Monday, March 23, 2009

Terbanglah Bidadari, Selamat Hari Jadi..

Assalamualaikum..

Seperti dua bulan dulu, regu jiwaku terbang pergi meninggalkan aku sekali lagi..

Kali ini sehari sebelum sempat kuucap selamat hari jadi..

Mungkin dari nawaitu kan terjengah desah rindu?

Tiba-tiba terasa nak nyanyi lagu 'Mungkin' Anuar Zain. Sapa nak ikut?

Saturday, March 21, 2009

Liverpool vs Chelsea : The Red & Blue Fetish


Assalamualaikum..

I knew it, I swear.

Right before I read about the draw, my blo*dy footballing mind has already embraced yet another red/blue encounter. If not in the quarter, then it will be in the semi final.

And again, i'm right!

Meeting Chelsea is like meeting the mamak roti who is passing by in front of your house. It's inevitable. It's an annual pilgrimage. Like income tax.

It's becoming a bore. Let's get on with it.

Wednesday, March 18, 2009

Janji Itu Indah Bila Ia Ditunaikan..

Assalamualaikum..

Selepas kegagalan misi Laskar Pelangi Riri Riza, aku tercari-cari apa pula skene romantis yang mampu aku hadirkan buat melestari istimewanya kepulangan cik wani ke tanah bertuah semenanjung ini.

Jika janji mengahwini cik wani sudah dibuat bertahun dahulu, janji membawanya berjalan-jalan di tepi pantai adalah janji yang lebih tua lagi. Ia janji bila aku dan cik wani masih belum putus, sudah putus, dah sudah tidak putus semula. Ia janji yang diikat ketika kebanyakan kamu mungkin masih belum kenal apa itu slip result SPM.

Sebenarnya janji membawa anak dara orang ke tepi pantai melihat matahari terbenam berdua-duaan agak berat untuk aku tunaikan. Mungkin aku bukan orang baik-baik, tetapi kata kerja berdua-duaan di tepi pantai agak segan aku kerjakan, mungkin kerana adjektif ber'dua-duaan' itu.

Namun aku dah tak sanggup lagi mengecewakan hati yang selalu aku kecewakan itu. Semalam ketika cuaca cerah dan langit masih belum mahu muntah aku ajak juga cik wani ke tepi pantai. Dan kawan, bahagianya menjadi lelaki apabila janji yang kau tunaikan membahagiakan insan yang amat kau sayangi.

Haha, aku memang ROMANTIS..

Sunday, March 15, 2009

Iblis Makan Taikk!!!!!

Iblis Merah 1 - 4 Liverpool..

Saturday, March 14, 2009

Pak Ngah Lah Balik..

Regu jiwa aku dah pulang..

Wednesday, March 11, 2009

26 Tu Dah Tak Lama Dah

Assalamualaikum..

Selamat Hari Lahir Aku.

Ucapan selamat hari lahir biasa diucap, tetapi jarang benar kita mengingatkan diri sendiri "usia kau main sampai ke

penghujungnya.."

Manusia adalah makhluk yang begitu. Rata-ratanya optimis dan yakin tetamu yang bernama ajal itu hanya akan datang bila kita

mahu ia datang. Bukan esok, bukan sebelum kita kahwin, atau sewaktu kita sedang menggosok gigi. Ia hanya akan datang bila

kita sedia, sudah tercapai cita-cita, dan yang pasti, ramai yang yakin tidak akan datang langsung.

Jadi untuk diri yang mencecah usia 26 tahun hari ini, aku ucapkan..

"Hai diri Muhsin bin Paridah Anun, hari ini genaplah 26 tahun kau mendekati mati.. bersedialah kerana bila-bila masa dari

sekarang, kau akan dijemput oleh ajalmu.."

Wassalam..

Wednesday, March 04, 2009

Dari Puncak Alam ke Alam Muzik


Assalamualaikum..

Ratusan atau ribuan penonton Alam Muzik, jika ke sana bukan atas dasar jemputan, tentu sekali ke Panggung Sari Istana Budaya pada malam-malam 27, 28 dan 1 hb kerana menghargai/ mengagumi/ menyanjungi karya sifu M.Nasir itu.

Tetapi aku, disela-sela hujan malam 1 Mac, ke sana untuk berrekonsilasi (reconcilation).

Pemergian aku ke konsert 'orang tua' tersebut bagai kepulangan seorang anak yang sekian lama membawa diri, merajuk kerana ayahnya kahwin lagi dengan dara pujaan. (Tak, kak Marlia Musa bukan pujaan aku, ini analogi tau analogi?)

Mungkin kerana dia memilih untuk menjadi Hang Tuah dalam cerita tak laku ter'mahal', atau kerana menyandang jawatan Pengetua AF, hati ini tiba-tiba terasa tawar dengan apa sahaja yang diperjuangkannya. Mana lantangnya suara berani beliau dahulu, 'Persembahan mereka ketinggalan zaman' -juara lagu 94- dan ayat provokatif seperti ''siapa mahathir"? Apa sudah jadi dengan kembara seniman jalanan?

Aliran populis yang tiba-tiba diambil, selepas Phoenix Bangkit yang sebenarnya satu mahakarya menjadi anutanku, tiba-tiba terasa begitu menggigit hati. Terasa dikhianati. Seperti Darius yang meninggalkan Grayson. Bagai Itachi menganiayai Sasuke. Macam ditipu oleh pensyarah.

Tapi malam 1 Mac bukan malam prinsip. Ia malam meraikan alam muzik, dan aku beranikan diri ke sana biar aku tahu ia akan menghantui aku kemudiannya. Sama ada aku benar atau tidak biarlah masa menentukan..

Tak, aku tak mahu bercakap tentang suasana happening, senarai lagu, artis yang datang dan lain-lain. Hal-hal kulit biarlah orang lain yang sentuh. Cukuplah aku sentuh soal hati.

Bubye.