Thursday, October 29, 2009

Telefon.. Kami Datang..

Assalamualaikum..

Tiba dari rumah di Puncak (trip kedua), Shazwan sudah menunggu dengan mini transkrip yang diprint oleh beliau atas permintaan aku. Dia kata percuma, mungkin sebagai tanda rasa bersalah. Haha, kawan, aku tak marah.

Selesai pendaftaran, nama dalam senarai sedikit menjengkelkan. Jumlah yang memohon terlalu sedikit menandakan ramai yang aku kenali kini takkan aku temui lagi sampai bila bila atau sekurang-kurangnya satu tempoh yang cukup lama (Demi tuhan itu yang berlaku bila aku memutuskan masuk UTP dan bukan UTM cam budak TI lain).

Bilik menunggu menayangkan cerita-cerita bosan sementara aku dan shazwan menunggu. Entah mengapa, sungguhpun aku dan Shazwan tak sekacip dulu, mungkin masih ada sisa sisa dalam menyelamatkan hubungan ini. Chewwah drama!

Muz tiba di pertengahan sesi, membawa berita dia hampir pasti tidak akan menyambung di sini, atau sekurang-kurangnya dalam jurusan yang sama. Kecewa dengan seseorang agaknya? Atau dia ingin jadi Ikal?

Temuduga kemudian bertukar menjadi sesi ramah mesra antara aku, Encik Wira dan Puan Lela. Mungkin kerana aku tidak pandai menipu, aku terus terang mengatakan aku lebih minat penulisan dari skrin kerana aku benci bidang teknikal perfileman. Jangan tanya aku pasal teknik kamera, pegang kamera video pun kekok. Mungkin itu yang buat aku 'takut' nak bertukar, selain faktor usia yang merambat aku macam Torres merembat Ferdinand. Hahahaha.

Untuk mengakhiri hari yang serba celaru, sebatang cerut menemani aku melewati malam yang tiba-tiba terasa sepi.

3 comments:

amer zaman said...

bukan ikal...aku tak genius

tapi arai...

dia seniman kehidupan bukan...?

tu yg aku nak buat...

muhsinsenpai said...

arai tak pernah mengalah menanti zakiah nurmala.. kau pula bagaimana?

amer zaman said...

aku dah kata aku suka arai kan...

maafkan aku, boi!

err...tapi aku takkan setabah ikal.