Saturday, January 30, 2010

Tempat Jatuh Lagikan Dikenang..

Assalamualaikum..

Air mata ini hampir berlinang apabila melihat atap rumah aku sudah runtuh menantikan pengubahsuaian dilangsungkan. Teringat zaman kecil ketika dengan semberononya aku mengalas atap dan tanah di bawah dengan tilam, kemudian melongsor ke bawah macam main gelongsor.

Syabas pada aku kerana masih belum mati.

Tuesday, January 26, 2010

Aku Mewakili 5 Orang Laen..

Assalamualaikum w.b.t..

Mengikut purata, rakyat Malaysia hanya membaca 2 buku setahun.

Tapi aku telah membaca 12 buah buku (itu yang aku ingat) tahun lepas. Maknanya, aku sudah mengambil tanggungjawab untuk membaca bagi pihak 5 orang yang lain (6 termasuk aku)..

Buku-buku yang aku baca pada 2009 adalah:

1. Laskar Pelangi: Buku terbaik yang aku baca tahun lepas. Kisah anak-anak melayu (walau bernegara indonesia) yang gigih menuntut ilmu, biar kaki ditarik oleh kedaifan dan hidup serba kurang. Kalau ada peluang belajar tu, GUNAKANLAH DENGAN SEBAIK_BAIKNYA.

2. Sang Pemimpi: Sekuel kepada novel/filem dengan tajuk di atas. Sama menariknya, biarpun kini watak-watak baru seperti Arai, Jimbron dan lain-lain mula muncul. Anggota Laskar Pelangi hanya disebut sedikit sahaja.

3. Edensor: Sekuel seterusnya. Kisah kembara di benua Eropah, Afrika dan ringkasnya dunia dalam mencari cinta. Sekuel ini agak mellow macamnovel cinta. Tak gemar sangat.

4. Maryamah Karpov: Bahagian 'terakhir' dari tetralogi ini. Penamatnya tak diduga, kerana cinta tidak semestinya terkarang bunga-bunga indah. Namun dengar khabarnya akan ada sambungannya kelak.

5. The Alchemist: Buku yang pertama aku baca pada 2009. Menegaskan konsep Law of Attraction yang dibahankan oleh seluruh dunia akademia. Namun pada aku impaknya masih ada, menegaskan cita-cita sebenarnya hidup dan boleh dihidupkan.

6. Sejarah Melayu: Aku baca sewaktu ambik subjek Naskhah Klasik. Khatam dan sedar Tuah di dalam Sejarah Melayu adalah seperti Rock Lee dalam Naruto. Semua tahu dia hebat, tapi dia tak penting.

7. Hikayat Hang Tuah: Atas sebab sama, tapi Hang Tuah di dalam Hikayat (namapun hikayat) adalah superhero masyarakat melayu lama. Dialah sahabat, patriot, cendekiawan, wali, pedagang, diplomat dan semuanya sekalilah.

8. The Road To Omaha: Karya karangan Robert Ludlum (The Bourne Trilogy) ini aku baca sewaktu praktikal di DBP. Ia sebenarnya sekuel kepada The Road To Gandolfo. Menghiburkan dan sesuai untuk mencuri masa.

9. Ceritalah 3: Karya Karim Raslan ini aku baca selepas dibayar RM100 oleh kekasih gelap Muz. ia merupakan buku sosial/politik pertama yang aku baca semenjak sekian lama (sebelumnya buku Kenichi Ohmae: The End of The Nation State). Sesuai dibaca jika kau suka melihat garapan seorang journeyman.

10. The Scarecrow: Buku kedua dari RM100 itu. Cerita thriller biasa dari Hollywood. Cerita orang putih pun dah selalu basi.

11. Double Cross: Satu lagi cerita thriller orang putih. Kali ini adik aku yang pinjamkan. Aku baca sekejap sahaja dah habis. Kurang syiok.

12. Al-Quranul Karim: Waktu bulan puasa.

Buku yang aku mungkin baca tahun ini dan mungkin juga tahun lepas: Buku2 Lee Child.

Buku2 yang au baca separuh je: Buku pasal sunan kunun wali tu, menyampah.

Buku pertama aku baca tahun ni: Buku ilmu rumahtangga. Segan plak nak cerita.

Thursday, January 21, 2010

Hisap Rokok Di Belakang Van..

Al-Fatihah buat Dr. Anuar Nor Arai.

Secara peribadi aku hanya pernah berbual dengan beliau sekali, iaitu ketika sama2 menghisap rokok di belakang van (masih pada waktu itu) pertengahan 2008..

Semoga roh beliau dicucuri rahmat, amiin..

Tuesday, January 19, 2010

Walimatul Urus






































Assalamualaikum semua,

Pada 20 haribulan Februari ini, saya Muhsin bin Ramli dan pasangan Nurzawani binti Muhamad, serta adinda saya Mukhlis bin Ramli dan pasangannya Noorahayu binti Yahya akan melangsungkan majlis perkahwinan kami di kediaman orang tua kami di

No.16, Jln SS7/18.
Kelana Jaya, 47301.
P.Jaya, Selangor.

Kami dengan ini menjemput semua yang mengenali diri kami agar sudi meramaikan majlis perkahwinan kami ini dan memeriahkan lagi acara pada hari tersebut. Semoga tuan puan sudi memenuhi jemputan kami ini.

Untuk pertanyaan hubungi saya di talian 017-2002701 atau nombor rumah 03-78747951.

Sekian wasalam..

Saturday, January 16, 2010

200

Ini bukan tajuk filem, cuma ini adalah post aku yang ke 200. Syabas untuk aku sebab tulis sepanjang dan selama ini dalam blog yang tak sapa baca.

The Road Not Taken..

Assalamualaikum..

Hari Khamis lepas, dalam kelas Encik Hassan, kami digesa untuk membuat sesuatu yang luar dari kelaziman. Jika Shah bengkok, beliau digesa menjadi straight. Jika Muz solo, beliau digesa berpasang-pasangan. Jika Shaz boroi, beliau digesa berkempis segera.

Atau yang sebenarnya, Encik Hassan hanya suruh kami balik ikut jalan yang tak pernah dilalui.

Oleh itu pada pagi Jumaat, selesai berjogging (nampak jelas sangat sebab-sebab aku mula berjogging nih), aku pulang ke rumah ikut jalan yang baru aku jumpa, lalu di hadapa kedai-kedai Glomac yang menghadap tasik.

Akan tetapi jalan itu pun sudah dikira 'lama'. Sudah sebulan lebih aku mengikut jalan tersebut. Jadi pagi Jumaat itu aku mengikuti jalan baru. Jalan lama sebenarnya, cuma yang sudah tidak dilalui dalam tempoh 10 ke 15 tahun. Jalannya singkat, tapi masalahnya aku terpaksa tambah pusingan untuk berjogging selepas ini kerana cepat sangat sampainya.

Petangnya pula, pulang dari Puncak, aku ikut jalan yang pernah aku lalu minggu pertama di Puncak dahulu, iaitu melalui Kampung Melayu Subang. Cuma tiba-tiba sudah menjadi Lapangan Terbang Subang. Perjalanan 15 minit kini memakan masa satu jam. Syabas.

Keputusan: Ada sebab tuhan ciptakan lebuh raya.

Monday, January 11, 2010

Dalam Satu Purnama..

Assalamualaikum..

Dari satu segi, persiapan majlis perkahwinan aku berjalan lancar. Hampir semua proses pra-produksi sedang giat dijalankan, atau sekurang-kurangnya, sedang rancak dirancang untuk dijalankan.

Baju - sudah tempah tapi belum buat fitting, mungkin pihak lelaki kena beli sendiri (sebab saiz aku, bak kata orang kampung bapak aku, NALA).

Wang hantaran/hantaran - Jumlah sudah dipersetujui dan dibank-inkan sedikit demi sedikit. Takde hantaran.

Kenduri belah lelaki - Pihak katering sudah dibook dan dibayar deposit.

Kad jemputan - Sedang didesain, akan dicetak dan dikirim kepada rerakan dalam masa terdekat.

Hadiah tetamu - Akan ke kawasan tertentu selepas ini untuk proses pembelian.

Hiasan rumah - Sudah dibeli: cat, cadar, bantal. Akan dibeli: langsir, sofa dll..

Permohonan menggunakan jalan - Akan ke MBPJ dan Pejabat Polis Trafik Daerah dalam masa terdekat..

Jadi hampir semua sisi sedang diusahakan sesungguhnya. Doakan supaya berjaya.

Tuesday, January 05, 2010

Err, Aku Nak Cakap Boleh?

Assalamualaikum..

Baru-baru ini, aku tertarik dengan berita berkaitan dunia hiburan yang aku baca. Bukan tentang artis ditahan di kelab malam bukan, bukan tentang artis kahwin atau artis cerai juga bukan.

Yang menarik minat aku adalah tentang Mesyuarat Agung Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) kat Finas hari tu. Walau aku bukan pengarah, dan nampaknya semakin kurang minat aku nak jadi pengarah sekarang ni, namun aku masih cuba memerhati hal ini dengan penuh minat. (Kalau Muz ada boleh jugak buat bahas, malangnya dia hiatus)..

Yang pasti kekalahan Mamat Khalid pada aku sesuatu yang aku duga (sebenarnya tak tahu pun ada mesyuarat agung, pandai-pandai duga pulak). Sebabnya, seperti Muz jugak, Mamat Khalid pada aku seorang yang idealis. Nak persatuan pengarah filem hanya dianggotai pengarah filem. Memang la bunyinya macam sakral gitu tapi pada aku dia kena fikir juga berapa kerat je pengarah filem kat malaysia ni. Dia kata pengarah tv tak patut masuk FDAM. Dari satu segi mungkin itu dapat menjaga fokus dan hala tuju persatuan tetapi seperti yang aku cakap tadi, itu fahaman idealis. Pengarah filem macam Aziz M. Osman ngan Dato' Yusof Haslam pun mengarah cerita tv jugak. Prof Razak pun ada arah drama tv juga waktu aku mula masuk Puncak dulu.

Hasrat Mamat Khalid untuk buka persatuan sendiri mungkin bunyinya bercita-cita tinggi, tapi dari satu sisi, kalau ahli persatuan tak ramai, suara tak kuat. Suara tak kuat, gomen tak tolong, dan lumrah masyarakat melayu malaysia ni, kalau gomen tak tolong alamatnya tak lama lagi bungkus la.

apa- apa pun aku rasa alam filem melayu kat malaysia ni memang akan sama macam ni je untuk beberapa dekat lagi..