Wednesday, March 18, 2009

Janji Itu Indah Bila Ia Ditunaikan..

Assalamualaikum..

Selepas kegagalan misi Laskar Pelangi Riri Riza, aku tercari-cari apa pula skene romantis yang mampu aku hadirkan buat melestari istimewanya kepulangan cik wani ke tanah bertuah semenanjung ini.

Jika janji mengahwini cik wani sudah dibuat bertahun dahulu, janji membawanya berjalan-jalan di tepi pantai adalah janji yang lebih tua lagi. Ia janji bila aku dan cik wani masih belum putus, sudah putus, dah sudah tidak putus semula. Ia janji yang diikat ketika kebanyakan kamu mungkin masih belum kenal apa itu slip result SPM.

Sebenarnya janji membawa anak dara orang ke tepi pantai melihat matahari terbenam berdua-duaan agak berat untuk aku tunaikan. Mungkin aku bukan orang baik-baik, tetapi kata kerja berdua-duaan di tepi pantai agak segan aku kerjakan, mungkin kerana adjektif ber'dua-duaan' itu.

Namun aku dah tak sanggup lagi mengecewakan hati yang selalu aku kecewakan itu. Semalam ketika cuaca cerah dan langit masih belum mahu muntah aku ajak juga cik wani ke tepi pantai. Dan kawan, bahagianya menjadi lelaki apabila janji yang kau tunaikan membahagiakan insan yang amat kau sayangi.

Haha, aku memang ROMANTIS..

7 comments:

amer zaman said...

habislah kau...
blog kau dah jadi jiwang....!

(poster laskar pelangi yang ada tandatangan riri reza tu aku sayang sebenarnya)

muhsinsenpai said...

nak balik ke? aku bagi la..

Cik-MeGa said...
This comment has been removed by the author.
Cik-MeGa said...

percayalah, betapa bahagianya si gadis bile lelaki menunaikan janji mereka..
(aku ber-emosi jiwang bole?)

(the first comment have been removed sbb...ko da bace dan tau ape sbbnye)

muhsinsenpai said...

orait!

ratnakesuma said...

hahahhahahaha...
ko kna berterima kasih dekat aku. kenapa? aku x nk jwb. tp ko mmg kna berterima kasih dkt aku.


sbb cuma kau je yang tau jawapan dia....
hahahahahha....



-alhamdulillah-

Anonymous said...

ehehehe ...

chumel bile lelaki tetibe jd mantis~