Monday, December 28, 2009

Adik Aku Sudah!

Aku sudah rasmi beradik ipar! Kenapa dalam hidup aku banyak orang Johor?

Wednesday, December 23, 2009

Alhamdulillah..

Mak dan ayah selamat pulang dari tanah suci. Syukur..

Wednesday, December 16, 2009

Regu Jiwa Pulang ke Bumi Kenyalang..

Cik Wani tinggalkan aku..

Lepas ni aku akan panggil beliau Puan Wani pulak insya Allah..

Sabar hati, sabar..

Thursday, November 19, 2009

Doa Kami..

Assalamualaikum warahmatullah..

Bismillahirrahimaanirrahiim..

Untuk bonda Paridah Anun bt Haji Tahir, untuk ayahanda Ramli bin Hashim, untuk nenda, Che Ah binti Zainal Abidin, untuk ibu saudara Rohani binti Hashim, untuk Tok Uda dan Tok Cik belah ayah dan belah mak, semoga selamat dalam perjalanan ke tanah suci, semoga selamat juga sepanjang berada di sana, dan semoga selamat dalam perjalanan pulang.

Mohon dilindungi Allah dari sepanjang bala bencana, dari bencana alam, kemalangan, penyakit, khianat orang, dan lain-lain.. Semoga beroleh haji yang mabrur..

Amiin ya rabbal 'alamiin..

Dari kami anak-anak, cucu-cucu, dan saudaramu sekalian..

Wassalam..

Saturday, November 07, 2009

November Rain / Hujan November (Guns N Roses/ Senjata N Bunga)

When I look into your eyes/ Bila kurenung ke dalam matamu
I can see a love restrained/ Kulihat cinta yang terkurung
But darlin' when I hold you/ Tapi sayang dalam dakapanku
Don't you know I feel the same/ Bukankah kau tahu aku juga begitu

'Cause nothin' lasts forever/ Tiada yang kekal selamanya
And we both know hearts can change/ Maklum sudah hati bisa berubah
And it's hard to hold a candle/ Dan sukar kubiarkan menyala
In the cold November rain/ Dalam dingin hujan November

We've been through this such a long long time/ Acapkali sudah kita lalui
Just tryin' to kill the pain/ Hanya agar pedih itu pergi

But lovers always come and lovers always go/ Kekasih datang dan kekasih pergi
And no one's really sure who's lettin' go today/ Tiada siapa tahu salah siapa hari ini
Walking away/ Mengundur diri

If we could take the time/ Jika boleh ditahan waktu
To lay it on the line/ Menggariskan apa yang perlu
I could rest my head/ Mampu ku berbaringan
Just knowin' that you were mine/ Yakin kau dalam tangan
All mine/ Dalam genggaman

So if you want to love me/ Jika kau ingin menyintaiku
Then darlin' don't refrain/ Maka sayang jangan membisu
Or I'll just end up walkin'/ Atau aku akan berlalu
In the cold November rain/ Dalam hujan November yang membeku

Do you need some time...on your own/ Perlukah kau masa menyendiri
Do you need some time...all alone/ Perlukah kau masa menyepi
Everybody needs some time.../ Manusia perlukan masa
on their own/ Menyendiri
Don't you know you need some time...all alone/ Tahukah kau kau perlukan masa menyepi

I know it's hard to keep an open heart/ Kutahu sukarnya membuka pintu hatimu
When even friends seem out to harm you/ Pabila teman-teman pun bagaikan berseteru
But if you could heal a broken heart/ Namun jika luka hati mampu kau ubati
Wouldn't time be out to charm you/ Bukankah waktu kan jadi teman sejati

Sometimes I need some time...on my/ Terkadang ku perlukan masa
own/ Menyendiri
Sometimes I need some time...all alone/ Terkadang ku perlukan masa menyepi
Everybody needs some time.../ Manusia perlukan masa
on their own/ menyendiri
Don't you know you need some time...all alone/ Tahukah kau kau perlukan masa menyepi

And when your fears subside/ Dan bila gentarmu ke tepi
And shadows still remain/ Dan bayangan masih berdiri
I know that you can love me/ Kutahu aku boleh kau cintai
When there's no one left to blame/ Bila tak dapat kau salahkan sesiapa lagi

So never mind the darkness/ Jangan endahkan kegelapan
We still can find a way/ Kan masih boleh dicari jalan
'Cause nothin' lasts forever/ Tiada yang kekal selamanya
Even cold November rain/ Begitu juga dingin hujan November

Don't ya think that you need somebody/ Tidakkah kau perlukan seseorang
Don't ya think that you need someone/ Tidakkah kau perlukan sesiapa
Everybody needs somebody/ Kita semua perlukan seseorang
You're not the only one/ Bukan kau seorang
You're not the only one/ Bukau kau seorang

Friday, October 30, 2009

Innalillah..

Assalamualaikum..

Lecturer kesayangan pelajar wayang kulit, Pak Ya sudah meninggal dunia.

Al-Fatihah..

Thursday, October 29, 2009

Telefon.. Kami Datang..

Assalamualaikum..

Tiba dari rumah di Puncak (trip kedua), Shazwan sudah menunggu dengan mini transkrip yang diprint oleh beliau atas permintaan aku. Dia kata percuma, mungkin sebagai tanda rasa bersalah. Haha, kawan, aku tak marah.

Selesai pendaftaran, nama dalam senarai sedikit menjengkelkan. Jumlah yang memohon terlalu sedikit menandakan ramai yang aku kenali kini takkan aku temui lagi sampai bila bila atau sekurang-kurangnya satu tempoh yang cukup lama (Demi tuhan itu yang berlaku bila aku memutuskan masuk UTP dan bukan UTM cam budak TI lain).

Bilik menunggu menayangkan cerita-cerita bosan sementara aku dan shazwan menunggu. Entah mengapa, sungguhpun aku dan Shazwan tak sekacip dulu, mungkin masih ada sisa sisa dalam menyelamatkan hubungan ini. Chewwah drama!

Muz tiba di pertengahan sesi, membawa berita dia hampir pasti tidak akan menyambung di sini, atau sekurang-kurangnya dalam jurusan yang sama. Kecewa dengan seseorang agaknya? Atau dia ingin jadi Ikal?

Temuduga kemudian bertukar menjadi sesi ramah mesra antara aku, Encik Wira dan Puan Lela. Mungkin kerana aku tidak pandai menipu, aku terus terang mengatakan aku lebih minat penulisan dari skrin kerana aku benci bidang teknikal perfileman. Jangan tanya aku pasal teknik kamera, pegang kamera video pun kekok. Mungkin itu yang buat aku 'takut' nak bertukar, selain faktor usia yang merambat aku macam Torres merembat Ferdinand. Hahahaha.

Untuk mengakhiri hari yang serba celaru, sebatang cerut menemani aku melewati malam yang tiba-tiba terasa sepi.

Tuesday, October 27, 2009

Yeay Liverpool menang..

Hahahahahahahahaha.....

Tuesday, October 20, 2009

Telefon.. Telefon Berbunyi..

Assalamualaikum...

10 Malam - 18 Oktober:

Bunyi telefon dari dalam bilik berdering-dering. Aku yang sedang menonton televisyen terkedek-kedek berlari dari luar mendapatkan alat komunikasi yang dipanggil Cik Wan itu. Malang talian sudah ditamatkan sebelum aku tiba. Nyata lambat kerana kaki tak sepanjang Bolt.

Nama pemanggil diperiksa. SHAZ. Mungkin kerana urusan Dilema Panggung? Boss telefon boss?

Aku redial. Khabar diharap amat berbeza. Esoknya ada temuduga, padahal jawapan dalam student portal aku gagal. Antara harap dan kecewa aku dengar saje apa yang rakan sejawat, sekelas, sebilik (bekas), sekaraoke (jangan harap dah aa..), sebowling (dua-dua dah buyut tak larat dah..) ucapkan.

Esok pukul dua. Tak perlu bawak sijil, tangan kosong saje. Sekurang-kurangnya itu yang dia ucapkan. Atau smskan. Dan aku terima apa yang ditulis tanpa banyak bicara.

Firman Allah Taala,

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (al-Hujurat, 6)

Pukul 1 Petang - 19 Oktober

Aku tiba sedikit awal dari waktu temuduga. Mungkin menyediakan diri untuk perkara tidak diduga. Shazwan aku hubungi untuk mendapat kepastian waktu dan tempat. Bagai ditakdirkan tuhan, au terserempak dengan lelaki dulu kurus sekarang boroi itu di luar PTAR. Fail di tangan menjadi perhatian:

Aku: Eh, kena bawak fail ke?

Shaz: Kan aku dah mesej kau semalam?

Setelah proses script reading berlaku, kesilapan dikesan. "Jangan lupe bawak" ditulis "Jangan le bawak" menyebabkan aku melenggang kangkung datang bertemuduga. Akibatnya (mujur 1. ada kereta. 2. rumah dekat) aku terpaksa buat aksi transporter mengambil apa-apa yang patut di rumah.

Secara jujur, aku sudah acapkali diuji perkara sebegini. Kehabisan minyak kereta sewaktu amik PBSM. Kalkulator tertinggal sewaktu amik exam calculus (kat utp), Flight delay waktu amik cik wani kat airport. Secara jujur juga aku sudah belajar bersabar, dan sikit pun aku tak marah tadi. Rasa kelakar ada la..

Hahaha..

(Bersambung la, panjang lagi cerita ni..)

Friday, October 16, 2009

Panggilan Haji Telah Tiba Lagi..

Assalamualaikum..

Mak bapak aku dah mengesahkan, pada November ini insya Allah, mereka akan berangkat menunaikan fardhu haji di tanah suci. Doa kami anak-anak untuk mak dan bapa, semoga selamat pergi dan selamat pulang, dan dikurniakan haji yang mabrur..

Sunday, September 27, 2009

Marilah Kita Mengikat Janji II..

Assalamualaikum..

Mentari petang 8 Syawal agak mendung, petanda hujan mungkin turun mungkin juga tidak. Namun dalam hati aku taufan dan ribut sedang mlanda sedahsyat-dahsyatnya. Cuak, gementar, risau, bimbang dan lain-lain. Siap hulur tangan nak bersalam dengan adik sendiri, padahal depan pintu rumah cik Wani. Gelabah punya pasal..

Apa-apa pun semuanya sudah selamat diatur. Terima kasih pada semua yang membantu.

Janji sudah diikat, bila pula nak menunaikannya?

Friday, September 25, 2009

Wei..

Assalamualaikum..

Raya-raya ni jemput la datang la rumah..

Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya..

Selamat Hari Raya..

Maaf zahir dan batin..

