - X-Men? XX ray? Tak, budak extend yang ramai dalam kelas aku. Best ke kelas aku?

Y - YY: Subjek pertama (dan semoga yang terakhir) aku fail adalah PBSM, diberikan status YY. Why? Why?

Z - Zawani: Aku baik dengan dinda semula, mengikat tali pertunangan dengannya, dan insya allah akan hidup bersamanya hingga ke akhir hayat. Doa-doakanlah..

Tak best? Buat sendiri..