Tuesday, November 16, 2010

3 Hari Lewat, Sehari Lebih Dekat..

Assalamualaikum semua.

Aku dah terlalu lama tak menulis. Malah bagai dapat dilihat serpihan-serpihan karat jatuh bertaburan dari jari jemari aku setiap kali huruf-huruf di kekunci ini kukatuk.

Esok insya Allah kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha. Meski mungkin satu lagi Hari Raya biasa dalam kalendar kalian, bagi aku ia pula adalah petanda ada pengorbanan besar yang akan dituntut dari aku dan isteri.

Ramai sudah mengetahui aku dan isteri sedang menghitung hari menantikan hari besar turunnya sekaligus rahmat, ujian dan amanah dari ilahi ke pangkuan kami, itulah yang digelar zuriat..

Doakan kami dan insya allah doa aku juga sentiasa bersama kalian.

Wassalam..

Monday, June 14, 2010

Mari Berhijrah

Assalamualaikum..

Pukul 4 petang nanti, aku akan memulakan penghijrahan ke Bumi Kenyalang bersama isteri tersayang..

Doakan aku..

Sunday, May 16, 2010

Tentang Dia

Hari ini pula hari guru. Untuk guru yang paling penting dalam hidup aku, Puan Nurzawani Muhamad, Selamat Hari Guru Sayang..

p/s: saja aku buat entri lain biar banyak sket post aku...

Tentang Bulan

Assalamualaikum..

Genap 14 haribulan lepas, genap 3 bulan aku berumah tangga. Doktor pun kata isteri aku sudah 3 bulan mengandung. (Hanya tambah air panas..) Doakan kebahagiaan kami dan kesihatan serta keselamatan cahaya mata yang insya allah akan tiba..

p/s: 13 mei adalah hari berdarah negara, juga ulangtahun ke 9 aku masuk UTP (keluar pulak bila ntah).

Sunday, May 02, 2010

You'll Never Walk Alone..

Assalamualaikum..

Liverpool secara rasminya terkeluar dari saingan merebut tempat terakhir ke Liga Juara-Juara. Bagaimanapun, seperti biasa, aku akan tetap menyokong team baju merah ini walau SESENGAL mana sekalipun mereka.

Season depan dah boleh bei jersi LFC, sponsor Carslberg dah tukar..

p/s: layan world cup plak jom..

Wednesday, April 14, 2010

Tak Lama Lagi..

Assalamualaikum..

Genap 2 bulan berumah tangga.

Insya allah akhir tahun ni aku akan jadi ayah..

Friday, March 12, 2010

Pukul 27 Petang..

Assalamualaikum..

Semalam genap usia aku 27 tahun.. Sejujurnya usia yang sudah mula memiliki segala-galanya (meski dalam bentuk entry-level). Kerjaya, keluarga, harta menda sket2..

Tak dapat segala-galanya, tapi dalam usaha ke arah itu.

Masih jauhkah pengembaraan ini?

Hanya soalan munkar nakir yang akan menentukan..

Monday, February 22, 2010

Akhirnya, Aku Tamat Dengan AD..

Nama: MUHSIN BIN RAMLI Program: CT112 - DIPLOMA TEKNOLOGI KREATIF (PENULISAN SENI LAYAR)
No KP: 830311146115 Fakulti: FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF DAN ARTISTIK
No Pelajar: 2006119669 Sesi Masuk: DECEMBER 2006
Tkh/Tempat Lahir: 11-3-1983 / Tahap: DIPLOMA ( SEPENUH MASA )
Jantina: LELAKI Keputusan: TAMAT
Warganegara: MALAYSIA Sesi Akhir: OCTOBER 2009
Alamat: NO.16, JLN SS7/18 KELANA JAYA CGPA Akhir: 3.59
47301 , PETALING JAYA
SELANGOR

000 - PINDAH KREDIT : Bahagian: 0
Kod Kursus Jam Kredit Mata Gred Gred Status
HKB228 SENI SILAT GAYONG MALAYSIA II 1.0 PC
GPA: 0 CGPA: 0
Jam Di Perolehi: 0 ( 0 )