Friday, September 18, 2009

The Dirty Dancer is Dead..

Patrick Swayze's doctor said in March 2008 that Swayze was suffering from pancreatic cancer.

Patrick Swayze dah arwah..

Baca sendiri..

Saturday, September 12, 2009

Malam Yang Lebih Baik..

Assalamualaikum w.b.t..

Ramadhan, sama ada suka atau tidak, sudah merapat ke penghujungnya. Malam gala penamat bulan ini pula menawarkan ganjaran yang amat istimewa: darjatnya lebih baik dari seribu bulan.

Lebih baik dari Bulan Kemerdekaan,
Lebih baik dari Bulan Membaca,
Lebih baik dari Parti Bulan,
Lebih baik dari kuih bulan,
Lebih baik dari Bulan 1Malaysia.

Dan berapa sering pula kita terlepas malam itu?

Monday, August 31, 2009

Merdeka Mereka..

Go to fullsize image

Assalamualaikum..

Sebagai pemuda pasca jepun, pasca merdeka dan pasca darurat, generasi aku sering dipandang lekeh golongan terdahulu sebagai generasi yang buta penghayatan terhadap kemerdekaan. Kurang patriotisme, kurang semangat berjuang, dan kurang berterima kasih (kepada UMNO/BN).

Malangnya aku ada pengumuman. Golongan pemuda di mana-mana pada bila-bila masa pun tetap akan jadi penggerak utama sesebuah negara, tidak kiralah ketika era perang, era menentang penjajah, era pembangunan atau era globalisasi (era 1Malaysia?) yang dihadapi seperti hari ini.

Generasi muda sekarang, seperti juga generasi-generasi yang wujud pada zaman sebelumnya, senantiasa sahaja dipandang enteng oleh mereka yang lebih tua (kononnya lebih berpengalaman) dan sentiasa saja dihambur kata-kata sedemikian. Seawal tahun 70-an lagi, Akta Universiti dan Kolej (AUKU) telah dimandatkan di tanah bertuah ini, tidak lain tidak bukan bertujuan mengekang golongan muda di negara ini. Bahkan, kini apabila orang-orang muda tahun 70-an itu sudah tua, mereka pula mengekalkan AUKU itu dan terus menekan orang muda seperti yang ayah tokwan mereka lakukan dahulu.

Memang benar anak muda sekarang tidak lagi menggalas senjata mempertahankan negara dari ancaman musuh. Kerjaya tentera sekarang sering dikaitkan dengan orang putus cinta, budak tak lepas masuk U, dan mereka dengan ketidaklulusan SPM. Musuh jika ada pun mungkin pendatang asing yang menceroboh sempadan untuk mencari rezeki di tanah bertuah ini.

Dan benar juga anak muda kini tidak lantang bergelanggang di medan-medan politik, menghentam dasar-dasar penjajah seperti Malayan Union, atau menganjurkan rapat umum menuntut hak rakyat agar dikembalikan kepada yang berhak. Oh ya, itu ada, tapi ISA menghalang.

Tanyalah mana-mana anak muda, dan anda akan dengar pandangan mereka, rata-rata mengatakan betapa politik adalah satu dunia yang sama kotornya dengan perjudian, arak, pelacuran dan lain-lain. Bezanya ia dilakukan terang-terangan, dengan memperalatan slogan dan semboyan menarik sokongan dan undian. Tidak, itu bukan pendapat peribadi aku, tapi tanyalah mana-mana anak muda.

Generasi baru berhadapan cabaran yang tidak pernah disaksikan oleh mana-mana umat manusia sebelumnya. Dalam negara yang aman dan kaya rakyat masih miskin dan papa. Dengan ijazah di tangan belum tentu ada pekerjaan. Dengan gaji enam angka hutang masih menenggelamkan jiwa. Rumah dan kereta besar kini bukan lambang kemewahan, tapi tanda ada suapan di bawah meja.

Dunia ini menyaksikan krisis yang lebih meruntun jiwa dari apa yang ia kenali ratusan atau ribuan tahun dahulu. Jika 100 tahun dahulu petani miskin mungkin masih ada tanah sekangkang kera, kini jutawan rumahnya berkongsi tapak dengan ratusan jutawan lain, cuma berlainan tingkat pangsapuri. Artis yang popular di seluruh dunia akhirnya terkulai rebah di meja, mati sendirian telebih dos ubat penahan sakit.

Untuk menuduh golongan muda kurang patriotik kerana kita tidak mengundi satu dua parti bukan sahaja tuduhan dangkal dan bodoh, tetapi tuduhan yang jahil terhadap kebebasan demokrasi itu sendiri. Memandang generasi baru sebagai lemah kerana tidak menggalas senjata adalah kebodohan yang lain pula, kerana masa ini ilmu, teknologi dan kekuatan ekonomi jauh mengatasi kekuatan fizikal. Buktinya amerika yang gagah menyerang afghan dan iraq kini tersungkur dibebani hutang tak terbayar.

Anak muda, baik dalam zaman apa pun, tetap saja akan jadi tenaga penggerak negaranya yang paling utama. Dan anehnya, golongan tua pula akan sentiasa wujud untuk menafikannya.

Saturday, August 29, 2009

Marilah Kita Mengikat Janji..

Assalamualaikum..

Malam bermula ringkas. Aku ajak cik Wani keluar dengan tergesa-gesa, sehari sebelum dia berangkat pulang ke Serian. Mungkin berjumpa kali terakhir sebelum beberapa bulan tidak bertemu, tambahan pula Syawal nanti belum tentu dia pulang..

Mula sekali aku khabarkan berita yang mengecewakan. Mak aku postpone hantar rombongan, mungkin selepas Syawal. Cik Wani jelas kecewa. Aku pertahankan diri, aku dah minta pada orang tua dan mereka tolak. Apa daya yang aku ada?

Sebagai pelengkap agenda malam tersebut, aku bawa cik Wani ke rumah Pena, tempat Muz melakar sejarah menjadi pengarah. Bukan aku tak mau bantu kau Muz, tapi malam tu penentu masa depan aku. Kau sekadar decoy malam tu. Maap ye..

Setelah setengah jam menyibuk tanpa diundang di sana, aku bawa cik Wani ke sekolah lama di Jalan Bellamy, hanya beberapa rantai dari situ. Sekali lagi, usaha mengimbau nostalgia lama cik Wani (aku dah lama cari tempat sejarah lama cik wani nak surprise kan beliau) hanyalah pesongan yang seterusnya.

Cik Wani kata dia kena balik sebelum pukul 10. Jadi aku pecutkan Lana yang bergegar cam lagu Da Bomb ke rumah beliau. Selepas singgah ke kedai di mana itu adalah kehendak beliau sendiri, aku bak kata orang putih, "pop up the question."

"Will you marry me?" Pastu sarung-sarung cincin.

Ye. Cam orang putih. Hahaha. Kalau aku orang putih aku ni kira dah bertunang la. Tapi sebab kita ni orang melayu, kena tunggu mak aku hantar rombongan dulu la. Tapi tak kira, status aku ni dah dianggap bertunang jugak la. Hahaha.

Friday, August 21, 2009

Bulan Mulia Dimulai..

Ramadhan sudah kembali, Cik Wani sudah pulang..

Monday, August 17, 2009

Kalah..

Liverpool kalah pada perlawanan awal musim.. WTF?

Thursday, August 13, 2009

Pergi Tak Kembali..

Al-Fatihah..

Satu lagi pemergian..

Go to fullsize image

Sunday, July 26, 2009

Yasmin Ahmad Sudah Tiada..

Assalamualaikum..

Takziah pada keluarga Allahyarham..

View Image

Walau tak suka filem kamu, terima kasih kerana buat filem dengan nama aku..

Al-Fatihah..


Baca sendiri..

Monday, July 20, 2009

40 Tahun Dahulu..

Assalamualaikum..

FILE - In this July 20, 1969 file photo from NASA,  Astronaut ...

40 tahun dahulu, manusia mula menjengah keluar dari buaiannya..

Atau konspirasi terbesar dalam sejarah manusia?

Kebetulan pula, bertembung hari besar Nabi S.A.W diangkat ke langit. Fikir-fikirkanlah..

Thursday, July 16, 2009

Perginya Natrah..

Assalamualaikum..

File:SGstory Maria.gif

Natrah, atau nama kapirnya Maria Hertogh, adalah kisah sedih dalam lipatan sejarah silam..

Baca sendiri..

Sunday, July 12, 2009

Aku plak?

Assalamualaikum..

Adik aku bertunang hari ni.. Aku plak?

Friday, July 03, 2009

Dee Bee Pee: Minggu Akhir

Assalamualaikum. Ini minggu akhir, sayonara, jumpa lagi..

Ahad: Kerja jugak hari ni. Ke BB untuk temubual grafiti. Gambar yang Fairuz amik takleh pakai, artistik sangat.. Apara!!

Isnin: Masuk kerja seperti biasa tanpa sebarang pengharapan yang tinggi. Ada mesyuarat muka depan majalah. Chah merajuk dengan aku! Neraka apakah ini?

Selasa: Hantar panorama.. Muz buat teropong..

Rabu: Hantar artikel grafiti..

Khamis: Memenungkan diri sepanjang hari.. Ingat tak nak datang, tapi sebab sehari je lagi, wut de hell..

Jumaat: Siapkan laporan, kemaskini dan hantar kad tebuk, amik sijil, makan makan makan, amik gambar amik gambar amik gambar dan salam salam salam. Pastu balik.. Muz bertapa kat DBP sebab dia ada dating dengan kekasih gelap di tempat gelap.

Selamat tinggal DBP..


Monday, June 29, 2009

Banduan Pun Menghormatkan Kematian Michael..



Pemergiannya dikenang setiap lapisan masyrakat..

Baca sendiri..

Dee Bee Pee: Minggu 8

Isnin: Sambutan Ulangtahun ke-53 DBP. Apa yang aku dapat? Seketul kalkulator.

Selasa: Explorace. Kalah lagi.

Rabu: Keluar awal untuk menonton Megan Fox dan robot-robotnya.

Khamis: Termenung menghitung hari di pejabat.

Jumaat: Keluar awal lagi, kali ini untuk beli hadiah.

Sabut: Makan malam bahagian. Aku dan Muz berduet lagu orang tua. Tersingkir dari cabutan tv.

Saturday, June 27, 2009

Anggapanmu..

