Tuesday, January 26, 2010

Aku Mewakili 5 Orang Laen..

Assalamualaikum w.b.t..

Mengikut purata, rakyat Malaysia hanya membaca 2 buku setahun.

Tapi aku telah membaca 12 buah buku (itu yang aku ingat) tahun lepas. Maknanya, aku sudah mengambil tanggungjawab untuk membaca bagi pihak 5 orang yang lain (6 termasuk aku)..

Buku-buku yang aku baca pada 2009 adalah:

1. Laskar Pelangi: Buku terbaik yang aku baca tahun lepas. Kisah anak-anak melayu (walau bernegara indonesia) yang gigih menuntut ilmu, biar kaki ditarik oleh kedaifan dan hidup serba kurang. Kalau ada peluang belajar tu, GUNAKANLAH DENGAN SEBAIK_BAIKNYA.

2. Sang Pemimpi: Sekuel kepada novel/filem dengan tajuk di atas. Sama menariknya, biarpun kini watak-watak baru seperti Arai, Jimbron dan lain-lain mula muncul. Anggota Laskar Pelangi hanya disebut sedikit sahaja.

3. Edensor: Sekuel seterusnya. Kisah kembara di benua Eropah, Afrika dan ringkasnya dunia dalam mencari cinta. Sekuel ini agak mellow macamnovel cinta. Tak gemar sangat.

4. Maryamah Karpov: Bahagian 'terakhir' dari tetralogi ini. Penamatnya tak diduga, kerana cinta tidak semestinya terkarang bunga-bunga indah. Namun dengar khabarnya akan ada sambungannya kelak.

5. The Alchemist: Buku yang pertama aku baca pada 2009. Menegaskan konsep Law of Attraction yang dibahankan oleh seluruh dunia akademia. Namun pada aku impaknya masih ada, menegaskan cita-cita sebenarnya hidup dan boleh dihidupkan.

6. Sejarah Melayu: Aku baca sewaktu ambik subjek Naskhah Klasik. Khatam dan sedar Tuah di dalam Sejarah Melayu adalah seperti Rock Lee dalam Naruto. Semua tahu dia hebat, tapi dia tak penting.

7. Hikayat Hang Tuah: Atas sebab sama, tapi Hang Tuah di dalam Hikayat (namapun hikayat) adalah superhero masyarakat melayu lama. Dialah sahabat, patriot, cendekiawan, wali, pedagang, diplomat dan semuanya sekalilah.

8. The Road To Omaha: Karya karangan Robert Ludlum (The Bourne Trilogy) ini aku baca sewaktu praktikal di DBP. Ia sebenarnya sekuel kepada The Road To Gandolfo. Menghiburkan dan sesuai untuk mencuri masa.

9. Ceritalah 3: Karya Karim Raslan ini aku baca selepas dibayar RM100 oleh kekasih gelap Muz. ia merupakan buku sosial/politik pertama yang aku baca semenjak sekian lama (sebelumnya buku Kenichi Ohmae: The End of The Nation State). Sesuai dibaca jika kau suka melihat garapan seorang journeyman.

10. The Scarecrow: Buku kedua dari RM100 itu. Cerita thriller biasa dari Hollywood. Cerita orang putih pun dah selalu basi.

11. Double Cross: Satu lagi cerita thriller orang putih. Kali ini adik aku yang pinjamkan. Aku baca sekejap sahaja dah habis. Kurang syiok.

12. Al-Quranul Karim: Waktu bulan puasa.

Buku yang aku mungkin baca tahun ini dan mungkin juga tahun lepas: Buku2 Lee Child.

Buku2 yang au baca separuh je: Buku pasal sunan kunun wali tu, menyampah.

Buku pertama aku baca tahun ni: Buku ilmu rumahtangga. Segan plak nak cerita.

4 comments:

amer zaman said...

kau memang banyak baca...

muhsinsenpai said...

aku belum berani menulis, kerana aku belum cukup membaca..

amer zaman said...

kalau macam tu, kau takkan menulis...

muhsinsenpai said...

biar saja, asal aku tak menulis picisan-picisan, semata-mata mengumpul perca, yang kujahit semua, menjadi selimut bergelar uang!