20072 - SEMESTER 2 2006/2007 Bahagian: 1
Kod Kursus Jam Kredit Mata Gred Gred Status
BEL100 BAHASA INGGERIS PERSEDIAAN 3.0 4.00 A LU
CTU101 PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM 2.0 4.00 A LU
HBU114 BADAN PERTOLONGAN CEMAS I 1.0 0.00 YY
PAC101 ASAS SENI LAKON 2.0 4.00 A LU
PPA100 ENSEMBLE I 1.0 3.33 B+ LU
PPA101 KONFERENSI SENI PERSEMBAHAN I 0.0 LU
PPA102 ASAS KESENIAN MELAYU 2.0 4.00 A LU
PPS101 ASAS PENGURUSAN TEATER 2.0 4.00 A LU
PSA101 ASAS SENI LAYAR 2.0 4.00 A+ LU
PSW101 PEMIKIRAN KREATIF DAN KRITIS 2.0 4.00 A LU
GPA: 3.73 CGPA: 3.73
Jam Di Perolehi: 16 ( 16 ) AD



20074 - SEMESTER 1 2007/2008 Bahagian: 2
Kod Kursus Jam Kredit Mata Gred Gred Status
BEL200 BAHASA INGGERIS MAINSTREAM I 3.0 3.67 A- LU
CTU151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 2.0 4.00 A LU
HBU114 BADAN PERTOLONGAN CEMAS I 1.0 2.33 C+ LU
PAC151 LANJUTAN SENI LAKON 2.0 3.33 B+ LU
PPA150 ENSEMBLE II 1.0 3.67 A- LU
PPA151 KONFERENSI SENI PERSEMBAHAN II 0.0 LU
PPA152 PENGENALAN PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI 2.0 4.00 A LU
PPA153 APRESIASI SENI ASIA 1.0 2.67 B- LU
PSA151 SINEMA MALAYSIA 2.0 4.00 A LU
PSW151 PENYELIDIKAN PENULISAN 2.0 3.67 A- LU
GPA: 3.61 CGPA: 3.78
Jam Di Perolehi: 16 ( 32 ) AD



20082 - SEMESTER 2 2007/2008 Bahagian: 3
Kod Kursus Jam Kredit Mata Gred Gred Status
BEL250 BAHASA INGGERIS MAINSTREAM II 3.0 4.00 A+ LU
CTU282 SENI DAN KREATIVITI ISLAM 2.0 3.33 B+ LU
PPA200 ENSEMBLE III 1.0 4.00 A LU
PPA201 KONFERENSI SENI PERSEMBAHAN III 0.0 LU
PPA202 SEJARAH SENI PERSEMBAHAN 1.0 4.00 A LU
PPA203 SENI VISUAL 2.0 3.33 B+ LU
PSA201 TEORI DAN APRESIASI FILEM 2.0 3.00 B LU
PSA205 CINEFOTO 2.0 2.67 B- LU
PSW201 GAYA BAHASA 2.0 4.00 A LU
GPA: 3.51 CGPA: 3.7
Jam Di Perolehi: 15 ( 47 ) AD



20084 - SEMESTER 1 2008/2009 Bahagian: 4
Kod Kursus Jam Kredit Mata Gred Gred Status
HBU124 BADAN PERTOLONGAN CEMAS II 1.0 4.00 A LU
PPA250 ENSEMBLE IV 1.0 4.00 A+ LU
PPA251 KONFERENSI SENI PERSEMBAHAN IV 0.0 LU
PSA251 LAKARAN PAPAN CERITA 3.0 3.33 B+ LU
PSW207 PENULISAN SKRIP RADIO 3.0 3.00 B LU
PSW251 RETORIK PENULISAN SKRIN 2.0 4.00 A LU
PSW252 LARAS BAHASA 2.0 4.00 A LU
PSW253 PENULISAN SKRIN 3.0 3.67 A- LU
PSW254 ASAS MENTERJEMAH 2.0 2.67 B- LU
GPA: 3.49 CGPA: 3.64
Jam Di Perolehi: 17 ( 64 ) LU



