Friday, January 30, 2009

Entri 5 : Hai Faizal Shamsudin, Selamat Tinggal!

Assalamualaikum..

27/01/09

Dari sebelum datang ke Melaka ini lagi, hati aku amat kurang tenang. Dari awal aku meneka-neka apa perasaannya, yang membuatkan aku tidak boleh tidur sama sekali, malam sebelum berangkat.

Adakah takut keluarga angkat tidak akan menerima keadaan fizikal menggelembung ini? Mungkinkah juga keluarga angkat nanti rupanya serba daif dengan air dicedok dari perigi dan malam diterangi pelita ayam? Bimbang juga kalau ibu bapa angkat akan setegas dan segarang Che Ah! Kalau perlu mandi di luar terpaksa pula berjingkit-jingkit tiap pagi membawa alatan mandi.

Akhirnya aku temui jawapannya, lepas Faizal selesai pusingan kedua permainan 'mesin basuh'.

Sebenarnya, yang menggusarkan fikiran, menyayat hati dan mengairkan mata, semua itu, berpunca dari benda yang pasti ini, selepas enam hari itu, yang dipanggil PERPISAHAN..

No comments: