Showing posts with label Self. Show all posts
Showing posts with label Self. Show all posts

Friday, March 12, 2010

Pukul 27 Petang..

Assalamualaikum..

Semalam genap usia aku 27 tahun.. Sejujurnya usia yang sudah mula memiliki segala-galanya (meski dalam bentuk entry-level). Kerjaya, keluarga, harta menda sket2..

Tak dapat segala-galanya, tapi dalam usaha ke arah itu.

Masih jauhkah pengembaraan ini?

Hanya soalan munkar nakir yang akan menentukan..

Friday, February 19, 2010

Dari Kuching ke KJ..

Assalamualaikum..

Puan Wani agak cuak menaiki kenderaan terbang. Meski tidak terpekik terlolong tersampuk histeria, sekurang-kurangnya genggaman tangannya yang dingin sekurang-kurangnya membuktikan fobia tak semestinya mampu dihilangkan dengan terapi desensitization. Aku pula lebih gemar mengingatkan beliau betapa seorang pramugari Air Asia takkan faham perlian kami terhadapnya yang sering menguap (penerbangan pukul 9.25 malam) kerana dia pramugari jelita dari Laos. Setiap turbulance yang aku tempoh membuatkan aku seronok kerana perut geli-geli gayat.

Padahal beberapa jam sebelumnya puan Wani masih gembira mengingatkan aku bahawa jaket keselamatan mencukupi jumlahnya, jika bot penambang yang kami naiki untuk ke Kampung Grisek membeli kek lapis terbalik. Aku pula kecut perut apabila baru sebelah kaki diletakkan, bot penambang yang sudah separuh terbenam tiba-tiba hanya separuh inci dari terbenam seluruhnya. Sepanjang perjalanan (tak sampai 5 minit) aku bertaubat nasuha sekurang-kurangnya tiga kali manakala Puan Wani tak abis-abis mencadangkan kami menggunakan bot itu untuk bersiar-siar sepanjang sungai.

Manusia, lain orang lain ketakutannya..

Saturday, February 13, 2010

Esok Bermulalah Selamanya..

Assalamualaikum..

Esok insya allah aku akan bernikah dan memulakan hidup sebagai seorang suami. Masih terlalu banyak untuk dipelajari, masih terlalu banyak untuk diperbetulkan..

Semoga hari esok adalah permulaan sebuah pengembaraan yang indah, hingga ke ahirat kelak, insya allah..

Tuesday, February 02, 2010

Inikan Pula Tempat Belajar..

Assalamualaikum..

Seperti yang ramai sudah maklum, aku tidak akan menyambung pengajian ke peringkat Ijazah dalam bidang Penulisan Artistik di Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (FACT) di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Sebabnya tidak lain tidak bukan adalah kerana tempoh pendaftaran yang sudah berlalu sedangkan aku masih pada status Tidak Tamat.

Puncanya, seperti yang dijangka adalah kerana subjek PBSM (HBU 134) aku yang masih dalam peringkat semakan markah sedangkan aku sudah memulakan proses pembetulan ini pada 12 Disember 2009 lagi!

Menggagalkan seorang pelajar sedangkan dia mendapat markah A- (76 berdasarkan intaian aku di unit ko-kurikulum di Induk) sekaligus meranapkan masa hadapannya. Aku terkial-kial ke hulu ke hilir membuat pembetulan dan anehnya, fakulti sendiri tidak tahu kewujudan kes ini.

Mungkin dasarnya sebarang aktiviti berkaitan ko-kurikulum diuruskan sepenuhnya jabatan ko tersebut, namun pada masa yang sama, sentralilasi membawa kepada karenah birokrasi dan bahananya subjek 'berhantu' ini menjadikan aku mangsa di saat paling genting, iaitu ketika aku mencecah klimaks garisan penamat, selain turut merentap peluang aku melanjutkan pelajaran, dan sejujurnya, masa hadapan aku!

Tahniah UiTM kerana kau telah menghidupkan mimpi-mimpi lintang, sekadar untuk membunuhnya di penghujung cerita..

Saturday, January 30, 2010

Tempat Jatuh Lagikan Dikenang..

Assalamualaikum..

Air mata ini hampir berlinang apabila melihat atap rumah aku sudah runtuh menantikan pengubahsuaian dilangsungkan. Teringat zaman kecil ketika dengan semberononya aku mengalas atap dan tanah di bawah dengan tilam, kemudian melongsor ke bawah macam main gelongsor.

