Tuesday, October 20, 2009

Telefon.. Telefon Berbunyi..

Assalamualaikum...

10 Malam - 18 Oktober:

Bunyi telefon dari dalam bilik berdering-dering. Aku yang sedang menonton televisyen terkedek-kedek berlari dari luar mendapatkan alat komunikasi yang dipanggil Cik Wan itu. Malang talian sudah ditamatkan sebelum aku tiba. Nyata lambat kerana kaki tak sepanjang Bolt.

Nama pemanggil diperiksa. SHAZ. Mungkin kerana urusan Dilema Panggung? Boss telefon boss?

Aku redial. Khabar diharap amat berbeza. Esoknya ada temuduga, padahal jawapan dalam student portal aku gagal. Antara harap dan kecewa aku dengar saje apa yang rakan sejawat, sekelas, sebilik (bekas), sekaraoke (jangan harap dah aa..), sebowling (dua-dua dah buyut tak larat dah..) ucapkan.

Esok pukul dua. Tak perlu bawak sijil, tangan kosong saje. Sekurang-kurangnya itu yang dia ucapkan. Atau smskan. Dan aku terima apa yang ditulis tanpa banyak bicara.

Firman Allah Taala,

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (al-Hujurat, 6)

Pukul 1 Petang - 19 Oktober

Aku tiba sedikit awal dari waktu temuduga. Mungkin menyediakan diri untuk perkara tidak diduga. Shazwan aku hubungi untuk mendapat kepastian waktu dan tempat. Bagai ditakdirkan tuhan, au terserempak dengan lelaki dulu kurus sekarang boroi itu di luar PTAR. Fail di tangan menjadi perhatian:

Aku: Eh, kena bawak fail ke?

Shaz: Kan aku dah mesej kau semalam?

Setelah proses script reading berlaku, kesilapan dikesan. "Jangan lupe bawak" ditulis "Jangan le bawak" menyebabkan aku melenggang kangkung datang bertemuduga. Akibatnya (mujur 1. ada kereta. 2. rumah dekat) aku terpaksa buat aksi transporter mengambil apa-apa yang patut di rumah.

Secara jujur, aku sudah acapkali diuji perkara sebegini. Kehabisan minyak kereta sewaktu amik PBSM. Kalkulator tertinggal sewaktu amik exam calculus (kat utp), Flight delay waktu amik cik wani kat airport. Secara jujur juga aku sudah belajar bersabar, dan sikit pun aku tak marah tadi. Rasa kelakar ada la..

Hahaha..

(Bersambung la, panjang lagi cerita ni..)

1 comment:

Wan Chel said...

Hahaha...
apa yang perlu dikomen?
benda dah nak jadi...
niat hati nak bagitau kawan pasal interview tapi susahkan kawan pulak...ish3...
takpe2...sabor la yea..
tapi firman tu macam nak kenakan aku ke Ha???hehehe...