Wednesday, May 14, 2008

Siri Aku Bosan Aku Wiki: Kopi

Assalamualaikum..

Memandangkan Jaja je yang selalu jenguk dan komen blogsite aku sekarang ni, maka aku berbesar hati buat satu entri tribute untuk beliau.. KOPI!

Nanti kalau site aku dah popular cam Muz punyer, tak dapat la post menda-menda camni dah.

Kopi merupakan minuman yang ditonggang secara meluas oleh penduduk di seluruh dunia. Berjuta-juta cawan kopi telah diminum oleh manusia setiap hari. (retorik perifrasis) Kopi juga boleh dianggap sebagai salah satu minuman utama dunia, meskipun rakyat Malaysia lebih menggemari teh tarik. (Gambar bukan mamak sebenar)

Kopi yang biasa diminum biasanya dari biji Coffea canephora (aka Coffea robusta) dan Coffea arabica. Jenis arabica adalah lebih lazat dan mengghairahkan kerana kurang kafein, tetapi pohonnya lebih mudah diserang penyakit selain mahal berapi. Kebanyakan kopi yang diminum kita di dalam dunia ini adalah dari spesis robusta, dan ianya lebih pahit, harap maklum.

Mengikut hikayatnya, orang-orang Afrika atau lebih spesifik lagi, orang Ethiopia (Habsyah) merupakan bangsa pertama yang meminum kopi ini. Namun orang-orang Islam yang terlebih dahulu memperkenalkan teknik memanggang biji kopi untuk dijadikan minuman, dan ia digunapakai sebagai tekik rasmi hingga ke hari ini.

Orang-orang Islam mula meminum kopi secara meluas, menggantikan khamar (arak) yang diharamkan. Malah mengikut cerita, kopi turut diisytiharkan haram pada sementara waktu kerana ia terlalu popular, namun ditarik semula kerana didapati tiada bahan-bahan haram di dalam kopi. Ironinya, masyarakat Kristian barat pada ketika itu turut cuba mengharamkan kopi kerana dianggap "minuman orang Islam", namun ditolak oleh Pope pada ketika itu, Pope Clement VIII.

Penyediaan dan teknik memanggang biji kopi akan menentukan jenis minuman yang akan diperolehi. Lebih lama dipanggang, lebih 'halus' rasa kopinya, namun kemungkinan hilang aromanya kerana dimusnahkan oleh pendedahan terlalu lama kepada haba.

Biji kopi kemudiannya dihancurkan dan dijerang, dan teknik yang berbeza-beza menghasilkan minuman yang berlainan. Antara jenis kopi yang terhasil adalah kopi biasa dan espresso. Kopi biasa boleh ditambah gula untuk dibuat kopi 'o' atau susu untuk kopi susu. Tambah ais jadi kopi ais dan tambah tongkat ali jadi Ali Cafe. Espresso pula boleh ditambah susu panas menjadi latte, coklat sebagai mocha (gambar) atau diubah mengikut selera peminum, iaitu anda!.

Minum teh tarik lagi best.

____________________________@@@___________________________________

Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Coffe

Gambar: www.flickr.com

6 comments:

amer zaman said...

haha...
ayat yg memula tu ironi...

ayat yang last2...
siap ada rujukan...

thanx....nanti buat milo plak?aku serius..
(sambil buat mimik muka hiro nakamura)

Anonymous said...

atuk buat saya terharu :-)

terima kaseh walaupun ayat kedua 2 mcm tak ikhlas je plak:)

hehe.

saya suka menghirup kopi ketika kepala serabut dgn pelbagai ragam dunia.
selalunya bila berdepan dgn assignment yang saya tidak puas2 dgn jawapan yang ditemukan.

menghirup kopi panas mmg tenang
cuma bila ditambah dgn tenusu jenis itu ini,
keraguan tentang halal haram menjadi persoalan;.kerap.

tapi tak juga,
bila lidah mcm nak berenang,
kopi pahit si hitam legam tetap menjadi peneman.

:-)

muhsinsenpai said...

teh tarik lagi best..

Anonymous said...

teh tarik tak punya bau harum:)

muhsinsenpai said...

Sapa kata?

Waktu mamak tu tarik teh tu kat belakang kedai lagi dah terhidu keharuman bau mamak.

Anonymous said...

hehe
itu bau mamak bukan bau teh tarinya


haha
busuk:)

dia tak mandi tu yangsedap tu kot:)