Syabas pada aku kerana masih belum mati.

Tuesday, January 26, 2010

Aku Mewakili 5 Orang Laen..

Assalamualaikum w.b.t..

Mengikut purata, rakyat Malaysia hanya membaca 2 buku setahun.

Tapi aku telah membaca 12 buah buku (itu yang aku ingat) tahun lepas. Maknanya, aku sudah mengambil tanggungjawab untuk membaca bagi pihak 5 orang yang lain (6 termasuk aku)..

Buku-buku yang aku baca pada 2009 adalah:

1. Laskar Pelangi: Buku terbaik yang aku baca tahun lepas. Kisah anak-anak melayu (walau bernegara indonesia) yang gigih menuntut ilmu, biar kaki ditarik oleh kedaifan dan hidup serba kurang. Kalau ada peluang belajar tu, GUNAKANLAH DENGAN SEBAIK_BAIKNYA.

2. Sang Pemimpi: Sekuel kepada novel/filem dengan tajuk di atas. Sama menariknya, biarpun kini watak-watak baru seperti Arai, Jimbron dan lain-lain mula muncul. Anggota Laskar Pelangi hanya disebut sedikit sahaja.

3. Edensor: Sekuel seterusnya. Kisah kembara di benua Eropah, Afrika dan ringkasnya dunia dalam mencari cinta. Sekuel ini agak mellow macamnovel cinta. Tak gemar sangat.

4. Maryamah Karpov: Bahagian 'terakhir' dari tetralogi ini. Penamatnya tak diduga, kerana cinta tidak semestinya terkarang bunga-bunga indah. Namun dengar khabarnya akan ada sambungannya kelak.

5. The Alchemist: Buku yang pertama aku baca pada 2009. Menegaskan konsep Law of Attraction yang dibahankan oleh seluruh dunia akademia. Namun pada aku impaknya masih ada, menegaskan cita-cita sebenarnya hidup dan boleh dihidupkan.

6. Sejarah Melayu: Aku baca sewaktu ambik subjek Naskhah Klasik. Khatam dan sedar Tuah di dalam Sejarah Melayu adalah seperti Rock Lee dalam Naruto. Semua tahu dia hebat, tapi dia tak penting.

7. Hikayat Hang Tuah: Atas sebab sama, tapi Hang Tuah di dalam Hikayat (namapun hikayat) adalah superhero masyarakat melayu lama. Dialah sahabat, patriot, cendekiawan, wali, pedagang, diplomat dan semuanya sekalilah.

8. The Road To Omaha: Karya karangan Robert Ludlum (The Bourne Trilogy) ini aku baca sewaktu praktikal di DBP. Ia sebenarnya sekuel kepada The Road To Gandolfo. Menghiburkan dan sesuai untuk mencuri masa.

9. Ceritalah 3: Karya Karim Raslan ini aku baca selepas dibayar RM100 oleh kekasih gelap Muz. ia merupakan buku sosial/politik pertama yang aku baca semenjak sekian lama (sebelumnya buku Kenichi Ohmae: The End of The Nation State). Sesuai dibaca jika kau suka melihat garapan seorang journeyman.

10. The Scarecrow: Buku kedua dari RM100 itu. Cerita thriller biasa dari Hollywood. Cerita orang putih pun dah selalu basi.

11. Double Cross: Satu lagi cerita thriller orang putih. Kali ini adik aku yang pinjamkan. Aku baca sekejap sahaja dah habis. Kurang syiok.

12. Al-Quranul Karim: Waktu bulan puasa.

Buku yang aku mungkin baca tahun ini dan mungkin juga tahun lepas: Buku2 Lee Child.

Buku2 yang au baca separuh je: Buku pasal sunan kunun wali tu, menyampah.

Buku pertama aku baca tahun ni: Buku ilmu rumahtangga. Segan plak nak cerita.

Tuesday, January 19, 2010

Walimatul Urus






































Assalamualaikum semua,

Pada 20 haribulan Februari ini, saya Muhsin bin Ramli dan pasangan Nurzawani binti Muhamad, serta adinda saya Mukhlis bin Ramli dan pasangannya Noorahayu binti Yahya akan melangsungkan majlis perkahwinan kami di kediaman orang tua kami di

No.16, Jln SS7/18.
Kelana Jaya, 47301.
P.Jaya, Selangor.

