Friday, March 21, 2008

Penulis Masih Ada Relevannya (Dan Begitu Juga Penuntut IPT)..

Dengan berakhirnya PRU 12 ini, rata-rata ahli akademik atau pemerhati bebas malah pihak-pihak berkenaan sekalipun sepakat mengakui kekuatan dan impak besar yang ditimbulkan oleh golongan penulis, terutamanya di media-media alternatif tak lain tak bukan di blog-blog internet seperti blog sebegini.

Tentu sahaja golongan tukang tulis tersenyum merasakan betapa besarnya peranan mereka dalam menentukan hala tuju rakyat dalam membuat keputusan-keputusan besar yang melibatkan kepentingan negara.

Apatah lagi biasanya blog-blog seperti ini sebelumnya hanya menjadi seolah-olah diari untuk meluahkan suara-suara kecil dalam hati-hati besar tentang rasa dan perasaan masing-masing.

Lagipun apalah sangat beberapa perkataan, ayat dan perenggan dalam post-post kerdil ini jika
hendak dibandingkan dengan stesen-stesen televisyen, akhbar-akhbar dan lain-lain media arus
perdana yang bernilai berbilion ringgit lengkap dengan rancangan-rancangan menarik dan
juruhebah-juruhebah cantik. Siapalah yang nak layan kita ni..

Namun melihat kepada impaknya selepas tamat PRU 12, terdetik pula perasaan di hati, betapa
penulis rupanya masih relevan dan dekat di hati masyarakat. Tentu sahaja Sasterawan Negara
(mantan?) A.Samad Said akan tersenyum sinis jika beliau mendengar hal ini, dan tentu sahaja
KePen seharusnya tidak lagi memekakkan diri dengan isu Komponen Sastera (Komsas) yang
dibangkitkan beliau dan penulis-penulis seangkatan yang lain.

Segah dan seheboh artis-artis muda dan veteran yang penat mencanang ke sana-ke sini
calon-calon pilihan mereka, di samping mempromosi album/filem baru selain menjaja produk
kecantikan yang sudi memberikan pesanan sepatah dua, nyata golongan penulis lebih gemar
menjadi 'silent killer' dengan hebahan ala 'cloak and dagger' yang sungguhpun senyap sunyi, ternyata lebih tajam dan berbisa.

Dalam era betapa penyanyi-penyanyi segera dan pelakon-pelakon celup lebih dikenali dan
disanjungi, rupanya-rupanya apabila khalayak ingin mendengar kata-kata benar yang tidak dibauri indah cinta dan duka kecurangan mereka tetap mencari golongan-golongan penulis. Apabila mereka dahaga info-info berupa fakta mereka tetap juga menyelak (atau mengskrol) halaman-halaman yang dinukilkan oleh kaum yang dari mata kasar seolah-olah hampir pupus ini.

Ada sesiapa yang nak bertanyakan Mawi tentang perlantikan menteri-menteri kabinet? Atau tanyakan Karyawan/Papita/Seniman tentang pergolakan dalaman Umno? Mungkin jugak ambil contoh filem Duyung untuk dijadikan perbandingan senario politik Perlis? Jawapannya jelas tidak dan penulis juga nanti yang diharapkan rakyat.

Dan tidak lupa juga kepada kaum pelajar dan penuntut, baik di IPTA atau IPTS, kerana orang sedar, sepopular mana pun artis-artis itu semua, yang lebih cerdik dan pandai adalah kita, penulis dan juga penuntut. Hehehe..

Jangan Hidup Dalam Penafian...

Sebaik sahaja Liverpool kalah dalam perlawanan akhir CL 2007 Mei tahun lepas, aku tiba-tiba menghadapi sindrom penafian.

"Liverpool main bagus, kalah nasib je."

"Milan berjaya sebab Inzhagi score pakai tangan."

"Kalau Gerrard gol second half Liverpool dah menang."


Aku sukar menerima bahawa sampai bila-bila pun, CL musim 2006-2007 dijuarai Milan dan sebaik mana pun permainan Liverpool pada malam itu, mereka tetap di pihak yang kecundang.

Begitu juga dengan gol 'tangan tuhan' Maradona pada Piala Dunia '86,

Begitu juga dengan dua gol Man Utd pada lewat permainan CL 1999,

Dan tentu sekali begitu juga keputusan PRU 12.

Nafikanlah semahu anda, tetapi yang nyata BN memiliki 140 kerusi parlimen,

PKR 31, DAP 28 dan PAS 23 iaitu keseluruhannya hanya 82 kerusi(belum termasuk keputusan petisyen jika ada)..

Berdemonstrasilah sekerasnya, tetapi yang jelas, Kelantan tetap milik PAS,

Dan Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah kini dimiliki Barisan Rakyat..

Lantiklah siapa pun jadi senator, menteri atau penasihat tetapi Dato' Seri Shahrizat tetap kalah pilihanraya,

Berkeraslah semahu anda, tetapi Samy Vellu tetap takkan turun dari jawatannya (dan ramai lagi yang degil..)

Kerana manusia memang suka hidup dalam penafian..

Assalamualaikum..

Assalamualaikum..

In all honesty it is quite hard to determine whether it is more suitable for me to use either Bahasa Malaysia (formerly known as Bahasa Melayu) or the English Language. And after a long and thoughtful deliberation, I'll use both, depending on my mood and which language the first line comes out from.


Actually, I've been blogging for a few years now, and the pilgrimage to this blogspot page is merely a step forward from a mere 'childish' writing to a more matured, open and wider one.

I won't post my previous works from http://mercluvwani.blogs.friendster.com/ or http://www.myspace.com/muhsinsenpai though, as they will become redundant and eventually lose their originality. So you can check them out for yourself.

Anyway happy reading!