20092 - SEMESTER 2 2008/2009 Bahagian: 5
Kod Kursus Jam Kredit Mata Gred Gred Status
ETR300 ASAS KEUSAHAWANAN 3.0 3.33 B+ LU
HBU134 BADAN PERTOLONGAN CEMAS III 1.0 F GA
PPA300 ENSEMBLE V 1.0 3.67 A- LU
PPA301 KONFERENSI SENI PERSEMBAHAN V 0.0 LU
PPS303 KRITIKAN TEATER DAN PENGANALISISAN GAYA 2.0 2.67 B- LU
PSW301 PENYUNTINGAN SKRIP 2.0 2.67 B- LU
PSW303 WACANA PENULISAN 2.0 3.67 A- LU
PSW304 PENGENALAN NASKAH KLASIK 2.0 4.00 A LU
GPA: 3.05 CGPA: 3.54
Jam Di Perolehi: 12 ( 76 ) LU



20094 - SEMESTER 1 2009/2010 Bahagian: 6
Kod Kursus Jam Kredit Mata Gred Gred Status
HBU134 BADAN PERTOLONGAN CEMAS III 1.0 3.67 A- LU
LAM300 LATIHAN AMALI 0.0 LU
PPA351 KONFERENSI SENI PERSEMBAHAN VI 0.0 LU
PPA352 LAPORAN DIPLOMA 2.0 3.33 B+ LU
PPA353 DIPLOMA SHOWCASE 4.0 3.33 B+ LU
PSA352 PENYUNTINGAN SENI LAYAR 4.0 4.00 A+ LU
PSW351 PENULISAN TEATER MUZIKAL 4.0 3.67 A- LU
GPA: 3.62 CGPA: 3.59
Jam Di Perolehi: 15 ( 91 ) TS



99999 - KURSUS-KURSUS TERKUMPUL - GAGAL/GUGUR Bahagian: 99
Kod Kursus Jam Kredit Mata Gred Gred Status

GPA: 0 CGPA: 0
Jam Di Perolehi: 0 ( 0 )





PERHATIAN:
1. Maklumat di atas hanya untuk rujukan pelajar dan tidak boleh digunakan untuk sebarang urusan rasmi.
2. Untuk sebarang pindaan ke atas maklumat ini, pelajar dikehendaki menghubungi pihak Fakulti atau Cawangan
masing-masing.

Friday, February 19, 2010

Dari Kuching ke KJ..

Assalamualaikum..

Puan Wani agak cuak menaiki kenderaan terbang. Meski tidak terpekik terlolong tersampuk histeria, sekurang-kurangnya genggaman tangannya yang dingin sekurang-kurangnya membuktikan fobia tak semestinya mampu dihilangkan dengan terapi desensitization. Aku pula lebih gemar mengingatkan beliau betapa seorang pramugari Air Asia takkan faham perlian kami terhadapnya yang sering menguap (penerbangan pukul 9.25 malam) kerana dia pramugari jelita dari Laos. Setiap turbulance yang aku tempoh membuatkan aku seronok kerana perut geli-geli gayat.

Padahal beberapa jam sebelumnya puan Wani masih gembira mengingatkan aku bahawa jaket keselamatan mencukupi jumlahnya, jika bot penambang yang kami naiki untuk ke Kampung Grisek membeli kek lapis terbalik. Aku pula kecut perut apabila baru sebelah kaki diletakkan, bot penambang yang sudah separuh terbenam tiba-tiba hanya separuh inci dari terbenam seluruhnya. Sepanjang perjalanan (tak sampai 5 minit) aku bertaubat nasuha sekurang-kurangnya tiga kali manakala Puan Wani tak abis-abis mencadangkan kami menggunakan bot itu untuk bersiar-siar sepanjang sungai.

Manusia, lain orang lain ketakutannya..

Monday, February 15, 2010

Cita-Cita Saya..

Dari kau mencipta sejarah penerbangan pertama,
Dari kau menakluki gunung tertinggi,
Dari kau menulis karya agung rujukan sepanjang zaman,

aduhai kawan, kau binalah syurga yang dipanggil rumah tangga..

Saturday, February 13, 2010

Esok Bermulalah Selamanya..