Kami dengan ini menjemput semua yang mengenali diri kami agar sudi meramaikan majlis perkahwinan kami ini dan memeriahkan lagi acara pada hari tersebut. Semoga tuan puan sudi memenuhi jemputan kami ini.

Untuk pertanyaan hubungi saya di talian 017-2002701 atau nombor rumah 03-78747951.

Sekian wasalam..

Saturday, January 16, 2010

200

Ini bukan tajuk filem, cuma ini adalah post aku yang ke 200. Syabas untuk aku sebab tulis sepanjang dan selama ini dalam blog yang tak sapa baca.

The Road Not Taken..

Assalamualaikum..

Hari Khamis lepas, dalam kelas Encik Hassan, kami digesa untuk membuat sesuatu yang luar dari kelaziman. Jika Shah bengkok, beliau digesa menjadi straight. Jika Muz solo, beliau digesa berpasang-pasangan. Jika Shaz boroi, beliau digesa berkempis segera.

Atau yang sebenarnya, Encik Hassan hanya suruh kami balik ikut jalan yang tak pernah dilalui.

Oleh itu pada pagi Jumaat, selesai berjogging (nampak jelas sangat sebab-sebab aku mula berjogging nih), aku pulang ke rumah ikut jalan yang baru aku jumpa, lalu di hadapa kedai-kedai Glomac yang menghadap tasik.

Akan tetapi jalan itu pun sudah dikira 'lama'. Sudah sebulan lebih aku mengikut jalan tersebut. Jadi pagi Jumaat itu aku mengikuti jalan baru. Jalan lama sebenarnya, cuma yang sudah tidak dilalui dalam tempoh 10 ke 15 tahun. Jalannya singkat, tapi masalahnya aku terpaksa tambah pusingan untuk berjogging selepas ini kerana cepat sangat sampainya.

Petangnya pula, pulang dari Puncak, aku ikut jalan yang pernah aku lalu minggu pertama di Puncak dahulu, iaitu melalui Kampung Melayu Subang. Cuma tiba-tiba sudah menjadi Lapangan Terbang Subang. Perjalanan 15 minit kini memakan masa satu jam. Syabas.

Keputusan: Ada sebab tuhan ciptakan lebuh raya.

Sunday, May 10, 2009

Jumaat Tempoh Hari..


6.30 pagi - bangun, mandi, solat, sarap..

7.00 pagi - bergerak pantas ke Bandar Tun Razak..

7.30 pagi - terperangkap kesesakan lalulintas, cuba menjejaki kedudukan Muz..

7.45 pagi - Muz ditemui, ke HUKM..

8.00 pagi - sarap sebenar di kafe hospital mahal nak mampus..

8.30 pagi - ke pejabat Prof Doktor yang akan ditemuramah..

9.00 pagi - selepas kekeliruan temuramah pun bermula..

9.30 pagi - temuramah selesai..

10.00 pagi - singgah ke TIKL. Hanya di hadapan pagar untuk bergambar. Haruskah aku ke reunion Juni ini?

"Sesudah terputus ikatan, dan tertutup pintu harapan, mengapa harus berjumpa lagi? Sekadar melepaskan rindu tak bererti..
Tidak perlu kau bercerita tentang dirimu yang sudah berpunya. Kutahu kau bahagia bersamanya.."

10.30 pagi - tiba semula ke DBP. Kerja seperti biasa..

12 tgh hari - Muz mengatur temujanji kedua untuk petang..

1.15 ptg - solat Jumaat di tingkat enam bangunan lama..

3.00 ptg - bertolak dari DBP ke Klang..

4-5 ptg - sesat di Klang..

5 ptg - temuramah. terpaksa mengasah lidah aku berbahasa Engrish. Engrish tau Engrish?..

6.30 ptg - Muz lapar, nak makan KFC..

7.30 malam- hantar Muz ke LRT.

8.00 mlm- beli dan hisap cerut sebagai lambang kejayaan misi.

Saturday, April 25, 2009

Aku Dan Lagu

Lagu yang didengar bila:

Bila teringat cik Wani:
Ungu: Cinta Dalam Hati

"Kuingin kautahu, diriku di sini, menanti dirimu,
meski kutunggu hingga hujung waktu,
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya.."

Bila merajuk dengan beliau pulak:
Ziana Zain: Anggapanmu

"Pemusnahku adalah kumbang, runtuh bilaku kelayuan,
impianmu hanyalah masa, untuk menikmati segala,
belum pasti dirimu bahgia.."

Bila liverpool ade game penting:
Gerry and The Pacemakers: You'll Never Walk Alone

"When you walk, through a storm, hold your head,
up high, and don't be afraid of the dark, at the end
of the storm, there's a golden sky, and the sweet
silve song, of a lark"

Bila perlukan inspirasi:
Paul Oakenfold: Ready, Steady, Go!

"Strictly the mother f-
Ready steady go!"

Bila rasa nak curang:
Ahmad Band: Aku Cinta Kau dan Dia

"Memang salahku yang tak pernah bisa
Meninggalkan dirinya untuk bersama kamu
Walau untuk trus bersama
kan ada hati yang kan terluka
Masihkah ada sayang itu"

Bila teringat nostalgia lama:
Bay City Rollers: Bye Bye Baby

"Bye bye baby baby goodbye
(bye bye baby, baby bye bye)
Bye bye baby don't make me cry
(bye bye baby, baby bye bye)"

Bila terkenang kawan-kawan yang dah kahwin:
The Unwanted: Masih Ada Rindu

"Tidak perlu kau bercerita,
tentang dirimu yang sudah berpunya,
kutahu kau bahgia bersamanya.."

Bila marah dan rasa nak bertumbuk:
Chris Cornell: You Know My Name

"I've seen angels fall from blinding heights
But you yourself are nothing so divine
Just next in line "

Bila tengah rancak bekerja:
Rob Zombie: Dragula (Hot Rod Herman remix)

"Dig through the ditches and
Burn through the witches
An' slam in the back of my
Dragula"

Bila nampak Fairuz dan teringat zaman hip hop beliau:
Jay-Z: Hard Knock Life (Ghetto Anthem)

"It's the hard knock life for us
It's the hard knock life for us
Instead of treated we get tricked
Instead of kisses we get kicked"

Bila nampak Muz plak?:
M.Nasir: Apa sajalah lagu orang tua tu..

Wednesday, April 15, 2009

Pagi Yang Gelap..

15 April.

Aku bangun kesiangan selepas Liverpool ditendang keluar Chelsea semalam.

"Nah, ada surat". Hulur bapak aku. Aku panggil bapak sebab ada darah Jawa. Makan tempe. Tak reti cakap Jawa. Mungkin sebab darah Demak lain dari Jawa sebenarnya.

Aku lihat sampul yang isinya nipis-nipis. Muhsin Ramly. Y mengganti I untuk efek eksklusif. Atau gurauan tersasar?

'Satu lagi kenduri kahwin,' getus hati aku. Aku berfikir pakai mulut.

THIS IS AN INVITATION.

Sebuah Kisah Klasik Untuk Masa Depan.

Reunion TIKL.

Dah 10 tahun rupanya kawan-kawan..

Thursday, April 09, 2009

Bila Kehabisan Nafas, Kita Menerjah Makin Keras!!!


Assalamualaikum..

Sebagai pelajar, guru sering mengingatkan bahawa dua musuh utama dalam pengkuliahan adalah bertangguh-tangguh dan bersambil lewa. Dari awal semester setiap tugasan yang diberi akan disertakan dengan ingatan: mula awal!

Namun percaya atau tidak, melakukan kerja pada minit-minit terakhir sebenarnya memberikan renjatannya yang tersendiri. Tahukah kalian, mentol akan bercahaya lebih terang sejurus sebelum ia terbakar. Begitu juga apabila manusia memaksa dirinya mengejar deadline. Tubuh akan disuntik adrenalin, tenaga mula dipacu cortisol, dan minda mula dihambat amygdala. Kesemuanya menyediakan diri agar lebih peka, lebih cerdas, dan lebih bertenaga.

Menyiapkan kerja berdikit-dikit mengikut pelan yang sedia diatur berminggu-minggu lebih awal memang baik, tetapi masa yang sama minda tenang yang ikut bekerja kadang-kadang kurang di'rentap' oleh kejutan-kejutan minda yang mengejar masa. Analogi terbaik adalah mereka yang berlari ke sekolah selama 15 minit akan lebih cergas dari mereka yang berjalan selama 45 minit.

Dengan kata lain, apabila minda tertekan, kadang-kadang kita akan lebih memaksa diri (atau terpaksa) membuat sergahan-sergahan baru yang lebih segar, berani dan all-out. Sebab itu Jerman dan Jepun yang kalah teruk perang lebih maju dari negara yang minta orang lain berperang untuk mereka, seperti negara kita.

Kenapa tiba-tiba aku cakap begini? Dalam dua minggu kebelakangan ni, dalam mengejar masa menyiapkan tugasan dan membentang kajian, nyata kerja masa kecederaan aku lebih cemerlang (dan dapat markah lebih) berbanding insan lain yang hantar folio progress tiap-tiap minggu. Haha..

Wednesday, March 11, 2009

26 Tu Dah Tak Lama Dah

Assalamualaikum..

Selamat Hari Lahir Aku.

Ucapan selamat hari lahir biasa diucap, tetapi jarang benar kita mengingatkan diri sendiri "usia kau main sampai ke

penghujungnya.."

Manusia adalah makhluk yang begitu. Rata-ratanya optimis dan yakin tetamu yang bernama ajal itu hanya akan datang bila kita

mahu ia datang. Bukan esok, bukan sebelum kita kahwin, atau sewaktu kita sedang menggosok gigi. Ia hanya akan datang bila

kita sedia, sudah tercapai cita-cita, dan yang pasti, ramai yang yakin tidak akan datang langsung.

Jadi untuk diri yang mencecah usia 26 tahun hari ini, aku ucapkan..

"Hai diri Muhsin bin Paridah Anun, hari ini genaplah 26 tahun kau mendekati mati.. bersedialah kerana bila-bila masa dari

sekarang, kau akan dijemput oleh ajalmu.."

Wassalam..

Thursday, February 26, 2009

Manusia Punya Asa, Tuhan Punya Kuasa..

Assalamualaikum..

Dengar dulu..

Sebelum cik Wani terbang ke Sarawak, dia amanahkan (pinjamkan la kiranya) tiga buah buku pada aku. Dia buat aku jatuh cinta pada buku-bukunya.

Cik Wani khabarkan dia akan pulang bercuti ke semenanjung 13 hb hadapan. Tarikh itu sipi sikit ke hadapan dari tarikh lahir aku, dan sipi sikit ke belakang dari tarikh lahir dia.

Dia pesan pada aku mahu hadiah hari lahir yang istimewa, meski tak perlu mahal2.

Tak berapa hari selepas aku khatam baca novel Laskar Pelangi, aku ketahuan filemnya pun sudah diterbitkan. Pengarahnya Riri Riza.

Tak berapa minggu kemudian Muz beritahu aku Riri Riza akan datang ke Malaysia dan ada filem-filem dia yang akan ditayangkan. Acaranya di Finas pada 14 ,15 Mac.

Bagai dapat menghubungkan semuanya dalam kepala, aku rancang nak ajak cik Wani menonton Laskar Pelangi sebagai hadiah hari jadi beliau. Romantik tak? Ya, aku memang romantik.

Tiba-tiba malam semalam aku dapat tahu filem Laskar Pelangi tak termasuk dalam himpunan filem-filem yang akan ditayangkan tu. Kecewa sungguh.

Memandangkan cik Wani tak minat sangat Riri Riza (entah kenal ke tidak aku pun tak tau) maka aku hanya akan bawa dia nonton kalau filem tu ada sekali.

Doakanlah ya, filem tu ada ditunjuk sekali. Agar mimpi sambutan hari lahir romantis aku akan jadi kenyataan.

Thursday, January 22, 2009

Blogging 101

Assalamualaikum..

Ini entri ke 101..

Haha aku dah potong Muz.

Sunday, November 23, 2008

Highlander TV Series..


Sama ada suka atau tak suka. Itu aje yang boleh aku simpulkan tentang siri televisyen ini. Diadaptasi dari filem yang sama tajuk tetapi berlainan hero, Highlander Siri TVlah Pulak mula aku kumpul akhir tahun 2007. Setelah setahun berlalu, 6 musim menjangkau 119 episod lengkap telah aku perolehi.

Siri televisyen yang bermula dari tahun 1992-1998 ini menceritakan tentang Immortal (trans. lestari?) Duncan MacLeod (1492-) yang selama 400 tahun menentang kejahatan baik dari golongan marhaen atau yang sejenis dengannya, bukan sejenis dengan Shah.

Penggal kepala orang dapat kuasa + pengalaman + pengetahuan beliau? Itulah kerja golongan immortal (bukan immoral) ini yang hanya akan mati bila terpenggal lehernya.

