Sunday, June 01, 2008

Hari Indah di Atas Cameron

Mak bapak aku menyambut ulangtahun perkahwinan ke-26 Sabtu lepas. Sehari sebelumnya, kami sekeluarga naik ke Cameron menghirup udara segar percutian.

Naik menggunakan jalan Tapah-Cameron Highlands, keadaan jalan berliku nyata memeningkan. Tiba ke Ringlet terasa loya bagai mengandung anak sulung. Mujur perut kosong sebelum naik menyelamatkan keadaan, jika tidak nasi lemak dan teh tarik pasti bertaburan di tepi jalan mencacatkan pemandangan para pelancong yang ingin menikmati keindahan banjaran Titiwangsa. Orang-orang asli yang ditemui ternyata lebih santai meluncur ke destinasi.

Tiba ke Tanah Rata, Ladang Teh tempat pertama yang dijenguk. Pukul 11 pagi dan ternyata solat Jumaat hanyalah jama' qasar taqdim. Tambahan pula rombongan dua kereta menyukarkan sebarang proses keterpisahan.

Ladang strawberi menghampakan kerana strawberi hanya ada dalam paket-paket jualan manakala pokoknya masih mentah untuk membiak. Tak akil balgih lagi. Bergambar tetap bergambar.

Di mana makan tengah hari? Hospital Cameron Highlands. Tempat ideal untuk keluarga yang memboikot kedai mamak (mak aku aje) untuk menjamu selera. Tiada gambar sempat diambil kerana terlalu terkejut.

Tempat tempat berikutnya adalah rutin. Tempat bunga, tempat sayur dan tempat buah kerana tiada siapa ke Cameron kerana hendak membeli kambing atau kereta. Beli untuk tok nenek di kampung dan selebihnya memenuhkan stok d i rumah. Aku belilah bunga sedikit nak diberikan pada cik Wani. Aku tahu beliau tak minta apa-apa. Tapi hati manakah yang membisik tika bayu menerjah kerawang bertanyakan erti janji semalam?








Apapun yang pasti perjalanan ke Cameron adalah untuk memenuhi ajakan keluarga, tika masa adalah lebih santai mengh abis kan masa di rumah menonton wonderpets, bermain sudoku dan menulis blog.

Untuk mak dan bapak, selamat menyambut ulang tahun perkahwinan..

2 comments:

Cik-MeGa said...

Tapi hati manakah yang membisik tika bayu menerjah kerawang bertanyakan erti janji semalam?

aku suke ayat neh. sedang bibir ketawa, otak aku sumpah x mengerti apa2...
maka, bila ko & cik wani nk sambut ulang tahun perkahwinan?

muhsinsenpai said...

belum lagi.. sedang mengharap..