Monday, April 21, 2008

Blog Uda vs Blog Dara

Assalamualaikum..

Berikutan perselisihan entri bahana tempelan fairuz@melodiaku@diam.blogspot tempoh hari, timbul kontroversi penuh provokasi yang sungguhpun suam-suam kuku, sengaja enjin aku hangatkan dek kedinginan malam yang mencengkam.

PERHATIAN: Isi kedua-dua blog ini hanyalah contoh/sampel menggambarkan teknik penceritaan berbeza antara dua jantina. Rekaan semata-mata dan tiada kena-mengena degan mana-mana manusia hidup, manusia mati, manusia sinetron atau manusia emosional.

Contoh blog anak gadis (alamat rekaan: akucintaakurindu.blogspahi.com):

Tajuk: Dari Rindu Kepada Cinta

Cinta,

Aku ingin ketemu sama kamu. Masih ingat sama aku? Aku Rindu.

Tanpa Cinta masakan ada Rindu, dan tanpa Rindu, Cinta bukanlah Cinta sejati. Masih kuingat, Cinta, saat kita berdua bersama rakan-rakan yang lain? Aku, kamu, Kasih, Mesra, Kejujuran, Janji dan Setia. Alangkah bahagianya kita pada saat itu. Dalam telefon hanya nama kita yang disebut. Dalam mesej hanya kita yang ditulis. Dalam tidur hanya kita jadi mimpi.

Tapi tiba-tiba datang Cemburu. Datang Curang. Datang Curiga. Tiba-tiba kita hilang satu persatu. Sudah lama aku mengesyaki, Cemburu mencemburui Kejujuran, Curiga bencikan Setia dan Curang mahu memusnahkan Janji. Akibatnya kita berpisah, berpecah-belah. Tiada lagi Kasih, tiada lagi Mesra. Akhirnya, apabila Setia pun sudah meninggalkan kita, aku dan kamu pun berpisah.

Cinta,

Aku benar-benar ingin ketemu semula sama kamu. Selepas kita berdua bersatu semula, kita cari Kasih, kita jenguk Mesra, kita jejaki Kejujuran, Insya Allah Janji dan Setia pun akan datang juga nanti.

Jangan biarkan Rindu terus merindu.

Yang Benar,

Rindu.

Ditulis pada pukul 3 pagi sambil mendengar lagu Stick With You, Nicole Scherzinger.

Macam cerpen tak?

****************************************************************************************************************************

Contoh blog anak jantan (alamat rekaan: if*ckyourmomma.blogspahi.com):

Tajuk : 3 pagi. RM3.

Pukul 3 pagi. Dalam poket RM3. Aku masih di tengah-tengah bandaraya. WTF? Bahana mengikut Toke, tidur di Masjid Jamek kedengaran seperti penyelesaian terbaik. Kemungkinan dianggap mat gian masih ada.

Seperti menonton filem-filem bildungsroman/road movie melayu era 80-an, dalam erti kata lain seiras Azroy dalam Gila-Gila Remaja, aku terperangkap di sini. Ya, bahana mengikut Toke!

Aku slow talk dengan Toke, yang ada RM3 kurang dari aku. Memandangkan satu-satunya orang yang kami kenal di bandaraya adalah diri masing-masing, dan wang yang dimiliki memustahilkan sebarang penumpangan bas, lrt (mahupun lori), kitaorang nekad mintak ditumpangkan teksi ke kolej sebelum pengambilan wang di sana menuntaskan sebarang urusan transaksi dengan drebar teksi.

Sebuah rancangan foolproof? Di atas kertas, ya.

Namun memikirkan semula, wang yang akan dibelanja tentu sahaja mencecah puluhan ringgit. Jumlah tak-mampu-bayar meskipun sesudah berkunjung ke mesin Along di koridor IS.

Mungkin dah tiba masa menggadai tubuh?

KL Metropolis, 3 pagi. Muzik latar: Linkin_Park_-_Faint

Macam skrip filem tak?

kui kui kui...

4 comments:

Ande Sikutawangsa said...

pandai ko buat rekaan cerita ya muhsin muhtel.
haha.

(fairuz suruh panggil ko muhtel tapi aku tipu ko sebenarnya)

Melodi Aku said...

wah. muhsin. anda memang hebat didalam penulis . (agaknya)

em..bahana kau john melawi. ko fitnah aku. dia marah aku. tapi. dia takkan marah aku seteruk mana. kerna aku adalah sahabat karib yang suka mengeletek liang - liang romanya. mauhaua

amscreamo said...

haha..
blog syah dan adik angkat dia.
ko kena buat gak ni.
haha

amer zaman said...

adik angkat syah?
siapa?
ada blog juga?