Sekebun cinta nan berbunga
Megah berdiri nan berduri
Aku yang asli
Di dalam mekar
Bila terbit mentari
Menguntumlah

Sejambak cinta nan berbunga
Megah berdiri nan tiada
Mekar dan kukuh
Bau dan kaku
Itulah pilihanmu
Aku di taman hanya perhiasan
Mata umum

Hanya mampu kumelihat
Kecurangan warna bunga
Idamanmu
Berbaja tiada

Sedang aku anggapanmu
Menyusahkan untuk
Meraih impian
Terlontarku di halaman

Pemusnahku adalah kumbang
Runtuh bila kukelayuan
Impianmu hanyalah masa
Untuk menikmati segala
Belum pasti
Dirimu bahgia

Friday, June 26, 2009

Jacko Has Left The Building..

Jacko has died.. Baca sendiri

Wednesday, June 24, 2009

Neda: Suara Yang Disenyapkan..

Assalamualaikum..
Protes pilihanraya di Iran bertukar ganas..
Lambang bahawa usaha membungkam suara rakyat tidak hanya berlaku di sesetengah tempat, tidak terhad kepada fahaman agama atau parti politik.
Neda (bermaksud suara), mangsa terbaru. Semuanya halal demi kuasa? Baca sendiri..



Tuesday, June 23, 2009

Saja Nih..

Assalamualaikum..

Sebab result aku sak ess aku ingat malas nak cakap pasal akademik..

Tapi kenangkan balik ada jugak la kegemilangan pendidikan aku yang lepas-lepas.

Contohnya ensemble part 4. Aku dapat A+.

Mungkin sebab aku jadik prosedur video klip Flava.

Mungkin jugak pasal video klip aku nih..

Monday, June 22, 2009

Hari Hari Hari Bapak..

Assalamualaikum..

Semalam aku dan adik-adik sambut Hari Bapak dengan Bapak aku. Sambut dengan cara?

Pai epal sambil menonton filem. Kellasss..

Selamat Hari Bapak Pak.

Sunday, June 21, 2009

Dee Bee Pee: Minggu 7

Isnin: Flet DBKL - Bandar Tun Razak.

Selasa: Flet DBKL - Pantai Dalam.

Rabu: Flet DBKL - San Peng. Malam Desa Tun Razak untuk temubual.

Khamis: Tengah termenung mencari kerja aku disuruh balik rumah menyiapkan kerja 'peribadi' senior. Untuk RM30 aku menyertai jutaan kakitangan kerajaan lain dalam Skim Rasuah Nasional.

Lepas tu sukan bowling, kalah lagi. Memang nasib tiada emas.

Jumaat: Tak ade kerja.. Baca yassin plak.. Aku jadi baik? Apa ni? Namun sebelum menyertai Skim Salahguna Kuasa Kakitangan Kerajaan dapat majalah DM Julai dipampangi nama pada surat beranak.

Friday, June 19, 2009

Itu Cinta Yang Melintas..

Muz baru sahaja turun, Lana baru sahaja bergerak semula..

Belumpun Puduraya ditinggalkan dua orang gadis jelita Kaukasia tersenyum-senyum ingin melintas jalan di hadapan mata..

Aku boleh seperti kereta di hadapan melaju tanpa peduli, atau selayaknya seorang budiman memberi laluan.

Sebagai seorang lelaki tentu sekali kalian tahu apa pilihan aku.

Dan senyuman pun bertukar dari wajah-wajah di luar ke wajah di dalam kereta..

Tuesday, June 16, 2009

Dee Bee Pee: Minggu 6

Assalamualaikum..

Minggu paling tade kerja. Sukan-sukan-sukan.

Lalalala...

Owh, tapi Jumaat kitaorang ke IB tengok Malam Puisi Utusan..

Sunday, June 14, 2009

Kapal Terbang Perpisahan..

Biasanya cik Wani yang terbang tinggalkan aku, tapi hari ini, mak aku pun sama-sama menggunakan jalan pengangkutan udara untuk meninggalkan aku..

Mak aku naik kapal terbang ke Amsterdam pukul 12 tgh malam..

Cik Wani naik kapal terbang ke Serian Sarawak pukul 9 pagi..

Mak aku pergi 3 minggu, cik Wani 3 bulan..

Jaga diri elok-elok, insan-insan tersayang..

Sunday, June 07, 2009

Dee Bee Pee : Minggu 5

Isnin: Tak kerja. Ayah pada editor meninggal. Ramai-ramai melawat naik bas.

Selasa: Ada la kerja sket2.

Rabu: Baik lambat Pastu tengok Terminator.

Khamis: Balik lambat jugak. Bz jugak la kan.

Jumaat: Translate dan balik pukul 7. Dah jadi journalist dah kitaorang.

Friday, June 05, 2009

42 Tahun Lalu..

Perang Enam Hari Antara Negara-negara Arab dan Israel bermula hari ini..

Semua tahu siapa yang menang..

Baca sendiri

Bill Is Dead..


Pelakon Kill Bill, David Carradine, dah mati..

Quote terbaik:

"Now, a staple of the superhero mythology is, there’s the superhero and there’s the alter ego. Batman is actually Bruce Wayne, Spider-Man is actually Peter Parker. When that character wakes up in the morning, he’s Peter Parker. He has to put on a costume to become Spider-Man. And it is in that characteristic Superman stands alone.

Superman didn’t become Superman. Superman was born Superman. When Superman wakes up in the morning, he’s Superman. His alter ego is Clark Kent. His outfit with the big red “S” - that’s the blanket he was wrapped in as a baby when the Kents found him. Those are his clothes. What Kent wears - the glasses, the business suit - that’s the costume. That’s the costume Superman wears to blend in with us.

Clark Kent is how Superman views us. And what are the characteristics of Clark Kent? He’s weak… He’s unsure of himself… He’s a coward.

Clark Kent is Superman’s critique on the whole human race (Kill Bill)."

Baca sendiri..

Thursday, June 04, 2009

20 Tahun Lalu..


Antara gambar paling ikonik dalam sejarah.. baca sendiri.


Tuesday, June 02, 2009

Ada Apa Dengan Aman?

Bagai ribut gossip yang melanda Langkasuka, aku diberitahu tentang berita tergempar ini, tentang projek mega jutaan ringgit yang dengarnya tiba-tiba berkubur.

Mohon pencerahan!

Apa lagi Shaz, wartawan hiburan Metro, terjahlah!

Sunday, May 31, 2009

Dee Bee Pee : Minggu 4

Assalamualaikum..

Isnin: Buat artikel

Selasa: Siapkan artikel. Antar artikel

Rabu: Hantar artikel semula

Khamis: Buat artikel balik

Jumaat: Mesyuarat

Thursday, May 28, 2009

Inikah Idolamu Muz?


Kan aku dah cakap.. dia nak tiru Anuar Zain..

Wednesday, May 27, 2009

Komunis: Dosa Yang Belum Diampunkan..

Assalamualaikum..

Sepanjang sejarah ketamadunan di Tanah Melayu, pelbagai kuasa asing baik dalam bentuk penjajahan atau serangan semata-mata pernah menyerang negara ini. Antara yang paling awal adalah serangan Raja Chola ke atas kerajaan-kerajaan Melayu purba seperti Beruas. Selain itu kita juga pernah diserang, dan dijajah oleh kuasa-kuasa lain seperti Srivijaya, Majapahit, Siam, Portugis, Belanda, British dan Jepun.

Portugis misalnya, menyerang dan memusnahkan tamadun terulung yang pernah kita miliki, iaitu Kesultanan Melayu Melaka. Serangan mereka pada 1511 bukan sahaja dilakukan atas dasar penjajahan mendapatkan wilayah semata-mata, tetapi juga untuk penyebaran agama, mendapatkan sumber kekayaan tempatan dan bagi memiliki tapak untuk meluaskan kekuasaan di rantau ini. Sungguhpun begitu dosa mereka sudahpun diampunkan lama dahulu malahan kini kota A Famosa peninggalan mereka ditayang megah di Melaka sebagai tumpuan pelancong.

British pula adalah musuh yang lebih lama lagi. Penjajahan mereka selama 150 tahun mengorbankan ramai tokoh-tokoh perjuangan tempatan seperti Datok Maharajalela, Tok Janggut dan ramai lagi. Sultan hanya diberikan tanggungjawab menjaga agama dan adat-istiadat dan orang Melayu hanya dibiar menjadi petani. Sekolah Melayu hanya sekadar tempat untuk orang melayu belajar membaca, menulis dan mengira, manakala jawatan penting semuanya diisi orang asing. Namun kini siapa yang tidak menonton EPL?

Jepun sebaliknya adalah seteru yang menggempur kita secara tiba-tiba. Dunia mungkin mengingati 7 Disember 1942 sebagai tarikh serangan ke atas pangkalan Pearl Harbor, tetapi pada masa yang sama (8 Disember waktu Tanah Melayu, kerana perbezaan zon masa) mereka juga menyerang tanah air kita melalui Kota Bharu. Kekejaman dan keganasan Jepun seperti pemerkosaan, buruh paksa dan lain-lain dianggap sebagai episod paling zalim dalam sejarah negara ini. Namun kini hampir semua menganggap Doraemon, Pikachu dan lain-lain makhluk anime/manga adalah secomel-comel kejadian dan siapa pula yang harus disalahkan jika mantan PM sendiri yang mengisytiharkan Dasar Pandang ke Timur?

Komunis malangnya tidak menerima pengampunan yang sama. Selepas perletakan senjata mereka pada 1989, komunis (entah dari segi ideologi, ekonomi, atau ketenteraan) masih dianggap sebagai musuh negara. Harus diingat, negara China yang menjadi antara tumpuan utama pelaburan dari negara ini masih adalah sebuah negara komunis. namun tiada siapa pula yang menjerit "Awas, China komunis!" Malah kita juga menjalankan aktiviti perdagangan (utamanya melalui Petronas) dengan negara Vietnam yang masih komunis (terkenal melalui tentera Vietcongnya).

Jadi apakah komunis yang kita musuhi sebenarnya? Idea komunisme itu sendiri? Atau komunisme versi Marxist? Leninisme? Maoisme? Ekonomi komunis? Politik komunis? Dogma ketenteraan komunis? Apakah sosialisme turut dianggap komunisme? Atau yang masih kita dendami hanyalah Parti Komunis Malaya?

Tuesday, May 26, 2009

Sekuntum Mawar Merah..


Hanya satu tujuan untuk mencari

Setangkai bunga pujaan hati

Namun apa setelah aku dapati

Kumbang lain menghisap madunya


Setelah madu musnah sang kumbang pergi

Tinggalkan bunga layu begitu saja

Bunga pujaan hamba tiada berseri

Lemah gemulai tak lagi berdaya

Akanku biarkan tak sampai di hati

Bunga jadi ku petik akhirnya

Assalamualaikum w.b.t..