Assalamualaikum..

Esok insya allah aku akan bernikah dan memulakan hidup sebagai seorang suami. Masih terlalu banyak untuk dipelajari, masih terlalu banyak untuk diperbetulkan..

Semoga hari esok adalah permulaan sebuah pengembaraan yang indah, hingga ke ahirat kelak, insya allah..

Tuesday, February 02, 2010

Inikan Pula Tempat Belajar..

Assalamualaikum..

Seperti yang ramai sudah maklum, aku tidak akan menyambung pengajian ke peringkat Ijazah dalam bidang Penulisan Artistik di Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (FACT) di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Sebabnya tidak lain tidak bukan adalah kerana tempoh pendaftaran yang sudah berlalu sedangkan aku masih pada status Tidak Tamat.

Puncanya, seperti yang dijangka adalah kerana subjek PBSM (HBU 134) aku yang masih dalam peringkat semakan markah sedangkan aku sudah memulakan proses pembetulan ini pada 12 Disember 2009 lagi!

Menggagalkan seorang pelajar sedangkan dia mendapat markah A- (76 berdasarkan intaian aku di unit ko-kurikulum di Induk) sekaligus meranapkan masa hadapannya. Aku terkial-kial ke hulu ke hilir membuat pembetulan dan anehnya, fakulti sendiri tidak tahu kewujudan kes ini.

Mungkin dasarnya sebarang aktiviti berkaitan ko-kurikulum diuruskan sepenuhnya jabatan ko tersebut, namun pada masa yang sama, sentralilasi membawa kepada karenah birokrasi dan bahananya subjek 'berhantu' ini menjadikan aku mangsa di saat paling genting, iaitu ketika aku mencecah klimaks garisan penamat, selain turut merentap peluang aku melanjutkan pelajaran, dan sejujurnya, masa hadapan aku!

Tahniah UiTM kerana kau telah menghidupkan mimpi-mimpi lintang, sekadar untuk membunuhnya di penghujung cerita..

Saturday, January 30, 2010

Tempat Jatuh Lagikan Dikenang..

Assalamualaikum..

Air mata ini hampir berlinang apabila melihat atap rumah aku sudah runtuh menantikan pengubahsuaian dilangsungkan. Teringat zaman kecil ketika dengan semberononya aku mengalas atap dan tanah di bawah dengan tilam, kemudian melongsor ke bawah macam main gelongsor.

Syabas pada aku kerana masih belum mati.

Tuesday, January 26, 2010

Aku Mewakili 5 Orang Laen..

Assalamualaikum w.b.t..

Mengikut purata, rakyat Malaysia hanya membaca 2 buku setahun.

Tapi aku telah membaca 12 buah buku (itu yang aku ingat) tahun lepas. Maknanya, aku sudah mengambil tanggungjawab untuk membaca bagi pihak 5 orang yang lain (6 termasuk aku)..

Buku-buku yang aku baca pada 2009 adalah:

1. Laskar Pelangi: Buku terbaik yang aku baca tahun lepas. Kisah anak-anak melayu (walau bernegara indonesia) yang gigih menuntut ilmu, biar kaki ditarik oleh kedaifan dan hidup serba kurang. Kalau ada peluang belajar tu, GUNAKANLAH DENGAN SEBAIK_BAIKNYA.

2. Sang Pemimpi: Sekuel kepada novel/filem dengan tajuk di atas. Sama menariknya, biarpun kini watak-watak baru seperti Arai, Jimbron dan lain-lain mula muncul. Anggota Laskar Pelangi hanya disebut sedikit sahaja.

3. Edensor: Sekuel seterusnya. Kisah kembara di benua Eropah, Afrika dan ringkasnya dunia dalam mencari cinta. Sekuel ini agak mellow macamnovel cinta. Tak gemar sangat.

4. Maryamah Karpov: Bahagian 'terakhir' dari tetralogi ini. Penamatnya tak diduga, kerana cinta tidak semestinya terkarang bunga-bunga indah. Namun dengar khabarnya akan ada sambungannya kelak.

