
Pada 4 Ogos 1892, iaitu pada tahun yang sama kelab bolasepak Liverpool FC ditubuhkan selepas bercerai talak tiga dengan Everton FC, berlakuya pembunuhan dahsyat di 92 Second Drive, Fall River, Massachusetts yang terletak di timur laut Amerika Syarikat.
Bapa Lizzie, Andrew Jackson Borden, dan ibu tirinya Abby Borden, telah ditemui mati dibunuh di dalam rumah mereka. Selain Lizzie, satu-satuya saksi yang ada di dalam rumah itu pada waktu tersebut adalah pembantu rumah, Bridget Sullivan. Pakcik Lizzie, John V. Morse, adik kepada isteri pertama Andrew Borden, sedang menginap di rumah tersebut pada waktu itu untuk lawatan, tetapi tiada di rumah semasa kejadian. Emma Borden, adik Lizzie, juga tiada di rumah.

Tenang? Mata kirinya terbelah dua selain tengkoraknya hancur memburaikan otak. Mujur gambarnya hanya hitam putih kalau tak sumpah tak pos kat sini.

Motif kejadian? Dikatakan Lizzie dan adiknya Emma tidaklah puas sangat tetapi lebih tidak berpuas hati apabila harta ayahnya dibahagi-bahagi kepada sanak-saudara tanpa memikirkan mereka. Rumah mereka pun dengar katanya akan diberi kepada saudara juga. Ye la, dah la andartu, kerja pulak takde, harta bagi kat orang luar, sapa tak marah. Tapi taklah sampai katuk ayah sendiri camtu. Derhaka, derhaka.

Malah diberitakan Lizzie pernah cuba membeli racun sianida tetapi tidak dijual kepadanya. Katanya nak digunakan mencuci kot kulit anjing laut. Betul tak tipu. Racun ini pernah digunakan oleh Adolf Hitler untuk membunuh diri, tetapi benar atau tidak siapa yang tahu?
Malah beberapa hari sebelum kejadian kedua-dua adik beradik itu bergaduh besar dengan orang tua mereka, dan Lizzie dan Emma masing-masing keluar membawa diri dari rumah itu. Namun Lizzie pulang lebih awal atas sebab-sebab "peribadi". Atas sebab-musabab yang mencurigakan ini, Lizzie ditahan dan dibicarakan atas dakwaan membunuh kedua orang tua kandung + tirinya.
Satu lagi teori yang pelik mengaitkan bahawa Lizzie adalah seorang lesbian, dan membunuh ibu bapanya kerana cinta terhalang. Macam pelik je.

Bagaimanapun, selepas sejam berbincang, pihak juri mendapati Lizzie tidak bersalah dan dia telah dibebaskan dari sebarang pertuduhan. Senjata pembunuhan didakwa tidak ditemui, selain tiada bukti terdapat darah pada Lizzie sejurus selepas pembunuhan tersebut. Fakta bahawa dia cuba membeli racun juga tidak dihujahkan di dalam mahkamah.
Seperti kes Jack the Ripper di kota London, dan The Zodiac Killer pada tahun 60-an, kes ini masih belum selesai hingga ke hari ini. Banyak fakta, teori dan suspek baru yang dicadangkan, tetapi tentu sahaja itu semua tidak lagi berguna kerana mengenang laluan liku alam itu tak semudah menderunya suara bara yang mendesir di jalanan.************************************************************************************
Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Lizzie_Borden
http://www.liverpoolfc.tv
http://en.wikipedia.org/wiki/Prussic_acid
Gambar: http://en.wikipedia.org/wiki/Lizzie_Borden
1 comment:
kalau coffeeHolic nak buat apa2 research atau assignment,
rasa2nya coffeeholic dah tak perlu susah2 nak byr duit cc mahal2 untuk spent berjam2 cari bahan assignment lagi, sebab rasanya page ini mungkin akan cukup membantu:)
hehehehe
teruskan!
Post a Comment