Duncan telah memotong kepala lebih 100 orang immortal dan bukan semuanya jahat. Connor MacLeod, gurunya sendiri, Richie Ryan, muridnya sendiri, Sean Burns, sahabatnya sendiri semuanya dia bunuh. Gila kepala jugaklah dia ni.

Oh, dan dia cuba bunuh aku jugak. Dah lebih 10 kali aku mimpi dia nak penggal kepala aku. Jangan haraplah.

Sekarang dalam proses mengumpul siri TV Lt. Ninzaburo Furuhata dan Siri TV Satisfaction. Yang tak suka tak sukalah. Pergilah layan Gilmore Girls tu. Dulu aku suka la waktu Lorelai hot lagi.

Wednesday, November 12, 2008

Aku Mula Mereput...

Assalamualaikum..

Hari ini hari Rabu..

Aku balik hari Ahad..

Aku dah bosan selepas tiga hari!!

Ini jadual harian aku:

bangun tidur --> makan --> main game --> main internet --> makan --> tidur --> ulang

p/s: perbuatan lain seperti menonton tv, membaca komik dan berjamban adalah dalam jumlah kecil yang boleh diabaikan..

Tuesday, November 11, 2008

Hari Tu..

12 tgh malam. 

masih di rumah Muz, melukis storyboard 

2 pagi

balik ke bilik lukis perspektif

7 pagi 

tidur

10 pagi 

bangun semula siapkan lukisan

11 pagi

susun lukisan dalam sampul, 

print cover page dan tampal atas sampul

11.30 pagi

hantar lukisan

11.45 pagi

tunggu mesej pengesahan dari cik wani

12 tgh hari

bertolak dari puncak perdana ke melaka

2 ptg 

sampai ke melaka

amik cik wani kat rumah sewa

3 ptg

makan nando's chicken buat pertama kali. tak suka.

3.30 ptg 

parking kereta sebelah sungai

4 ptg

jalan dengan cik wani ke Stadthuys

4.30 ptg

bagi cik wani kamera suruh beliau test

5 ptg 

naik bukit st. paul

5.30 ptg

turun bukit dan berjalan menyusuri sungai

6 ptg

balik ke durian daun amik beg cik wani

singgah sembahyang (jama')

6.30 ptg

berjalan menyusuri pantai (tapi tak jumpa)

isi minyak

7.30 mlm

masuk semula ke lebuh raya

9.30 malam

sampai ke rumah cik wani.

balik rumah di kj dan makan percuma

10.15 malam

balik ke puncak perdana

10.30 malam

singgah ke 7E beli cerut

11 mlm

berbual dengan rakan-rakan.

muz bagi aku projek

12 tgh malam

kembali ke bilik seperti tiada apa-apa yang berlaku.

menghisap cerut sebagai lambang kejayaan misi.

Monday, October 13, 2008

Mari Menderma Dara(h)..

Assalamualaikum..

Sabtu lepas selepas selesai menjalankan ujian amali PBX-Men, dan ketika aku sedang berkira-kira untuk pulang ke rumah, aku telah diserempaki dengan poster menderma darah di laman yang berkenaan. Lantas, aku pun mengambil keputusan impulsif untuk menjadi penderma semula. Kali kelima.

Sayang sekali awek yang menderma selepas aku muntah-muntah, jika tidak pasti sudah timbul bibit-bibit perkenalan yang mampu dibawa ke jinjang pelamin. Sudahlah aku fobia darah, nampak orang muntah pulak rasa nak muntah sekali. Jadi aku cabut. Hot chick can wait.

Namun itu bukan nawaitu penulisan. Yang aku nak kongsi dengan semua adalah aku sebenarnya berdarah AB, atau lebih dikenali dengan 'si kedekut' dalam bidang menderma darah.

Berbeza dengan darah O yang boleh diderma kepada sesiapa sahaja, darah A dan B yang boleh diderma kepada si darah AB, darah aku pula gembira menerima semua tetapi tidak boleh diberi. Dengan kata lain darah aku seolah-olah darah eksklusif yang membawa tulah kepada penerima tidak sekufu.

Maka kenapa menderma?

Kerana meskipun darah AB tidak bergizi untuk diderma kepada pesakit, hal sebaliknya pula pada plasma darah, platlet dan lain-lain. Darah AB pula sebaliknya yang menjadi penderma agung yang sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Jadi, tak rugi la kan?

Dermalah darah. Anda mampu mengubahnya.

P/S: Kamon la Muz..