Lirik di atas tiada kena mengena dengan entri ini. Cuma perjalanan mencari bunga mawar merah, dari Jalan San Peng, Pudu ke Kompleks PKNS Bangi bermula pukul 6 petang hingga 8 malam memberi satu macam pencerahan betapa untuk mencari setangkai bunga, kita kadang kala perlu merantau untuk mencari, kreatif dalam mengharap dan pemurah dalam berbelanja.

Semuanya untuk cik Wani.

Monday, May 25, 2009

Apa Pula Slogan Anda?

Bagai tak sempat-sempat, Najib da Premo terus menjengah dan menjerkah dengan slogannya '1Malaysia!' sebaik sahaja berkuasa. Jadi aku pun nak buat tag ni..

1. Apa pula slogan korang kalau korang jadi PM?

2. Pilih satu artis yang korang nak jadi PM dan lagu beliau yang sesuai dislogankan?

3. Najib menggelarkan dirinya PM Rakyat. Korang pulak PM apa? Alasan?

4. Industri yang korang tumpukan bila jadi pm. Alasan?

5. Benda yang korang nak buang@tambah kalau jadi PM?

6. Model negara mana korang nak buat affair dan kemudian letupkan? Kenapa?

Jawapan:

1. Gadis Cantik Negara Menarik.

2. Anuar Zain: Keabadian Cinta (Tukar jadi Keabadian Kuasa)

3. PM Puaka. Pemerintahan paling kuku besi yang korang akan saksikan.

4. Industri penggambaran Fairuz.

5. Tambah kemasukan awek Indon sebagai pelakon, penyanyi, penyajak, penjaga tol dll.

6. Model dari Jerman. Diaorang biasa dah letup2 ni masa WWII.

Mangsa tag:

1. muz
2. fairuz
3. am
4. ande
5. shaz

Sunday, May 24, 2009

Dee Bee Pee : Minggu 3

Assalamualaikum..

Ini tak disangsikan lagi minggu paling bosan..

Takde interview, tak tengok wayang, dan Muz plak tinggalkan aku secara rahsia pada satu petang Rabu. Tapi hari Khamis aku dpt pc dan Jumaat amik gambar.

Friday, May 22, 2009

Kau Biar Betul Mat..

(hp yang disyaki terlibat..)


Assalamualaikum..

Aku takde la baik sangat, tapi dengar dulu cerita ni..

Tadi aku solat Jumaat kat bangunan lama DBP. Muz pulak segak dengan baju melayu teluk belanga hitam sepasang (nanti ada le dia post blog tu..).

Sebelah aku ada la sorang brader ni, warga DBP jugak kut, atau at least Dawama (tanya Muz apa mende tu), sebab pakai pakaian ofis. Wajah pulak matured cam orang baya Encik Amran (aku teringatkan dia sebab dia la conduct practical nih..)

Sibuk sms dalam tepon waktu khatib baca khutbah. Aku pun dalam hati bengkek jugak la. Cuba la hormat waktu orang baca khutbah. Takkan la bini tak boleh tunggu, takkan tak faham orang tengah sembahyang Jumaat. Nak kata boss die sms, kebanyakan warga DBP ni Islam, memang dah jelas pasal hal ni..

Aku pun lirik handphone die, nak tengok apa yang urgent sangat.

Dia tengah main game..

Monday, May 18, 2009

Cerita Pendek Untuk Kawan..


Gadis manis itu tersipu malu. Kedua-dua kepala lututnya yang menjenguk keluar dari jubah mandi putih tiga kali saiz tubuhnya ditemukan rapat bagai menyorokkan sesuatu. Jurusolek separuh lelaki separuh pondan pula tak henti-henti memberus wajah manis itu bagai mengapur kasut.

Elegan, sungguh elegan..

"We're ready for you Miss Ju." Seorang lelaki lain yang berwajah kacak bernafsu songsang memberi kode. Bagai berkomunikasi dengan kod rahsia gadis membalas dengan gerak tubuh rutin. Senyum, angguk, pandang jurusolek, jurusolek pandang balik, dua-dua senyum dan dua-dua angguk. Angguk hanya sekali seperti orang akad nikah.

Si gadis yang entah Julia entah Jumayah itu berdiri manakala si jurusolek tambah bergegas memberus-berus wajahnya. Entah kerana malu atau mungkin kerana sejuk jubah mandi putih bersaiz besar ditarik rapat ke tubuh.

Sementara itu seorang lelaki awal 20-an yang berambut syampu berdiri tidak jauh dari situ. Jika si gadis gementar si lelaki lebih dahsyat lagi gemuruhnya. Itu kali pertama, dan jika gagal, kali terakhir dia berpeluang melakukan apa yang dia lakukan.

Si gadis yang entah Junaidah entah Zulaikha itu berdiri di tengah-tengah set, dengan dikelilingi lampu yang dari jauh kelihatan seperti payung khemah. Latar belakangnya pula lukisan awan-gemawan menakala lantainya pula basah bergenangkan air.

Si lelaki menarik nafas mengumpul keyakinan. Tangannya menggenggam erat kamera Canon EOS5D Mark II, lengkap dengan lensa dan flashnya. Si gadis pula menggigit bibir tanda mengumpul kesediaan. Sabar menunggu kode.

"Ok, kita boleh mulakan sekarang."

Jubah putih pun melorot dan bergumpal di lantai

p/s: gambar Fairuz tiada kena mengena dengan cerita..

Dee Bee Pee: Minggu 2

Assalamualaikum..

Isnin: Biase saje..

Selasa: Pagi tak masuk opis.. Pergi interview di Ampang. Lepas tengah hari baru balik.

Rabu: Biase saje.. Lepas pulang tonton Star Trek.

Khamis: Biase saje.. Mula meninggalkan Muz pulang sendirian.

Jumaat: Makan besar!

Sunday, May 10, 2009

Jumaat Tempoh Hari..


6.30 pagi - bangun, mandi, solat, sarap..

7.00 pagi - bergerak pantas ke Bandar Tun Razak..

7.30 pagi - terperangkap kesesakan lalulintas, cuba menjejaki kedudukan Muz..

7.45 pagi - Muz ditemui, ke HUKM..

8.00 pagi - sarap sebenar di kafe hospital mahal nak mampus..

8.30 pagi - ke pejabat Prof Doktor yang akan ditemuramah..

9.00 pagi - selepas kekeliruan temuramah pun bermula..

9.30 pagi - temuramah selesai..

10.00 pagi - singgah ke TIKL. Hanya di hadapan pagar untuk bergambar. Haruskah aku ke reunion Juni ini?

"Sesudah terputus ikatan, dan tertutup pintu harapan, mengapa harus berjumpa lagi? Sekadar melepaskan rindu tak bererti..
Tidak perlu kau bercerita tentang dirimu yang sudah berpunya. Kutahu kau bahagia bersamanya.."

10.30 pagi - tiba semula ke DBP. Kerja seperti biasa..

12 tgh hari - Muz mengatur temujanji kedua untuk petang..

1.15 ptg - solat Jumaat di tingkat enam bangunan lama..

3.00 ptg - bertolak dari DBP ke Klang..

4-5 ptg - sesat di Klang..

5 ptg - temuramah. terpaksa mengasah lidah aku berbahasa Engrish. Engrish tau Engrish?..

6.30 ptg - Muz lapar, nak makan KFC..

7.30 malam- hantar Muz ke LRT.

8.00 mlm- beli dan hisap cerut sebagai lambang kejayaan misi.

Dee Bee Pee: Minggu 1


Assalamualaikum..

Isnin - Lapor diri, isi borang, dengar taklimat, lapor diri ke bahagian majalah pulak, translate artikel..

Selasa - Tengok proses rekaan grafik di Dawama, ditugas ke Dewan Masyarakat, dapat assignment pertama..

Rabu - Lepak Pusat Dokumentasi Melayu mencari sumber (dan baca buku seks tulisan jawi, hahaha..)
Pastu layancerita X-Men Origin. Aku adalah Wolverine?

Khamis - Menjelajah jejaring, memeriksa laman sesawang yang berkenaan, turun lapangan buat kali pertama, ke KL Convention Centre untuk liputan Kemuncak Persidangan Halal Sedunia.

Jumaat - Pagi-pagi sudah ke HUKM untuk temuramah, lepas solat Jumaat terus ke Klang (dengan kesesatan) untuk temuramah kedua dengan doktor Ayurveda.

Sabtu/Ahad: Rileks..

Saturday, May 09, 2009

Hari Ibu Untuk Bonda..

Assalamualaikum..

Selamat Hari Ibu mak..

Aku bersyukur masih boleh tuturkan itu..

Pada masa yang sama aku amat simpati pada cik Wani. Aku tahu ucapan itu, jika diucapkannya sekalipun, adalah untuk orang asing yang mungkin boleh jadi ganti isteri ayahnya, tetapi sama sekali takkan jadi ganti ibunya.

Aku hanya boleh minta cik wani bersabar, dan berdoa banyak2, walau dalam hati aku tahu aku takkan sama sekali rasa apa yang dia rasa. Mungkin satu hari nanti, bila tempoh waktu perpisahan menimpa, tetapi bukan sekarang.

Tuhan, bantulah aku memenuhi janji tak tertunai itu..

Selamat Hari Ibu mak, juga simpatiku untuk cik wani..

Monday, May 04, 2009

Mari Berpraktikal..

Assalamualaikum..

Hari ini aku mula berpraktikal, salah satu perkara yang aku GAGAL perolehi selama 5 tahun di UTP, dan sesuatu yang aku masih amat cemburui hingga ke hari ini (satu lagi adalah graduasi dan dapat kerja...)

Mungkin di DBP ini aku hanya akan berpraktikal selama 8 minggu. Amat berbeza dengan di UTP di mana tempoh latihannya adalah 8 bulan. Macam masuk kerja betul-betul. Masih cemburu lagi.

Anyway, wish us luck, k!

Saturday, April 25, 2009

Aku Dan Lagu

Lagu yang didengar bila:

Bila teringat cik Wani:
Ungu: Cinta Dalam Hati

"Kuingin kautahu, diriku di sini, menanti dirimu,
meski kutunggu hingga hujung waktu,
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya.."

Bila merajuk dengan beliau pulak:
Ziana Zain: Anggapanmu

"Pemusnahku adalah kumbang, runtuh bilaku kelayuan,
impianmu hanyalah masa, untuk menikmati segala,
belum pasti dirimu bahgia.."

Bila liverpool ade game penting:
Gerry and The Pacemakers: You'll Never Walk Alone

"When you walk, through a storm, hold your head,
up high, and don't be afraid of the dark, at the end
of the storm, there's a golden sky, and the sweet
silve song, of a lark"

Bila perlukan inspirasi:
Paul Oakenfold: Ready, Steady, Go!