5. The Alchemist: Buku yang pertama aku baca pada 2009. Menegaskan konsep Law of Attraction yang dibahankan oleh seluruh dunia akademia. Namun pada aku impaknya masih ada, menegaskan cita-cita sebenarnya hidup dan boleh dihidupkan.

6. Sejarah Melayu: Aku baca sewaktu ambik subjek Naskhah Klasik. Khatam dan sedar Tuah di dalam Sejarah Melayu adalah seperti Rock Lee dalam Naruto. Semua tahu dia hebat, tapi dia tak penting.

7. Hikayat Hang Tuah: Atas sebab sama, tapi Hang Tuah di dalam Hikayat (namapun hikayat) adalah superhero masyarakat melayu lama. Dialah sahabat, patriot, cendekiawan, wali, pedagang, diplomat dan semuanya sekalilah.

8. The Road To Omaha: Karya karangan Robert Ludlum (The Bourne Trilogy) ini aku baca sewaktu praktikal di DBP. Ia sebenarnya sekuel kepada The Road To Gandolfo. Menghiburkan dan sesuai untuk mencuri masa.

9. Ceritalah 3: Karya Karim Raslan ini aku baca selepas dibayar RM100 oleh kekasih gelap Muz. ia merupakan buku sosial/politik pertama yang aku baca semenjak sekian lama (sebelumnya buku Kenichi Ohmae: The End of The Nation State). Sesuai dibaca jika kau suka melihat garapan seorang journeyman.

10. The Scarecrow: Buku kedua dari RM100 itu. Cerita thriller biasa dari Hollywood. Cerita orang putih pun dah selalu basi.

11. Double Cross: Satu lagi cerita thriller orang putih. Kali ini adik aku yang pinjamkan. Aku baca sekejap sahaja dah habis. Kurang syiok.

12. Al-Quranul Karim: Waktu bulan puasa.

Buku yang aku mungkin baca tahun ini dan mungkin juga tahun lepas: Buku2 Lee Child.

Buku2 yang au baca separuh je: Buku pasal sunan kunun wali tu, menyampah.

Buku pertama aku baca tahun ni: Buku ilmu rumahtangga. Segan plak nak cerita.

Thursday, January 21, 2010

Hisap Rokok Di Belakang Van..

Al-Fatihah buat Dr. Anuar Nor Arai.

Secara peribadi aku hanya pernah berbual dengan beliau sekali, iaitu ketika sama2 menghisap rokok di belakang van (masih pada waktu itu) pertengahan 2008..

Semoga roh beliau dicucuri rahmat, amiin..

Tuesday, January 19, 2010

Walimatul Urus






































Assalamualaikum semua,

Pada 20 haribulan Februari ini, saya Muhsin bin Ramli dan pasangan Nurzawani binti Muhamad, serta adinda saya Mukhlis bin Ramli dan pasangannya Noorahayu binti Yahya akan melangsungkan majlis perkahwinan kami di kediaman orang tua kami di

No.16, Jln SS7/18.
Kelana Jaya, 47301.
P.Jaya, Selangor.

Kami dengan ini menjemput semua yang mengenali diri kami agar sudi meramaikan majlis perkahwinan kami ini dan memeriahkan lagi acara pada hari tersebut. Semoga tuan puan sudi memenuhi jemputan kami ini.

Untuk pertanyaan hubungi saya di talian 017-2002701 atau nombor rumah 03-78747951.

Sekian wasalam..

Saturday, January 16, 2010

200

Ini bukan tajuk filem, cuma ini adalah post aku yang ke 200. Syabas untuk aku sebab tulis sepanjang dan selama ini dalam blog yang tak sapa baca.

The Road Not Taken..

Assalamualaikum..

Hari Khamis lepas, dalam kelas Encik Hassan, kami digesa untuk membuat sesuatu yang luar dari kelaziman. Jika Shah bengkok, beliau digesa menjadi straight. Jika Muz solo, beliau digesa berpasang-pasangan. Jika Shaz boroi, beliau digesa berkempis segera.

Atau yang sebenarnya, Encik Hassan hanya suruh kami balik ikut jalan yang tak pernah dilalui.

