Saturday, April 05, 2008

Wira Tempur..


Kebanyakan manusia hidup dengan mengidolakan yang lain..

Aku ada ramai idola..

Watak komik juga idola aku..

Penjejak Neraka, Sang Harimau Kumbang, Waja Timur, Sang Airmata, Penjejak Neraka, Hatake Kakashi, Uchiha Itachi, Jiraiya no Ero-Sennin, Harimau Hitam, Penjejak Badai, dan bersusun lagi..

Dalam perkembangan terbaru yang mengejutkan, watak-watak yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula..

Antaranya Penjejak Neraka (gambar)..

Maafkan kenaifan ini, tetapi aku masih ingat perkara pertama yang aku tanya pada adik aku sebaik sahaja sampai dari lapangan terbang setelah pulang dari Jordan pada hari hari awal tahun 1998 adalah, "Penjejak Neraka lawan Orga, siapa menang?"

Adik aku menjawab, "Penjejak Neraka. Tapi dia dah mati.."

Aku rasa itulah dua minggu yang paling aku sesali seumur hidup, secara naif tentunya, kerana aku terlepas menemani watak kegemaran aku menempuhi pertempurannya yang terakhir.

Penjejak Neraka yang gagah dan berkarisma, memimpin Kota Neraka (Asia) menentang Orga dan Blue Dream, telah tewas dengan cara yang keji. Blue Dream telah meyerang hendapnya dan menyebabkan Penjejak Neraka menemui ajal.

Meskipun Orga cuba menebus kesilapan adiknya dengan cara bertempur secara adil satu lawan satu tetapi aku faham itu hanyalah penghormatan terakhir untuk seseorang yang akan mati.

Apabila kau sudah puas menangisi pemergian seseorang, kemunculannya semula tiba-tiba menyongsangkan apa yang kau kenang selama ini.

Kenapa!!??

Uchiha Itachi pun dah mati. Tak tahu siapa bunuh, tapi pada waktu itu dia sedang bertarung dengan Sasuke.

Kenapa!!??

5 comments:

amer zaman said...

aku pun sama.
rasa macam tak percaya son goku mati dalam dragonball 37.

tapi,seb baik dia hidup balik. terima kasih dewa kerbau!

amscreamo said...

hahahahaha..kakashi tetap cool macam aku

Ande Sikutawangsa said...

aku suka kartun doraemon ngan power rangers.

gaffertape said...

hahaha bagi aku idola aku ialah DEWATA AWAN BERAPI,watak Paling hebat dalam arena komik hong kong bersemangatkan samurai.

Cuba baca Komik Dewata Awan Berapi Edisi Khas,bangat best

si kosong said...

beb..ko minat Wira tunggal??ada join wira tunggal legacy x??
himpunkan sume peminat wira tunggal dari seluruh malaysia..

kalau blm email aku kat sham_orochimaru@yahoo.com