"Strictly the mother f-
Ready steady go!"

Bila rasa nak curang:
Ahmad Band: Aku Cinta Kau dan Dia

"Memang salahku yang tak pernah bisa
Meninggalkan dirinya untuk bersama kamu
Walau untuk trus bersama
kan ada hati yang kan terluka
Masihkah ada sayang itu"

Bila teringat nostalgia lama:
Bay City Rollers: Bye Bye Baby

"Bye bye baby baby goodbye
(bye bye baby, baby bye bye)
Bye bye baby don't make me cry
(bye bye baby, baby bye bye)"

Bila terkenang kawan-kawan yang dah kahwin:
The Unwanted: Masih Ada Rindu

"Tidak perlu kau bercerita,
tentang dirimu yang sudah berpunya,
kutahu kau bahgia bersamanya.."

Bila marah dan rasa nak bertumbuk:
Chris Cornell: You Know My Name

"I've seen angels fall from blinding heights
But you yourself are nothing so divine
Just next in line "

Bila tengah rancak bekerja:
Rob Zombie: Dragula (Hot Rod Herman remix)

"Dig through the ditches and
Burn through the witches
An' slam in the back of my
Dragula"

Bila nampak Fairuz dan teringat zaman hip hop beliau:
Jay-Z: Hard Knock Life (Ghetto Anthem)

"It's the hard knock life for us
It's the hard knock life for us
Instead of treated we get tricked
Instead of kisses we get kicked"

Bila nampak Muz plak?:
M.Nasir: Apa sajalah lagu orang tua tu..

Friday, April 24, 2009

Ada Lagi Fairuz!

AHMAD MUZZAMMIL
Muhd Amil Zamzam

AHMAD SYAZWAN
Zaman Syahwad(t)

MOHD FAIRUZ ISMAIL
Zirafah Is Milo Mud

MUHAMMAD SHAHRAZIF
Mm, Shah Zirafah Muda

AINI MOHD NOH
Mohoni Indah

HASNIDARWINA
Is Radiah A Win?

Baca ni Fairuz!

Ri H. Mahawangsa H. Muslimin

Muhsin Ramli Hashim Awang

Harum Mislin

Muhsin Ramli

Dapat??

Wednesday, April 22, 2009

PBSM Berpuaka..


Akhirnya!

Bagai ingin menjerit gembira dan berlari mengelilingi perkarangan Puncak Perdana, bala bernama Persatuan Bulan Sabit Merah ini sudah berakhir. Lima semester sumpahannya mengekori dan merasuk kehidupan mahasiswa aku.

Ia mengganggu tidur, merenjat pemanduan, mengsirna fokus, menggagap karaoke dan banyak lagi bahana yang dimunculkan, secara langsung atau tidak.

Akhirnya!

Sesudah tamat ujian bertulis aku sudah boleh dianggap merdeka dan segala jin dan hantu yang mengiringi subjek ini bolehlah aku persilakan berambus keluar dari hidup aku.

Bagai serba teruja ingin sahaja aku terbang terus pulang ke rumah jika tidak hanya kerana kereta aku kehabisan minyak di tengah jalan dan perlu diisi.

Akhirnya!

Beberapa hari kemudian baju seragam lengan panjang berwarna putih bercorak bulan merah itu aku gumpalkan di tangan dan sepantas jeritan frasa 'Aku Hensem!' ia disumbat ke dalam beg plastik putih yang selalu didapati di kedai kasut.

Seperti badi PBSM aku, baju ini juga akan aku pastikan pergi buat selamanya.

Akhirnya!

Dengan pemetik api di tangan aku perhatikan sesadis mungkin bagaimana plastik putih dan isi di dalamnya aku nyalakan dan perlahan-lahan ia terbakar. Burn baby, burn!

Plastik dan baju putih berlubang di belakang itu pula tidak segan-segan kemudiannya bereaksi dengan haba menghasilkan remah-remah hitam berunsurkan karbon yang dipanggil abu. Aku tersenyum puas.

Akhirnya!

Tiba-tiba telefon berbunyi. Aku angkat dan kata hello? Sapa ni?

Suara: Kau tak pergi ujian praktikal ke? Stat lagi 5 minit! 40 markah tau! Kalau tak amik nanti fail. Kena pakai pakaian lengkap, kalau tak, tak boleh ambik. Cepat la datang!

Talian yang dimatikan menandakan tamatnya talian hayat aku. Kerentungan baju di atas tanah kupandang penuh dendam. PBSM berpuaka!

P/S: Ini sebenarnya sebuah cerita pendek. Hahaha.

Monday, April 20, 2009

30 Pilihan Sukar..

1. Torres atau Gerrard?

Gerrard. Since 1998.

2. AH atau Grisham?

Grisham. Lepas Maryamah Karpov aku tak yakin ada lagi.

3. P.Ramlee atau Sudirman?

Sudirman. Sentimental.

4. P.Ramlee atau Chow Sing Chi?

Arrggghhhh.... (lepas 10 minit) P. Ramlee

5. Maradona atau Zidane?

Zidane. True Galacticos.

6. Hattan atau Anuar Zain?

Anuar Zain. Sentimental jugak.

7. Jamal atau Saleem?

Saleem. sda

8. Keeley atau Adriana Lima?

Keeley.

9. Syuhada atau Agnes?

Syuhada.

10. Search atau Wings?

Wings.

11. UK's atau Slam?

UK's.

12. Siti atau Wardina? (dua dua belum kahwin)

Siti. Tapi dua dua dah pakai tudung. Alhamdulillah.

13. Dota atau FM?

Dota. MMmonsster kill!!

14. Macguyver atau Quantum Leap?

Macguyver. Bijak. QL suka lompat2.

15. Gaban atau Suria Baja Hitam?

Gaban. Cita-cita waktu kecik nak jadi polis. Polis Angkasa Gaban.

16. Jepun atau Jerman?

Jepun. Lama nak pergi.

17. One Piece atau Naruto?

Naruto. Aku = Kakashi?

18. Penjejak Neraka atau Sang Harimau Kumbang?

Sang Harimau Kumbang. Waktu dia mati aku berkabung sebulan. Penjejak Neraka seminggu je.

19. Yasmin atau Mamat Khalid?

Yasmin untuk Rabun. Mamat belum lagi. U-wei faveret.

20. AV?

Azumi.

21. Alien atau Predator?

Species. Hahaha. Ok serius. Predator.

22. Jason atau Freddie.

Kalau kena bunuh baik la dengan Jason tak la seksa. Kalau tontonan plak Freddie.

23. CSI...

Vegas, Miami, NY.

24. Doraemon atau Shin Chan?

Shin Chan. Layan indon punye, klako gile.

25. Merc atau BMW?

BMW.

26. Green Day atau Oasis?

Green Day.

27. Bawang?

Meraaaaahhh.. Hot pakkk!!

28. Laskar Pelangi atau Jibam?

Laskar. Tapi Jibam aku dah baca lebih 10 kali.

29. Fairuz atau Shah?

Shah. Errorless dan tak mengaku tuhan.

30. Muz atau Shaz?

Muz la. Ingat Shaz dah ade makwe nak layan aku ke? Tapi dia tolong aku banyak ari tu. Terima kasih..

Wednesday, April 15, 2009

Pagi Yang Gelap..

15 April.

Aku bangun kesiangan selepas Liverpool ditendang keluar Chelsea semalam.

"Nah, ada surat". Hulur bapak aku. Aku panggil bapak sebab ada darah Jawa. Makan tempe. Tak reti cakap Jawa. Mungkin sebab darah Demak lain dari Jawa sebenarnya.

Aku lihat sampul yang isinya nipis-nipis. Muhsin Ramly. Y mengganti I untuk efek eksklusif. Atau gurauan tersasar?

'Satu lagi kenduri kahwin,' getus hati aku. Aku berfikir pakai mulut.

THIS IS AN INVITATION.

Sebuah Kisah Klasik Untuk Masa Depan.

Reunion TIKL.

Dah 10 tahun rupanya kawan-kawan..

Friday, April 10, 2009

Apa yang saya pelajari semester ini?


Penulisan Kritis: Che Ah mak angkat paling tegas, Nek Minton nenek angkat paling popular, Pakcik Shawal ayah angkat paling aktif, Radhiah adik angkat paling cun, banyak sangat la, korang rujuk sendiri la catatan lepas2.

Script Editing: Ini baru beer..

Wacana Penulisan: Owh subjek ni ada exam rupanya..

ETR: Ternak lembu rupanya senang je.. Cuba kita ternak kangaru pulak..

Latihan Praktikal: Aku ngan Muz suka pegi tempat ada banyak buku..

Naskhah Klasik: Shah adalah seekor buaya yang bagus.. Kelaka kelaka.. Fairuz masih tak pandai berlakon lagi..

Kritikan Teater: Buat kerja last minute pun boleh.. Markah banyak jugak..

PBSM III: Kemas katil rupanya adalah kerja yang amat susah..

Subjek lain: Karaoke 101: Demi cinta yang menyala, kurela menggenggam bara api demi kasih yang mengharum.. bla bla bla..

Thursday, April 09, 2009

Bila Kehabisan Nafas, Kita Menerjah Makin Keras!!!


Assalamualaikum..

Sebagai pelajar, guru sering mengingatkan bahawa dua musuh utama dalam pengkuliahan adalah bertangguh-tangguh dan bersambil lewa. Dari awal semester setiap tugasan yang diberi akan disertakan dengan ingatan: mula awal!

Namun percaya atau tidak, melakukan kerja pada minit-minit terakhir sebenarnya memberikan renjatannya yang tersendiri. Tahukah kalian, mentol akan bercahaya lebih terang sejurus sebelum ia terbakar. Begitu juga apabila manusia memaksa dirinya mengejar deadline. Tubuh akan disuntik adrenalin, tenaga mula dipacu cortisol, dan minda mula dihambat amygdala. Kesemuanya menyediakan diri agar lebih peka, lebih cerdas, dan lebih bertenaga.

Menyiapkan kerja berdikit-dikit mengikut pelan yang sedia diatur berminggu-minggu lebih awal memang baik, tetapi masa yang sama minda tenang yang ikut bekerja kadang-kadang kurang di'rentap' oleh kejutan-kejutan minda yang mengejar masa. Analogi terbaik adalah mereka yang berlari ke sekolah selama 15 minit akan lebih cergas dari mereka yang berjalan selama 45 minit.

Dengan kata lain, apabila minda tertekan, kadang-kadang kita akan lebih memaksa diri (atau terpaksa) membuat sergahan-sergahan baru yang lebih segar, berani dan all-out. Sebab itu Jerman dan Jepun yang kalah teruk perang lebih maju dari negara yang minta orang lain berperang untuk mereka, seperti negara kita.

Kenapa tiba-tiba aku cakap begini? Dalam dua minggu kebelakangan ni, dalam mengejar masa menyiapkan tugasan dan membentang kajian, nyata kerja masa kecederaan aku lebih cemerlang (dan dapat markah lebih) berbanding insan lain yang hantar folio progress tiap-tiap minggu. Haha..

Friday, April 03, 2009

Ferrari Bengkok

Assalamualaikum..

Tak berapa minggu yang lepas aku beli kereta ni lepas isi minyak (kantoi pakai Shell, padahal budak scholar Pet). Pastu konfiden je tinggal dalam kereta, dalam kotak lagi, sebab nak tayang.

Lupa Malaysia ni panas, bengkok cam Shah dah kereta aku ni. Boleh mintak refund ke?


Agaknya ni petanda Ferrari sengal lagi tahun ni.

P/S: lupa korang tak layan F1.

Monday, March 23, 2009

Terbanglah Bidadari, Selamat Hari Jadi..

Assalamualaikum..

Seperti dua bulan dulu, regu jiwaku terbang pergi meninggalkan aku sekali lagi..

Kali ini sehari sebelum sempat kuucap selamat hari jadi..

Mungkin dari nawaitu kan terjengah desah rindu?

Tiba-tiba terasa nak nyanyi lagu 'Mungkin' Anuar Zain. Sapa nak ikut?

Saturday, March 21, 2009

Liverpool vs Chelsea : The Red & Blue Fetish


Assalamualaikum..

I knew it, I swear.

Right before I read about the draw, my blo*dy footballing mind has already embraced yet another red/blue encounter. If not in the quarter, then it will be in the semi final.

And again, i'm right!

Meeting Chelsea is like meeting the mamak roti who is passing by in front of your house. It's inevitable. It's an annual pilgrimage. Like income tax.

It's becoming a bore. Let's get on with it.

Wednesday, March 18, 2009

Janji Itu Indah Bila Ia Ditunaikan..

Assalamualaikum..

Selepas kegagalan misi Laskar Pelangi Riri Riza, aku tercari-cari apa pula skene romantis yang mampu aku hadirkan buat melestari istimewanya kepulangan cik wani ke tanah bertuah semenanjung ini.

Jika janji mengahwini cik wani sudah dibuat bertahun dahulu, janji membawanya berjalan-jalan di tepi pantai adalah janji yang lebih tua lagi. Ia janji bila aku dan cik wani masih belum putus, sudah putus, dah sudah tidak putus semula. Ia janji yang diikat ketika kebanyakan kamu mungkin masih belum kenal apa itu slip result SPM.

Sebenarnya janji membawa anak dara orang ke tepi pantai melihat matahari terbenam berdua-duaan agak berat untuk aku tunaikan. Mungkin aku bukan orang baik-baik, tetapi kata kerja berdua-duaan di tepi pantai agak segan aku kerjakan, mungkin kerana adjektif ber'dua-duaan' itu.

Namun aku dah tak sanggup lagi mengecewakan hati yang selalu aku kecewakan itu. Semalam ketika cuaca cerah dan langit masih belum mahu muntah aku ajak juga cik wani ke tepi pantai. Dan kawan, bahagianya menjadi lelaki apabila janji yang kau tunaikan membahagiakan insan yang amat kau sayangi.

Haha, aku memang ROMANTIS..

Sunday, March 15, 2009

Iblis Makan Taikk!!!!!

Iblis Merah 1 - 4 Liverpool..

Saturday, March 14, 2009

Pak Ngah Lah Balik..

Regu jiwa aku dah pulang..

Wednesday, March 11, 2009

26 Tu Dah Tak Lama Dah

Assalamualaikum..

Selamat Hari Lahir Aku.

Ucapan selamat hari lahir biasa diucap, tetapi jarang benar kita mengingatkan diri sendiri "usia kau main sampai ke

penghujungnya.."

Manusia adalah makhluk yang begitu. Rata-ratanya optimis dan yakin tetamu yang bernama ajal itu hanya akan datang bila kita

mahu ia datang. Bukan esok, bukan sebelum kita kahwin, atau sewaktu kita sedang menggosok gigi. Ia hanya akan datang bila

kita sedia, sudah tercapai cita-cita, dan yang pasti, ramai yang yakin tidak akan datang langsung.

Jadi untuk diri yang mencecah usia 26 tahun hari ini, aku ucapkan..

"Hai diri Muhsin bin Paridah Anun, hari ini genaplah 26 tahun kau mendekati mati.. bersedialah kerana bila-bila masa dari

sekarang, kau akan dijemput oleh ajalmu.."

Wassalam..

Wednesday, March 04, 2009

Dari Puncak Alam ke Alam Muzik


Assalamualaikum..

Ratusan atau ribuan penonton Alam Muzik, jika ke sana bukan atas dasar jemputan, tentu sekali ke Panggung Sari Istana Budaya pada malam-malam 27, 28 dan 1 hb kerana menghargai/ mengagumi/ menyanjungi karya sifu M.Nasir itu.

Tetapi aku, disela-sela hujan malam 1 Mac, ke sana untuk berrekonsilasi (reconcilation).

Pemergian aku ke konsert 'orang tua' tersebut bagai kepulangan seorang anak yang sekian lama membawa diri, merajuk kerana ayahnya kahwin lagi dengan dara pujaan. (Tak, kak Marlia Musa bukan pujaan aku, ini analogi tau analogi?)

Mungkin kerana dia memilih untuk menjadi Hang Tuah dalam cerita tak laku ter'mahal', atau kerana menyandang jawatan Pengetua AF, hati ini tiba-tiba terasa tawar dengan apa sahaja yang diperjuangkannya. Mana lantangnya suara berani beliau dahulu, 'Persembahan mereka ketinggalan zaman' -juara lagu 94- dan ayat provokatif seperti ''siapa mahathir"? Apa sudah jadi dengan kembara seniman jalanan?

Aliran populis yang tiba-tiba diambil, selepas Phoenix Bangkit yang sebenarnya satu mahakarya menjadi anutanku, tiba-tiba terasa begitu menggigit hati. Terasa dikhianati. Seperti Darius yang meninggalkan Grayson. Bagai Itachi menganiayai Sasuke. Macam ditipu oleh pensyarah.

Tapi malam 1 Mac bukan malam prinsip. Ia malam meraikan alam muzik, dan aku beranikan diri ke sana biar aku tahu ia akan menghantui aku kemudiannya. Sama ada aku benar atau tidak biarlah masa menentukan..

Tak, aku tak mahu bercakap tentang suasana happening, senarai lagu, artis yang datang dan lain-lain. Hal-hal kulit biarlah orang lain yang sentuh. Cukuplah aku sentuh soal hati.

Bubye.

Saturday, February 28, 2009

Sesudah Satu Purnama..

Assalamualaikum..

Hari ni genap sebulan meninggalkan Melaka..

Apa agaknya khabar pepohon rumbia di sana?

Sudah menguningkah sawah padinya?

Hujan masih belum mahu turun lagi?

Abang Rosmaini masih mahu jadi badang kampung?

Labu, Kumbang, Kuning dan Putih sudah makan?

Gigi Faizal dah tumbuh ke belum?

Siapa temankan Nek Minton semalam?

Radhiah dah lulus ujian memandu?

Siapa anak angkat baru Che Ah?

Pakcik Shawal sudah habis menebas lalang belakang rumah?

Fatin masih suka menyakat adik sepupu?

Peminat Mira janda aku tu dah kena buang sekolah ke belum?

Bila Fairuz ngan W** nak duduk sebelah2 dalam bas lagi?

p/s: Sapa ada gambar Fairuz main paintball tu bagi la kat aku..

Thursday, February 26, 2009

Manusia Punya Asa, Tuhan Punya Kuasa..

Assalamualaikum..

Dengar dulu..

Sebelum cik Wani terbang ke Sarawak, dia amanahkan (pinjamkan la kiranya) tiga buah buku pada aku. Dia buat aku jatuh cinta pada buku-bukunya.

Cik Wani khabarkan dia akan pulang bercuti ke semenanjung 13 hb hadapan. Tarikh itu sipi sikit ke hadapan dari tarikh lahir aku, dan sipi sikit ke belakang dari tarikh lahir dia.

Dia pesan pada aku mahu hadiah hari lahir yang istimewa, meski tak perlu mahal2.

Tak berapa hari selepas aku khatam baca novel Laskar Pelangi, aku ketahuan filemnya pun sudah diterbitkan. Pengarahnya Riri Riza.

Tak berapa minggu kemudian Muz beritahu aku Riri Riza akan datang ke Malaysia dan ada filem-filem dia yang akan ditayangkan. Acaranya di Finas pada 14 ,15 Mac.

Bagai dapat menghubungkan semuanya dalam kepala, aku rancang nak ajak cik Wani menonton Laskar Pelangi sebagai hadiah hari jadi beliau. Romantik tak? Ya, aku memang romantik.

Tiba-tiba malam semalam aku dapat tahu filem Laskar Pelangi tak termasuk dalam himpunan filem-filem yang akan ditayangkan tu. Kecewa sungguh.

Memandangkan cik Wani tak minat sangat Riri Riza (entah kenal ke tidak aku pun tak tau) maka aku hanya akan bawa dia nonton kalau filem tu ada sekali.

Doakanlah ya, filem tu ada ditunjuk sekali. Agar mimpi sambutan hari lahir romantis aku akan jadi kenyataan.

Tuesday, February 24, 2009

Dalam 4 Hari Dunia Berubah..

23 Feb - Bapak aku pencen!

22 Feb - Besday adik aku Aliah!

21 Feb - Besday adik aku Angah!

20 Feb - Besday nenek aku!

Friday, February 20, 2009

Imej Baru Fairuz..

Assalamualaikum..

Asyik cakap pasal Muz je, apa kata kita cakap pasal Fairuz plak..

Dia ada imej baru..

Tapi tetap takleh lepas Pak Baim..

Adakah potongan rambutnya berteraskan masalah disiplin semata-mata?

Atau kerana ada yang meminta rambutnya digayakan demikian rupa?

Makwe baru = imej baru?

P/S: Sapa ada gambar terbaru die? Boleh pos kat sini!!

Thursday, February 19, 2009

Selepas 5 sem..

Assalamualaikum..