Oleh itu pada pagi Jumaat, selesai berjogging (nampak jelas sangat sebab-sebab aku mula berjogging nih), aku pulang ke rumah ikut jalan yang baru aku jumpa, lalu di hadapa kedai-kedai Glomac yang menghadap tasik.

Akan tetapi jalan itu pun sudah dikira 'lama'. Sudah sebulan lebih aku mengikut jalan tersebut. Jadi pagi Jumaat itu aku mengikuti jalan baru. Jalan lama sebenarnya, cuma yang sudah tidak dilalui dalam tempoh 10 ke 15 tahun. Jalannya singkat, tapi masalahnya aku terpaksa tambah pusingan untuk berjogging selepas ini kerana cepat sangat sampainya.

Petangnya pula, pulang dari Puncak, aku ikut jalan yang pernah aku lalu minggu pertama di Puncak dahulu, iaitu melalui Kampung Melayu Subang. Cuma tiba-tiba sudah menjadi Lapangan Terbang Subang. Perjalanan 15 minit kini memakan masa satu jam. Syabas.

Keputusan: Ada sebab tuhan ciptakan lebuh raya.

Friday, January 15, 2010

Kau, Aku, Selamanya..

Assalamualaikum..

Dulu aku ada kawan rapat. Mari letak nama dia M. Kami sekolah menengah sama-sama, dari sini sampai la ke TI. Tapi kerapatan kami melonggar, dan sudahnya selepas habis sekolah kami bawa haluan masing-masing. Malahan yang aku tahu dia sudah kahwin, dan tak jemput aku pun.

Dulu aku pernah mengkasanovakan diri. Meskipun tidaklah kasanova sebenarnya (aku tak pernah dapat sorang pun), tapi sekurang-kurangnya aku tahu la aku ada nilai di pasaran. Di TI nama nama macam Mija, Misai, Fadhly dan beberapa orang lagi mungkin lebih popular, tetapi apabila minggu bertukar-tukar request sampai (2-3 minggu sekali), bawah meja aku ada jugak isi untuk aku simpan dan makan waktu prep petang atau malam(budak asrama tau la prep tu hape). Dengan kata yang lain, yang aku tekel tak dapat, tapi ada la jugak secret admirer.

Dulu aku pernah memprofessionalkan diri. Aku ke pusat pengajian swasta yang profesional dan, meski masih baru (aku rasa tahun ni baru 12-13 tahun), aku rasa pensyarah kat sana 216 kali lebih profesional dari kebanyakan pensyarah kat UiTM ni. Dan ajaibnya kebanyakan pensyarah tu melayu, jadi tak timbul soal orang melayu tak boleh jadi pendidik yang baik. Dan kat sana jugak aku tahu bahawa gadis pandai tak semestinya tak lawa, malah dari segi class apa la sangat budak2 kat Puncak ni, poser je (serius tak tipu tak caya pegi tengok sendiri). Impak gadis UTP memang amat besar dalam hidup aku.

Dulu aku pernah jugak berdagang di Puncak. Kehidupan aku jadi berbeza. Di tempat sebelumnya tak siapa pun pandang Lana aku. Semua ada kereta sendiri. Di sini Lana aku cam hot stuff plak. Baru seminggu dua di Puncak Lana dah merasa angkut anak gadis. Cuma gadis yang paling aku ingat adalah gadis itu yang membuat aku tertarik dengan cara dia makan. Aku nampak cara dia makan sekali je, tapi sampai sekarang aku ingat. Waktu itu aku dah putus dengan cik Wani, jadi tengah tinjau pasaran tu aku kenal dengan dia. Tapi takde apa-apa pun, aku tak mencuba dan dia pun tak la sudi. Bagus la jugak sebab aku dah baik dengan cik Wani balik.

Gadis-gadis yang aku kenal, baik dari sekolah rendah macam cik I atau cik J, sekolah menengah macam Puan J atau Puan F, di UTP cam Puan WNA atau cik WM, malah di puncak seperti cik I (bukan kekasih gelap Muz) dan cik T (bukan tikus), semuanya membentuk karakter aku. Ia sebahagian dari proses pembentukan aku sekarang. Aku faham cik Wani tak suka aku sebut nama mereka, tapi aku tak ambil mereka sebagai perbandingan dengan cik Wani. Ini bukan pertandingan. Mereka tetap ada sama ada aku atau cik Wani suka ataupun tidak.

