Saturday, January 16, 2010

The Road Not Taken..

Assalamualaikum..

Hari Khamis lepas, dalam kelas Encik Hassan, kami digesa untuk membuat sesuatu yang luar dari kelaziman. Jika Shah bengkok, beliau digesa menjadi straight. Jika Muz solo, beliau digesa berpasang-pasangan. Jika Shaz boroi, beliau digesa berkempis segera.

Atau yang sebenarnya, Encik Hassan hanya suruh kami balik ikut jalan yang tak pernah dilalui.

Oleh itu pada pagi Jumaat, selesai berjogging (nampak jelas sangat sebab-sebab aku mula berjogging nih), aku pulang ke rumah ikut jalan yang baru aku jumpa, lalu di hadapa kedai-kedai Glomac yang menghadap tasik.

Akan tetapi jalan itu pun sudah dikira 'lama'. Sudah sebulan lebih aku mengikut jalan tersebut. Jadi pagi Jumaat itu aku mengikuti jalan baru. Jalan lama sebenarnya, cuma yang sudah tidak dilalui dalam tempoh 10 ke 15 tahun. Jalannya singkat, tapi masalahnya aku terpaksa tambah pusingan untuk berjogging selepas ini kerana cepat sangat sampainya.

Petangnya pula, pulang dari Puncak, aku ikut jalan yang pernah aku lalu minggu pertama di Puncak dahulu, iaitu melalui Kampung Melayu Subang. Cuma tiba-tiba sudah menjadi Lapangan Terbang Subang. Perjalanan 15 minit kini memakan masa satu jam. Syabas.

Keputusan: Ada sebab tuhan ciptakan lebuh raya.

2 comments:

amer zaman said...

selain ikut jalan lain, byk lagi benda boleh ubah... macam cara mandi, cara jalan, cara makan, cara ketawa ...

Cik-MeGa said...

sambung degree kah?