Aku jarang tengok Muz dibenci sesiapa. Malah selama lima sem dia lebih kerap dibacking berbanding dengan kerajaan Pakatan Rakyat. Entah kenapa antara semua budak lelaki dalam kelas aku, beliau dianggap sebagai objek suci macam Dalai Lama. Bahkan Ojoj yang tidak mencintai dia pun masih nak berkawan dgn die. Kawan je la.

Namun berbeza halnya sekarang. Antara pembacking beliau paling kuat, iaitu kekasih gelapya, telah berpatah arang berkerat rotan bukan sahaja dengan dia, malah dengan semua kawan-kawan dia. Aku rasa ini semua ada kaitan dengan ura-ura yang Muz akan naik pelamin tak lama lagi. Kalau tak naik pelamin pun tunggu atas altar kedatangan Nyi Burga pakai gaun putih.

Haha. Best tak aku bergosip macam perempuan?!

Oo...

Dalam karaoke jamban minggu lepas..

Cik N: Kryptonite tu apa?

Aku: Benda kelemahan Superman.

Cik N: ??

Cik Z dan Muz: Yang kaler hijau tu.

Aku: Oo, rupanya ada cara penerangan yang lebih senang.. Patut tak semua orang boleh jadi cikgu/penulis/tok kadi..

Wednesday, February 11, 2009

Enaknya Menjadi Penulis

Assalamualaikum..

Tidak berapa semes yang lepas, pensyarah kesayangan Shah iaitu abang K pernah mengutarakan satu pernyataan yang agak sinis dan menghina:

"Penulisan kesusasteraan (dipanggilnya penulisan berbunga), tidak boleh divisualkan oleh khalayak."

Maksudnya begini. Penulis biasanya adalah makhluk syok sendiri yang menulis perkara yang tidak dapat difahami/dibayangkan oleh orang lain.

Ayat contoh kegemaran beliau adalah tidak lain tidak bukan "habuk-habuk cinta meresap ke dalam liang-liang roma.".

Diulangsuara ayat ini berkali-kali, memperlekehkan kedangkalan penulisnya (barangkali beliau sendiri) yang gagal menterjemahkan ayat tersebut ke satu bentuk yang lebih visual. Namun secara halusnya, kamilah, baik penulis, pelajar penulisan mahupun pensyarah penulisan, yang menjadi mangsa sinikalnya itu.

Beliau gah mendabik dada betapa golongannya (tak silap aku dia pelukis je) mampu menyampaikan segala sesuatu dengan bentuk yang visual, 'gambar terkadung seribu kata' beritahunya, lengkap dengan dimensi, bentuk, warna dan tentu sekali tanpa basa-basi.

Sesudah satu semes lebih berlalu, aku dan beberapa rakan lain terkadang tetap juga mengulangsuara ayat 'habuk-habuk' cinta tersebut; tidak lebih dari sekadar gurauan yang diulang-ulang, tanpa sedar meremehkan kaliber diri sendiri sebagai penulis.

Namun kini, sesudah membaca beberapa karya dan meneliti beberapa kejadian alam (jujurnya entri ini terilham usai membaca beberapa perenggan pertama Bab 17 'Ada Cinta Di Kedai Buruk Itu', dalam novel Laskar Pelangi karya Andrea Hirata, selain selesai pulang merenung bintang di tapak perkhemahan di Kampung Parit Penghulu Benteng, Melaka), aku bagai diwahyukan alam dengan jawapan terhadap soalan sinis abang K tidak lama dahulu.

Aku gembira menjadi penulis. Menulis adalah perkara yang enak dan membakar. Dengannya aku tenang dan teruja pada masa yang sama. Aku faham sekarang kenapa seorang sahabat aku tidak riuh kampung dengan cerita Biawaknya, kerana hasil di televisyen itu bukan karya penulisannya. Itu karya visual orang lain. Aku yakin dia lebih gemar menganggap sajak Bujal sebagai magnum opus dan bukan tele 'Koleksi Terbaik RTM' itu. Kau buat aku faham sahabat, terima kasih.

Menulis membolehkan penulisnya melapik kata dengan analogi, menjalin cerita dengan metafora dan menyulam watak dengan semangat peribadi, ideologi dan falsafah yang akan terlalu jenuh jika cuba ditampilkan secara visual. Untuk menceritakan garangnya seorang guru boleh dianalogi dengan tulisan "Bu Mus bagaikan sinar matahari yang memberi kami hidup, tetapi boleh juga tiba-tiba memanggang hangus". Cinta boleh didendang keindahannya, tanpa meletakkan seorang lelaki dan seorang perempuan berdua-duaan merenung bulang di pinggir bukit; sekadar memberitahu "Hari ini daku lebih bercahaya kerana senyummu". Hati gusar serba kacau tak memerlukan Sofi Jikan merenung lama foto-foto orang lain di dinding studio orang yang lain pula. Cukup menulis "...dia terbakar resah".

Jika dalam bentuk visual, kisah cinta aku dan Cik Wani akan tercantas ke dalam ruang waktu 90 ke 120 minit. Seni visual terlalu gopoh untuk menunggu 13 tahun menyulam indahnya cerita cinta kami. Sebaliknya penulisan boleh sahaja dilembarkan, sehelai demi sehelai, hari demi hari. Tak percaya mintalah pada cik Wani diari simpanan beliau. Aku sendiri segan apabila sajak 10 tahun dahulu masih segar dalam simpanannya.

Memang visual lebih tampak dan berkesan, lebih hidup dan bergerak, serta lebih menguntungkan pelabur. Akan tetapi malangnya ia akan jadi karya kongsi si pengarah, pelakon, penulis, pelukis papan cerita, penjaga konti, pengarah seni, tukang gunting rambut, pensterika baju dan lain-lain. Dengan menulis biar pun yang diceritakan adalah kisah benar 10 anak muda di Pulau Belitong, ia tetap hasil karya Andrea Hirata. Penyuntingnya siapa pun tidak kenal. Pengkaji, guru sekolah, pereka kulit buku dan lain-lain hanya sekadar disebut selintas dalam ucapan penghargaan muka hadapan, buat menyiapkan naskhah agung bergelar Laskar Pelangi itu.

Sesungguhnya penulisan selalunya seni yang lebih murah, mudah dan jujur. Ia tidak perlu manusia-manusia penipu, beraksi di hadapan skrin chromakey biru. Tak perlukan track dan lampu. Manusia tidak perlu jadi hantu dan ustaz palsu. Promosi hanya perlu pengarang buat upacara tandatangan buku. Dan akhirnya, bila laku, tetap juga dibuat filem (disebut seni visual) oleh golongan takde idea tu.

Hanya kertas dan pen, abang K. Dan sedikit pengalaman, kreativiti dan kejujuran. Itulah enaknya menjadi penulis.

Tuesday, February 10, 2009

Gembala Laskar Pemimpi

Assalamualaikum..

Satu malam tak berapa bulan yang lepas..

"Sudah,novel jiwang apa pulak ni." Itu getus hati aku bila cik Wani hulur satu beg kertas kaler merah yang ada tiga buah buku di dalamnya. Cik Wani kata itu buku-buku yang amat disayanginya, dan diserahkan pada aku untuk dijaga sepanjang dia ke Sarawak nanti.

Dua novelnya berjudul melayu, meski dengan bunyi indon. Mujurlah ada satu yang berbahasa inggeris, lega sedikit rasanya.

Begitulah hinanya aku memandang novel berbahasa ibunda, kerana tak berapa waktu sebelumnya aku tertipu menatap karya payau tentang seorang sunan kunun alim yang menentang segala jenis makhluk jahat; bagai kacukan antara wali songo dan antoo fighter. Tak disedari ia hanya karya roman yang melebih-lebihkan seorang lelaki khayalan dengan tema melankolik tanpa heroisme dalam erti kata sebenar. Ya, dan peminatnya ramai, seperti juga filem-filem melayu yang peminatnya ramai jikalau temanya caca-marba dan penuh rapu.

Tentu sahaja karya bahasa inggeris terlebih dahulu jadi pilihan aku. Tajuk bukunya The Alchemist karangan Paulo Coelho. Kisahnya mudah. Seorang gembala kambing, Santiago memburu 'Personal Legend' atau 'Hikayat Peribadi'nya; harta karun yang tertanam di tapak Piramid Giza. Hasil tilikan nasib seorang wanita gipsi dan nasihat (dibayar dengan 6 ekor kambing) seorang lelaki tua (memperkenalkan diri sebagai Raja dari Salem), dia merentasi Selat Gibraltar, ditipu sehingga menjadi papa kedana, berkerja di kedai kristal, mengembara bersama seorang alchemist dan menukar diri menjadi angin. Rintangan demi rintangan ditempuh Santiago sebelum akhirnya dia menyedari maksud sebenar perjalanannya itu membawanya kepada harta karun yang sebenar.

Buku yang sudah terjual lebih 65 juta naskhah di seluruh dunia ini sebenarnya lebih kepada sebuah buku motivasi, yang menggesa pembaca agar yakin dengan impian dan berusaha sedaya-upaya menggapainya. Antara kata azimat dalam buku ini adalah 'Jika anda inginkan sesuatu, seisi alam akan bekerjasama untuk membantu anda mencapainya'.

Usai membaca buku tersebut, dua novel berbahasa melayu tampak hambar meskipun aku belum pun mula membaca. Apatah lagi sebaik sahaja sedar ia hasil pengarang Indonesia. Sudahlah lagu indonesia lebih asyik, siri televisyennya lebih menarik, kini novelnya pula?

Aku mulakan dengan Sang Pemimpi, walaupun selepas satu mukasurat kemudian menyedari yang ia sambungan kepada Laskar Pelangi. Aku pun kembali dengan buku pertama, mengharapkan ia akan selesai segera semata-mata kerana ia amanah cik Wani. Nama penulisnya pun pelik, Andrea Hirata macam orang Jepun.

Dan dalam hidup ini, sekali lagi aku dibuktikan silap sebesar-besarnya. Sesudah selesai dua buah novel, Ikal, Lintang, Maher dan Arai tiba-tiba menjadi rakan baik aku. Bu Muslimah dan Cikgu Mustar adalah guru yang memberi semangat, dan Pulau Belitong, yang dari kekayaan melimpah-ruahnya tiba-tiba menjadi pulau pertanian, bagai dikenali sedari lahir. A Ling, Edensor dan University of Paris di Sorbonne bak utopia alam rindu yang ingin benar dijengah dan diteliti.

Bacalah kedua-dua buku ini. Kalian takkan menyesal. Bahkan menghargai bahawa pendidikan adalah bermula dengan mendidik jiwa, hanya selepas itu minda akan berkembang cerdas, melantunkan pucuk-pucuk harapan tinggi menjulang awan, dengan akarnya iman dan taqwa, manakala batangnya pula semangat yang cekal dan kental.

