Wednesday, March 04, 2009

Dari Puncak Alam ke Alam Muzik


Assalamualaikum..

Ratusan atau ribuan penonton Alam Muzik, jika ke sana bukan atas dasar jemputan, tentu sekali ke Panggung Sari Istana Budaya pada malam-malam 27, 28 dan 1 hb kerana menghargai/ mengagumi/ menyanjungi karya sifu M.Nasir itu.

Tetapi aku, disela-sela hujan malam 1 Mac, ke sana untuk berrekonsilasi (reconcilation).

Pemergian aku ke konsert 'orang tua' tersebut bagai kepulangan seorang anak yang sekian lama membawa diri, merajuk kerana ayahnya kahwin lagi dengan dara pujaan. (Tak, kak Marlia Musa bukan pujaan aku, ini analogi tau analogi?)

Mungkin kerana dia memilih untuk menjadi Hang Tuah dalam cerita tak laku ter'mahal', atau kerana menyandang jawatan Pengetua AF, hati ini tiba-tiba terasa tawar dengan apa sahaja yang diperjuangkannya. Mana lantangnya suara berani beliau dahulu, 'Persembahan mereka ketinggalan zaman' -juara lagu 94- dan ayat provokatif seperti ''siapa mahathir"? Apa sudah jadi dengan kembara seniman jalanan?

Aliran populis yang tiba-tiba diambil, selepas Phoenix Bangkit yang sebenarnya satu mahakarya menjadi anutanku, tiba-tiba terasa begitu menggigit hati. Terasa dikhianati. Seperti Darius yang meninggalkan Grayson. Bagai Itachi menganiayai Sasuke. Macam ditipu oleh pensyarah.

Tapi malam 1 Mac bukan malam prinsip. Ia malam meraikan alam muzik, dan aku beranikan diri ke sana biar aku tahu ia akan menghantui aku kemudiannya. Sama ada aku benar atau tidak biarlah masa menentukan..

Tak, aku tak mahu bercakap tentang suasana happening, senarai lagu, artis yang datang dan lain-lain. Hal-hal kulit biarlah orang lain yang sentuh. Cukuplah aku sentuh soal hati.

Bubye.

2 comments:

amer zaman said...

haha..
penulisan sangat kontras dengan kata-kata kau bersama pemilik blog shazmiera...

apa-apa pun, terima kaseh untuk menjadi teman aku menari rentak ala ska masa lagu ada.

Wan Chel said...

tua penyanyi sama tua dengan kau...
dasar hipokrit...
ngaku je la wei...

amer zaman...
zaman da berlalu...
pendatang 2 buka patut dipuja...
tiada apa darinya...
selain Tuhan Yang Esa...