Monday, October 13, 2008

Mari Menderma Dara(h)..

Assalamualaikum..

Sabtu lepas selepas selesai menjalankan ujian amali PBX-Men, dan ketika aku sedang berkira-kira untuk pulang ke rumah, aku telah diserempaki dengan poster menderma darah di laman yang berkenaan. Lantas, aku pun mengambil keputusan impulsif untuk menjadi penderma semula. Kali kelima.

Sayang sekali awek yang menderma selepas aku muntah-muntah, jika tidak pasti sudah timbul bibit-bibit perkenalan yang mampu dibawa ke jinjang pelamin. Sudahlah aku fobia darah, nampak orang muntah pulak rasa nak muntah sekali. Jadi aku cabut. Hot chick can wait.

Namun itu bukan nawaitu penulisan. Yang aku nak kongsi dengan semua adalah aku sebenarnya berdarah AB, atau lebih dikenali dengan 'si kedekut' dalam bidang menderma darah.

Berbeza dengan darah O yang boleh diderma kepada sesiapa sahaja, darah A dan B yang boleh diderma kepada si darah AB, darah aku pula gembira menerima semua tetapi tidak boleh diberi. Dengan kata lain darah aku seolah-olah darah eksklusif yang membawa tulah kepada penerima tidak sekufu.

Maka kenapa menderma?

Kerana meskipun darah AB tidak bergizi untuk diderma kepada pesakit, hal sebaliknya pula pada plasma darah, platlet dan lain-lain. Darah AB pula sebaliknya yang menjadi penderma agung yang sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Jadi, tak rugi la kan?

Dermalah darah. Anda mampu mengubahnya.

P/S: Kamon la Muz..

5 comments:

Melodi Aku said...

Hasrat yang murni tetiba jadi keji apabila ia diselitkan dengan kehadiran manusia yang digelar GADES. Didalam apa2 bidang pun, kalau ada gades dia buleh menjadi stepping stone untuk kita. dan kadang2 jua dia menjadikan kita sakit buah hati. tetapi didalam cerita ini, aku merupakan seorang yang berdarah O. secara tidak langsung, anda semua pun sudah pasti saya jenis yang suka menderma. tetapi didalam konteks Derma darah yang akan berlangsung tidak lama lagi ini, saya agak takut kerana jarum - jarum yang digunakan adalah besar2 belaka. ia cukup untuk meng-injet seekor badak air yang. walaubagaimanapun, muz kamon la muz. kenangan lama jangan di simpan. layan je kali ni. aku pastikan awek cun ada tlg nnti.. :D

mapieceofart said...

boleh ke derma dara...?
bile lagi ade kempen derma dara ni yer...? bminat... wahahahahh...!!

+ tak suke derma darah... maaf... +

ratnakesuma said...

kamon la muz


(^_^)

Cik-MeGa said...

aku darah jenis O.
sepatotnye aku dialu-alukan menderma.
sbb rmai org bole gune darah aku.
tp, aku x derma.
sbb, ade org pnah kt derma darah tu bole menggemukkan.
yeke?
ermm...

++aku bukan muz++

amer zaman said...

saper muz?

ha?

dia pengsan bila derma darah ke wei?

ker dia tu suka isap darah?

muzz....muzz....apa nak jadi ko ni?