Dan oh ya, sebelum apa-apa, buku ini merupakan buku terlaris dalam sejarah kesusasteraan Indonesia, dan bandingkanlah novel ini dengan novel laris tentang sunan kunun wali itu. Aku malu mengaku menjadi penulis dari Malaysia!


Filemnya pun sudah keluar dan aku jamin ia adalah 100 kali lebih bermakna untuk ditonton berbanding filem arahan seorang profesor yang kerjanya tidak lain memperbodohkan khalayaknya.

Monday, February 09, 2009

Aku Saksi Serakah Yahudi (Cerita Tak Berapa Pendek)


Boom!!

Abu Hisyam terperanjat seketika. Ditolehkan kepalanya ke arah bunyi letupan dari arah timur itu. Jarak antara dia dan letupan itu agak jauh namun desing dan bingitnya cukup memeranjatkan sesiapa sahaja. Dari bekas ledakan itu asap naik bak cendawan. Hitam pekat dan di dalam cendawan itu pula seolah-olah nyawa mangsa-mangsanya turut dibawa naik menuju langit.

Seketika kemudian dilihatnya manusia mula berlari. Ada yang berlari keluar dari kepul-kepul asap dengan wajah hitam berjelaga. Ada yang berlari-lari pula ke arah kepul-kepul itu, sama ada untuk menghulurkan bantuan atau sekadar untuk bertanyakan, jika yang keluar itu tahu tentang nasib mereka yang takkan keluar-keluar lagi. Ada yang cuba berlari dengan darah membasahi muka dan tubuh, namun tumbang selepas beberapa langkah.

Setelah asap pekat mula mereda, baru Abu Hisyam sedar asap itu tidak naik begitu sahaja. Sebuah bangunan, entah sekolah entah hospital, pernah berdiri di situ beberapa detik tadi. Dentum kuat tadi telah meratakannya, dan kini tak siapa pun akan mengingati bangunan apa yang kini sudah tiada itu. Semua yang mengingatinya telah terkubur sekali di dalamnya.

Bunyi dentum dan hiruk-pikuk manusia tiba-tiba berganti bunyi bingit. Dari arah yang sama, dengan tiba-tiba, dari celah-celah bangunan atau selayaknya hanya puntung bangunan, debu-debu mula berterbangan. Bunyi bingit makin kuat dan tiba-tiba sebuah helikopter tempur muncul dan mula meninggi dari jangkauan. Setelah dipastikan pucuk-pucuk bangunan dilepasi, helikopter itu pun bergerak perlahan meninggalkan tempat kejadian, bergerak ke arah selatan dan semakin menjauh.

"Yahudi laknat!" Getus Abu Hisyam di dalam hati. Senapang yang tersangkut merentasi dadanya tiba-tiba dipegang erat. Cuma jarak helikopter yang sudah terlalu menjauh menghalang niatnya. Jika tidak, pasti dia pun akan turut sama tumbang seperti bangunan entah sekolah entah hospital itu tadi, dek kerana gagal mengawal emosi dan mengukur keupayaan diri.

Dari arah selatan, bunyi siren mula turut serta, bercampur gaul dengan bunyi hiruk-pikuk orang ramai itu. Dan hiruk-pikuk manusia itu pula bagaikan ensemble yang pelbagai nadanya. Ada nada tangis sedih, nada pekikan marah, nada lolongan kesakitan, nada rayuan meminta bantuan. Di telinga Abu Hisyam semuanya bercampur jadi satu. Memualkan, meloyakan, memeningkan. Sayangnya Abu Hisyam terusan tercegat di situ. Langkahnya bagai mati.

Cukup 10 minit terpacak dia kembali terdengar bunyi dari langit. Kali ini jauh berdesing bagai ada jentera di atas langit sana. Abu Hisyam mendongak hampir-hampir bertentang mata dengan matahari. Dikerinyitkan matanya dan diteduhkan dengan sebelah tangan. Anak matanya mencari-cari dari mana bunyi itu datang dan apa gerangankah ia.

Sah! Sebuah jet pejuang yang Abu Hisyam sendiri tidak tahu dari jenis apa bagai pari-pari yang terbang tinggi bermain-main di celah gemawan. Tak lain tak bukan pari-pari maut zionis terkutuk!

Manusia-manusia dari hiruk-pikuk sana mula sedar akan bala baru ini. Ada yang sudah goyah tekadnya langsung melarikan diri. Yang belum sedar akan bahaya yang mengintip masih sibuk menyelamatkan sesiapa yang mereka mampu, mengais-ngais tanah mencari mangsa tertimbus; bagai ayam mengais cacing, lupa helang mengintai di udara. Ada pula golongan yang lain, yang cuba-cuba memberikan amaran kepada yang lainnya, dengan reaksi yang menghasilkan dua golongan awal tadi.

Bunyi tembakan dan takbir laungan perjuangan serentak keluar dari celah-celah bangunan. Bagai menyalak bukit tembakan-tembakan mereka itu dihala ke langit sana. Mana tahu untung rezeki jatuh juga satu dua jet pejuang musuh.

Abu Hisyam terus terpaku. Matanya bagaimanapun bagai jongkang-jongket naik turun antara langit dan bumi. Di bawah dia cuba mencari dari mana pejuang-pejuang itu bersembunyi. Di atas dia cuba melihat-melihat jika tembakan tadi mendatangkan hasil. Dalam hatinya dua doa dipanjatkan serentak. Pertamanya agar tembakan-tembakan itu mengenai sasarannya. Yang kedua jika tidak berjaya pun sekurang-kurangnya jet-jet itu tidak mengebom sasaran di darat. Atau lebih tepat lagi tidak mensasarkan dirinya.

Voom!!

Bunyi bingit jet-jet pejuang bagai melintasi kepalanya. Jet-jet milik umat rasul-rasul terdahulu itu hanya melalui kawasan itu, sebelum tiba-tiba kelihatan sudah jauh meninggalkan Abu Hisyam di daratan. Sekali lagi suara siren ambulans dan hiruk-pikuk manusia jelas di telinganya, bagai bunyi bising sekeliling yang baru disedari selepas selesai bermain permainan Java dalam telefon bimbit.

"Abu Hisyam! Gantikan aku sekejap!" Tiba-tiba rakannya yang berpangkat lebih tinggi bersuara. Abu Hisyam segera berdiri tegak dan tabik hormat. Selepas rakannya beredar dia segera masuk ke dalam pondok itu. Dengan menyeka peluh di wajah dia duduk di atas kerusi dan menghidupkan televisyen kecil di atas meja. Seperti biasa, berita ditayangkan dari stesen berbahasa Arab.

"Serangan terbaru Israel di timur Barat Gaza ke atas sebuah hospial lima belas minit yang lepas membunuh sekurang-kurangnya 20 orang, manakala berpuluh yang lain masih hilang. Kebanyakan mangsa adalah orang awam yang terdiri dari kanak-kanak dan wanita. Jurucakap Israel menafikan bahawa mereka mensasarkan orang awam, sebaliknya menyalahkan pergerakan Hamas yang menggunakan bangunan awam sebagai tempat persembunyian."


Abu Hisyam mendengus marah. Kakinya diangkat ke atas meja dan sebatang rokok dinyalakan. Seperti jutaan umat Islam dan orang Arab Mesir lain, dia juga benci akan kekejaman Israel. Dan seperti jutaan rakyat Mesir dan berbilion muslim lain di dunia ini, dia juga tidak berbuat apa-apa selain membenci.

FIN

Saturday, January 31, 2009

Epilog : Rutin Kembali Menjenguk

Assalamualaikum..

28-31/01/09

Aku tidak lagi bangun sebelum pukul 7 pagi. Biasanya setelah matahari jauh tidak tercapai di titik tengah langit baru aku akan menjelma dari alam mimpi. Kemudian aku akan mengurung diri berjam-jam di dalam bilik sama ada untuk berhibur, membaca atau menulis.

Tiada lagi eskpedisi merentasi negeri Melaka-Johor melintasi jambatan, atau singgah di rumah kawan-kawan hanya sebab adik angkat mereka cumil. Motorsikal bukan lagi kenderaan utama dan kucing bukan lagi kawan aku.

Rutin, seperti kata sesetengah orang, adalah candu yang paling merbahaya.

Cuma yang menyedarkan, diri ini rupanya, apabila dibanding dengan orang-orang kampung sana, begitu tidak efisien apatah lagi signifikan. Bawak motor pun tak reti. Pendapatan seorang pesawah hanya kurang sedikit dari mak ayah aku, dan rupanya di kampung Melaka sana ada sawah padi dan kilang batik.

FIN

Entri 6 : Sayonara Labu!

Assalamualaikum..

28/01/09

Hari terakhir terasa terlalu singkat. Selepas selesai melakukan lap of honour mengelilingi kampung ini buat kali terakhir (sempat menebas rumput, memasang khemah dan makan barang dua tiga pusingan), upacara perpisahan berlaku pantas.

Sayangnya sewaktu hati mula berkocak sedih menanggapi perpisahan, kenapa si YB tiba-tiba mengkocak suasana dengan ucapan politik-yang ternyata menghambat-membuat kami terasa ingin pulang lebih awal?

Selepas semua bersalaman ucapan perpisahan dengan Nek Minton, 10 minit diperlukan untuk ketawa berderai semula di atas bas. Manusia adalah manusia. Perpisahan adalah biasa.

p/s: Kau nak tipu sapa Fairuz atas bas tu?

Friday, January 30, 2009

Entri 5 : Hai Faizal Shamsudin, Selamat Tinggal!

Assalamualaikum..

27/01/09

Dari sebelum datang ke Melaka ini lagi, hati aku amat kurang tenang. Dari awal aku meneka-neka apa perasaannya, yang membuatkan aku tidak boleh tidur sama sekali, malam sebelum berangkat.

Adakah takut keluarga angkat tidak akan menerima keadaan fizikal menggelembung ini? Mungkinkah juga keluarga angkat nanti rupanya serba daif dengan air dicedok dari perigi dan malam diterangi pelita ayam? Bimbang juga kalau ibu bapa angkat akan setegas dan segarang Che Ah! Kalau perlu mandi di luar terpaksa pula berjingkit-jingkit tiap pagi membawa alatan mandi.

Akhirnya aku temui jawapannya, lepas Faizal selesai pusingan kedua permainan 'mesin basuh'.

Sebenarnya, yang menggusarkan fikiran, menyayat hati dan mengairkan mata, semua itu, berpunca dari benda yang pasti ini, selepas enam hari itu, yang dipanggil PERPISAHAN..