Tuesday, February 02, 2010

Inikan Pula Tempat Belajar..

Assalamualaikum..

Seperti yang ramai sudah maklum, aku tidak akan menyambung pengajian ke peringkat Ijazah dalam bidang Penulisan Artistik di Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (FACT) di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Sebabnya tidak lain tidak bukan adalah kerana tempoh pendaftaran yang sudah berlalu sedangkan aku masih pada status Tidak Tamat.

Puncanya, seperti yang dijangka adalah kerana subjek PBSM (HBU 134) aku yang masih dalam peringkat semakan markah sedangkan aku sudah memulakan proses pembetulan ini pada 12 Disember 2009 lagi!

Menggagalkan seorang pelajar sedangkan dia mendapat markah A- (76 berdasarkan intaian aku di unit ko-kurikulum di Induk) sekaligus meranapkan masa hadapannya. Aku terkial-kial ke hulu ke hilir membuat pembetulan dan anehnya, fakulti sendiri tidak tahu kewujudan kes ini.

Mungkin dasarnya sebarang aktiviti berkaitan ko-kurikulum diuruskan sepenuhnya jabatan ko tersebut, namun pada masa yang sama, sentralilasi membawa kepada karenah birokrasi dan bahananya subjek 'berhantu' ini menjadikan aku mangsa di saat paling genting, iaitu ketika aku mencecah klimaks garisan penamat, selain turut merentap peluang aku melanjutkan pelajaran, dan sejujurnya, masa hadapan aku!

Tahniah UiTM kerana kau telah menghidupkan mimpi-mimpi lintang, sekadar untuk membunuhnya di penghujung cerita..

5 comments:

amer zaman said...

*speechless*

Miss LaraLady said...

Saba jelah! kadang2 dunia ini tidak adil.

xxxxxx1xxxxxx said...

aku bukan kehilangan seorang tapi dua orang rakan sekelas...
Berkawan dengan budak muka ketat bukan jalan terbaik selain awook dan lalok...

dunia bukan kadang2 tak adil...
manusia yang mencipta ketidak adilan...
Tuhan dah cipta segala-galanya sebaik mungkin...
sabar Muhsin, ada hikmahnya...

MeGa said...

eh?
sampai macam tu?
nasihat aku, silalah marah 'orang-orang' yang berkenaan.
tak particular.
buat hidup & mase depn org mcm ni.
biar org label kt kurang ajar.
tak payah berlembut.
ko bukan bapuk.kan?
hak tetap hak.
xkan nk tggu ade anak 2 bru nak tukar status kepada TAMAT.

violetmemory said...

sabar je laaaa...