Monday, September 22, 2008

Anwar Dalang Pengaruh Asing?

Assalamualaikum..

Sebenarnya aku hampir tergelak apabila timbul amaran bahawa DSAI adalah dalang yang jika disokong akan menyebabkan negara kita terdedah kepada pengaruh asing.

Sebenarnya dakwaan ini tiba-tiba dibuat selepas usaha melaga-lagakan dua bangsa di negara ini menemui kegagalan. Mula-mula, ingat melayu akan ramai-ramai masuk UMNO bila isu bangsa dimainkan, sebaliknya, ramai-ramai pula bantah ISA.

Jadi?

Mulalah dikaitkan Anwar sebagai boneka negara asing yang akan menghancur dan menjahanamkan negara kita jika dibenarkan memerintah. Dengan kata lain dia ni macam agen CIA lah.

Err.. pengaruh asing yang macam mana?

Dari segi ekonomi? Bukankah kita dah pun lama sertai WTO dan meng'galak'kan pelaburan asing? Bukan setakat Amerika, berdozen-dozen negara membuka syarikat milik mereka di negara ini dengan kilang-kilang, factory-factory, stable-stable kuda dan lain-lain?

Dari segi politik? Best sangatkah Malaysia ni yang Amerika nak jajah secara politik? Itu ugutan zaman Mahathir. Sekarang ini Pak Lah yang berkuasa dan seingat aku tak pernah pulak dia kutuk Israel atau George Sorros. Sekaligus Malaysia dah tak menyengat dalam arena politik antarabangsa.

Ketenteraan? Senjata Amerika memang kita beli. Budaya? Tak payah cakaplah, takde Anwar pun dah lama kita ikut. Sukan? Layakkah kita? Agama? Amerika negara sekular dan kita pun ehem, macam negara sekular. Pendidikan? Yang kita ajar anak-anak di sekolah pun memang pakai Bahasa Inggeris.

Jadi?

Adakah ini retorik atau propaganda?

5 comments:

Wan Chel said...

bila dia mula bercerita politik yag dianggapnya kotor...
bila sudah mula...
bermula...

Cik-MeGa said...

dalang banyak...
saje bikin kecoh...
menjengkelkan ah~

amer zaman said...

ala...

takder modal la tu nak sound anwar..

najib beli kapal selam rusia taknak sound?

pak lah batalkan tambak sebab nak jaga hati singapura, taknak sound?

tu bukan membeli penaruh dari org asing ker?

mapieceofart said...

mungkin ia suatu retorika dunia yang menjadi laras bahasa sumbang politik haprak... gampangan semata...

+ wacana penulisan akan tiba... begitu juga suntingan skrip... sedia... +

Wan Chel said...

hidup anwar...
hidup pak lah gak..
buat ape la melayu sama melayu pun nak gaduh..bodoh..