Showing posts with label Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Nasihat. Show all posts

Tuesday, April 29, 2008

Cari Lain.. (Haiku Untuk Member)

Sahabat,

Dari manakah,
Ia rasa perasaan,
Hanya igauan.

Jangan dinanti,
Bunga yang tak berkembang,
Kau bukan kumbang.

Kau yang sendiri,
Dia tak membalas tanya,
Kau kan tersisa.

Tetapkan tekad,
Cari pada yang sudi,
Bangkit kembali.

Ayuh berlagu,
Padam mimpi merasuk,
Cahaya esok.

Yang menyokongmu,
Kenangkanlah sendiri,
Ada di sisi.

Wahai sahabat,
Betapa luas dunia,
Cita dan cinta.

Monday, April 28, 2008

Kalau Mahu.. (Khas Untuk Seorang Sahabat)

Kawan,

Kalau mahu kau korban segala
Mengejar maknawi cinta
Mengajar sirat setia

Kalau mahu kau bakar ruh ilahi
Memburu hati sang puteri
Menanti tangan sakti

Kalau mahu kau kambus jasad
Memohon luka terubat
Melulu laluan sesat

Kalau mahu engkau letupkan
Memadam limpahan kenangan
Mencarik sedu dan sedan

Belum benar-benar cinta,
Belum benar-benar redha,
Belum benar-benar sempurna.

Kawan, jangan terjun ke sana....