Friday, October 31, 2008

Ini Bukan Cerita Pendek (memang bukan cerita pendek)


Assalamualaikum..

Sebagai seorang pemain catur yang takzim, salah satu perkara yang paling tak boleh blah adalah menjadi mudah diduga (predictable). Apabila itu berlaku, pemain lawan akan dengan mudahnya bersedia untuk mempersiapkan diri menghadapi apa-apa serangan yang akan aku lakukan. Gerakan akan dipintas dan akhirnya aku akan dikalahkan. 0-1.

Begitu juga jika menjadi seorang penulis. Menulis sesuatu yang bisa diduga semua menjadikan cerita yang ditulis mirip penulisan akademik dengan mengantisipasikan logik dan mantik, mengenepikan kreativiti dan imaginasi.

Dalam beberapa penulisan aku yang lepas, aku pernah menulis cerita yang dapat diduga semua dari awal (taulah sendiri cerita apa). Dengan kata yang lain, menamatkan cerita tersebut akan membuatkan semua pembaca akan mengisytiharkan: 'aku dah agak dah!'

Imbas kembali. Dalam penulisan tersebut, ayat pertama aku adalah:

'Pandi merengus. Manusia-manusia durjana yang mengurungnya...' yang sekaligus mendatangkan klu atau bayangan yang cukup mudah untuk ditaakul.

Rengus dan manusia durjana melambangkan pelakunya atau watak tersebut bukanlah manusia. Cuba jika aku tukar ayat tersebut supaya berbunyi begini..

'Pandi menitiskan air mata. Rakan-rakan yang selama ini dipercayai telah mengkhianatinya..' akan kelihatan lebih manusiawi dan mungkin akan menyebabkan mereka yang kurang bersedia memiliki pemahaman berbeza.

Dengan kata lain, menjadi penulis tidak semestinya mementingkan apa yang hendak disampaikan, tetapi barangkali cara atau teknik penyampaian menjadi penentu keberkesanan penulis membuatkan pembaca kekal kagum dengan mistikus dari penulis dalam penulisannya.

Contoh filem pula. Seingat aku, filem 'Sepet' sering dianggap orang antara filem yang baik. Padahal filem itu, secara dasarnya, sama sahaja dengan filem Sembilu 2005. Isunya tentang percintaan antara 2 bangsa berlainan. Cuma satu menggunakan pendekatan Yasmin Ahmad dan satu lagi Yusuf Haslam. Ada sesiapa yang kata filem Sembilu 2005 best?

Bayangkan filem Duyung jika dibikin penuh dengan unsur mistik. Mungkin dengan kerajaan dasar laut, atau si duyung bertutur bahasa Sanskrit atau bahasa Indo-Aryan purba lain. Mungkin juga jika antagonisnya bukan manusia biasa, tetapi naga (dalam budaya melayu naga adalah makhluk air) dan lain-lain. Mungkin kita akan ada sebuah filem yang setanding dengan filem fantasi barat seperti LOTR , Pan's Labyrinth dan lain-lain.

Kos? Itu bukan bidang aku. Sebagai penulis, yang aku idamkan hanyalah sebuah cerita yang memukau khalayaknya.

3 comments:

amer zaman said...

filem pertama yang menagjar aku pasar twist ni...fight club..
tapi aku merasa beautiful mind lagi baik..

karya sastera..banyak..tapi jika berbual tentang filem..melayu khususnya, tak banyak yang buat cmni..

oh ya..sebenarnya banyak..tonton samarinda..mula-mula kita kenal watak daniel tu perengus. dia jumpa ariana, dia berubah jadi baik. akhirnya, dia dapat tahu yang dia dan ariana tu adik beradik. tapi dia rupanya boleh kahwin kerana dia bukanlah anak sebenar bapanya.

amacam?
bleh lawan m.night shyamalan?

muhsinsenpai said...

twist adik beradik banyak dalam cerita korea. serius boring..

muhsinsenpai said...

insya allah..