Dalam hidup aku hanya ada cik Wani. Yang lain aku kenali, dan paling jauh aku berkomunikasi. Aku tak harapkan apa-apa dan sejujurnya tak pernah berusaha pun untuk wujudkan apa-apa harapan. Kebanyakannya pun dah berkahwin dan tak sewajarnya aku sebut-sebut lagi. Aku pun akan habiskan hayat aku dengan cik Wani (insya allah) dan aku nak dia tahu hanya dialah regu jiwa aku.

Monday, January 11, 2010

Dalam Satu Purnama..

Assalamualaikum..

Dari satu segi, persiapan majlis perkahwinan aku berjalan lancar. Hampir semua proses pra-produksi sedang giat dijalankan, atau sekurang-kurangnya, sedang rancak dirancang untuk dijalankan.

Baju - sudah tempah tapi belum buat fitting, mungkin pihak lelaki kena beli sendiri (sebab saiz aku, bak kata orang kampung bapak aku, NALA).

Wang hantaran/hantaran - Jumlah sudah dipersetujui dan dibank-inkan sedikit demi sedikit. Takde hantaran.

Kenduri belah lelaki - Pihak katering sudah dibook dan dibayar deposit.

Kad jemputan - Sedang didesain, akan dicetak dan dikirim kepada rerakan dalam masa terdekat.

Hadiah tetamu - Akan ke kawasan tertentu selepas ini untuk proses pembelian.

Hiasan rumah - Sudah dibeli: cat, cadar, bantal. Akan dibeli: langsir, sofa dll..

Permohonan menggunakan jalan - Akan ke MBPJ dan Pejabat Polis Trafik Daerah dalam masa terdekat..

Jadi hampir semua sisi sedang diusahakan sesungguhnya. Doakan supaya berjaya.

Tuesday, January 05, 2010

Err, Aku Nak Cakap Boleh?

Assalamualaikum..

Baru-baru ini, aku tertarik dengan berita berkaitan dunia hiburan yang aku baca. Bukan tentang artis ditahan di kelab malam bukan, bukan tentang artis kahwin atau artis cerai juga bukan.

Yang menarik minat aku adalah tentang Mesyuarat Agung Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) kat Finas hari tu. Walau aku bukan pengarah, dan nampaknya semakin kurang minat aku nak jadi pengarah sekarang ni, namun aku masih cuba memerhati hal ini dengan penuh minat. (Kalau Muz ada boleh jugak buat bahas, malangnya dia hiatus)..

Yang pasti kekalahan Mamat Khalid pada aku sesuatu yang aku duga (sebenarnya tak tahu pun ada mesyuarat agung, pandai-pandai duga pulak). Sebabnya, seperti Muz jugak, Mamat Khalid pada aku seorang yang idealis. Nak persatuan pengarah filem hanya dianggotai pengarah filem. Memang la bunyinya macam sakral gitu tapi pada aku dia kena fikir juga berapa kerat je pengarah filem kat malaysia ni. Dia kata pengarah tv tak patut masuk FDAM. Dari satu segi mungkin itu dapat menjaga fokus dan hala tuju persatuan tetapi seperti yang aku cakap tadi, itu fahaman idealis. Pengarah filem macam Aziz M. Osman ngan Dato' Yusof Haslam pun mengarah cerita tv jugak. Prof Razak pun ada arah drama tv juga waktu aku mula masuk Puncak dulu.

Hasrat Mamat Khalid untuk buka persatuan sendiri mungkin bunyinya bercita-cita tinggi, tapi dari satu sisi, kalau ahli persatuan tak ramai, suara tak kuat. Suara tak kuat, gomen tak tolong, dan lumrah masyarakat melayu malaysia ni, kalau gomen tak tolong alamatnya tak lama lagi bungkus la.

apa- apa pun aku rasa alam filem melayu kat malaysia ni memang akan sama macam ni je untuk beberapa dekat lagi..