Monday, June 09, 2008

Saved By The BEL

Assalamualaikum..

Dah tengok keputusan peperiksaan?

Bagi yang belum, sila semak keputusan anda di sini.

Alhamdulillah, aku sekali lagi ketemu Damn List. Namun sesuatu yang menarik untuk dikongsi di sini, GPA aku hanya diselamatkan oleh BEL. Dengan kata lain, tanpa subjek BEL, GPA aku takkan dapat mendekati Damn List ini. Malah yang lebih menarik, kawan-kawan aku memiliki markah GPA -BEL yang lebih tinggi dari aku. Dengan kata lain aku bukan lebih pandai, cuma nasib baik sebab semes ini masih ada subjek BEL. Semes hadapan mungkin aku akan kecundang.

Sekretariat M (bukan nama sebenar) misalnya, hampir-hampir mendapatkan Damn List tanpa melibatkan BEL. Jika Konferensi mendatangkan gred, beliau pasti diberi A dan akan mendapat DL tanpa perlu diragui lagi kerana kehadiran beliau yang penuh bersama cik pap (nama timangan sebenar). Malah beliau telah mendapatkan A dalam subjek Teori & Apresiasi Filem! Aku hanya dapat B dan orang tua lagi sorang tu dapat C!

Sahabat aku seorang lagi iaitu sekretariat S (juga bukan nama sebenar) pula lebih malang. Beliau telah berjaya mendapat GPA menyerupai DL 3.5+, namun kerana kehadiran penjajah ke negara ini beberapa ratus tahun dahulu, yang menyebabkan pelajaran Bahasa Inggeris (BEL) diwajibkan, beliau telah kejatuhan sedikit. Secara keseluruhan beliau telah mendapat A dalam semua matapelajaran yang aku dapat B. CTU, Teori Filem, Cinefoto dan Seni Visual.

Kisah yang lebih menyedihkan adalah tentang orang tua S. Dia dan aku dianiaya Khong menyebabkan markah subjek Teori kitaorang rendah. Tapi sebab jawapan exam aku bagus aku dapat up sket. Kalau markah Teori dia bagus dia pun dah dapat DL (3.67).

Moral of the story? You go straight. You don't belok-belok. Lain kali baca NST. (aku baca The Star.)

p/s: takde niat buruk atau songsang dalam analisis ini.

6 comments:

Miss LaraLady said...

Hahaha"
korang hebat!

Anonymous said...

semester depan ada lagi satu subjek jajahan - asas menterjemah. korang akan bertemu datin noraini. aku menjual buku dia. ada sapa2 nak beli? aku jual dgn harga rm 15 shj. sapa2 nak boleh jumpa aku.

anyway, dlm kelas tu, kalian akan bertemu dengan perkataan baru

"BASTARDISATION",


Apapun, penjajah harus ttp di tentang, bukan ditatang.

*keliru, aku harus bergembira atau bersimpati?

urm.

Cik-MeGa said...

congratez ek...

utk asas menterjemah gak, korg akn diajar penggunaan ayat yg betul...

conth: "good morning young lady" tak sama dgn "good morning slut". walaupun young lady tu probably bole jd slut....
ngahahaha~

amer zaman said...

seb baik pbsm aku tak kantoi lagi....

Aina said...

memang subjek english ni membuatkan ramai student jatuh gpa nye..
penting ke sebenarnya blaja english?
org jepun tak pandai ckp english pun, leh maju dengan jayanya..
emmm..

ratnakesuma said...

wah3....
kemain lg nko selidik markah org laen ek..........


sebab bel jgk lah pointer aku takat 2 jek...

nak gak merasa Damn List, tp nmpaknye, x kesampaian.........